Bawal Power Sempoi Tempat Makan Sedap di Cyberjaya

Kalau pegi ke Cyberjaya, sebut jer Bawal Power Sempoi..kompom ramai yang terbayang ikan bawal goreng yang rangup, makan pulak dengan nasi panas-panas. Cicah dengan air asam. Berkuah kan kari ..Fuuuhh memang terbaek laaah…

Ni lah abam nak bagitau korang, kalau ke Cyberjaya dan kebetulan time lunch, korang mesti terjah ke kedai ni. Terletak Sport Arena Cyberjaya, kalau tak tau boleh waze jer..

Bila sampai sana, pastikan korang dapatkan meja dulu sebelum korang pegi ambik nasi. Kang tak pasal-pasal nasi dah dapat, meja pulak takda. Ini kerana, boleh katakan hampir setiap kali waktu lunch kat sini memang penuh. Kadang-kadang kena beratur panjang tau. Bukan setakat pengunjung dari Cyberjaya jer, malah ada yang datang dari Putrajaya pun ada.

Kat sini, selain dari ikan bawal , ada juga sotong goreng, sotong bakar, ikan keli goreng, ikan pari dan kalau tak silap ikan talapia pun ada. Semua ni dijual dalam set bersama nasi, kuah kari dan ulam-ulaman. Harga dari Rm7 sehingga Rm14 (kalau tak silap abam lah) untuk setiap set.

Sotong bakaq baq hang…
Sotong goreng panas-panas pulak tu…
Ikan keli digoreng garing…fuuh rangup ni
Ikan pari

Favourite abam kat sini, sotong goreng dengan bawal goreng. Pastu boleh ambik ulam-ulaman sebanyak mana korang nak, tu yang best tu.

dah meleleh dah ni…

Kat sini boleh dikatakan femes jugak lah sehingga hujung minggu pun masih penuh dengan pelanggan kalau korang ke Bawal Power Sempoi ni..

Komen abam, lauk kat sini memang best, harga pun berpatutan dan jangan lupa order air kedondong…perghhh…memang sedap..

Senang-senang korang boleh terjah ke facebook Bawal Power Sempoi ni Bawal Sempoi Cyberjaya 

Kbai.

10,318 total views, 12 views today

Sharing is caring!

14 Replies to “Bawal Power Sempoi Tempat Makan Sedap di Cyberjaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge