Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Haaah.. setelah dah nak sampai penghujung Ramadhan baru lah ada kesempatan nak update blog abam ni. Draf dah lama buat tapi masa saja takda nak buat. Mau tak nya, tahun ni spesel sket. Abam buat biskut raya..haaa..hehehhe.. Waktu malam, abam dengan wife sama-sama buat tempahan biskut raya sampai sahur pastu bila siangnya, kalau takda keja ..memang tido lah jawapnya.

Okeh,..entri kali ni sebenarnya abam just nak share salah satu resepi yang mudah nak buat. Terutama masa bulan Ramadhan ni, ramai yang rajin nak masak untuk berbuka dan untuk sahur. Resepi kali ni, resepi mee goreng yang mudah dan ringkas & Insyaallah sedap hehehe..

Jom layan resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Sesuai untuk korang yang nak buat sarapan ke atau nak buat minum petang atau bila-bila korang suka lah..hehhe

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
2 cawan daging kisar atau isi ayam
1 cawan fish ball & fish cake
3 sudu  sos cili
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap pekat
1 cawan taugeh
1 cawan kobis
1 cawan sawi hijau
1 cawan lobak merah
2 biji telur

Bahan untuk dikisar halus :
1/4 cawan cili kering yang telah direbus
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak terlebih dahulu.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar atau isi ayam
Kacau sehingga ia masak.
Kemudian masukan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.
Masukkan fish ball & fish cake kemudian kacau seketika.
Kemudian masukan telur dan sambung kacau sehingga rata.

Masukkan sayur keras seperti kobis dahulu. Biarkan ia masak sekejap

Kemudian masukkan mee dan tambahkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Kalau korang suka mee goreng yang agak basah, boleh lah masukan air lebih sket. Tapi kena mungkin kena tambah sket sos cili dan sos tiram untuk tambahkan rasa.

Bila hampir nak masak tu, boleh dimasukan sayur sawi dan taugeh ke dalam mee goreng tadi. Kalau nak tambahkan daun kuchai pun sodap jugak.
Lepas tu boleh korang rasa samada perlu dicampurkan sedikit garam atau pun gula mengikut selera tekak korang.

Selain dari isi daging kisar atau isi ayam, korang boleh jugak gunakan udang, sotong atau kerang untuk resepi mee goreng ni.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur sedikit cili merah yang dihiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. Nak best lagi tambahkan telur goreng kat atas mee tu..peeghhh..heheh..

Sekian perkongsian resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Khas untuk korang. Selamat mencuba nanti.

Resepi asal, kredit untuk Cik Eny

Nak cuba resepi lain ? Jom ke Resepi Brownies kedut

267 total views, 15 views today

Bila Beg Duit Tertinggal kat Masjid

Bila Beg Duit Tertinggal kat Masjid

Dah abis terawih malam tadi, terus drive balik ke umah. Memasing dah kenyang dengan moreh tadi. Mata pun start ngantuk dah. Masa dalam perjalanan tu, tetiba wife tanya.. “Bang..mana beg purple tadi?!!”
Wife dengan muka cuak, muka nak nangis dah. Mau taknya, dalam tu ada mak nenek bagai. Beg duit wife ada dalam tu. Dari duit sales harian, kad pengenalan, mykid anak-anak lagi..pastu ada kad bank pulak tu.
Apa lagi, mecicit ler drive patah balik ke masjid besi. Sib malam tadi tak banyak kereta, memang bawak laju tak hingat ler. Masa tengah drive tu, dok harap sangat beg purple yang abam letak kat meja masa makan moreh takda lah orang duduk lepas abam balik tadi.

Sampai jer kat Masjid Besi, abam dengan si Hadif cepat-cepat lari naik ke atas. Hati ni dok minta sangatlah ada lagi. Fuhhh.. beg purple masih lagi kat tempat abam letak tadi. Alhamdulillah…syukur panjang abam malam tadi.

Sebelum balik tadi tu, sebenarnya abam dok bergurau-gurau dengan anak-anak sampai terlupa pasal beg purple ni. Aihh..pelupa betul. Cuai pun satu hal. Tapi Alhamdulillah sebab semua masih ada dalam beg tu.

Tadi, kalau kebetulan korang kat Masjid Besi gak..pastu ada yang ternampak ada sorang pakcik lari laju giler, pecut macam Watson Nyambek tu..haa Abam ler tu heheh….huhu penat tak abis lagi ni. hehehe..

1,038 total views, 12 views today

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya
Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum..hi korang
Sekejap ja dah masuk 3 Ramadhan. Cadangnya, Ramadhan kali ni nak jaga makan lah sket, tak nak macam tahun-tahun lepas, asyik membedal jer. Badan pun dah semakin bolat dah ni. Letih ooo jadi bolat ni..heheh. Nak jaga makan ni, salah satunya kena rajin masak sebenarnya. Masak makanan yang sihat-sihat jer. Kurangkan makanan berminyak, lebihkan sayur & buah-buahan dan jangan makan nasi banyak sangat. Tapi kan kekadang tu, teringin jugak nak beli makanan kat luar. Kalau nak beli kat luar ni kena pandai pilih. Pilih yang betul “healthy”. Vietnamese Spring Rolls

Hari ni tak tau pulak nak makan apa untuk berbuka. Tetiba nampak ada rakan fb kat Putrajaya ni jual Vietnamese Spring Rolls. Sebenarnya abam selalu sangat nampak kuih ni, terutama yang selalu dok pi ke Vietnam tu. Memang sedap diorang bagitau. Apa lagi terus ler pm. 2 pack abam order.

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Berbuka tadi, dah memang tak sabar nak rasa Vietnamese Spring Rolls ni..First bite, fuuuuh…memang betul sedap rupanya. Ada rasa udang, pastu rasa kombinasi sayur, daun pudina kat dalam tu..pastu dengan rasa kuah pencicah tu…memang 1 roll tak cukup. Kesimpulannya, memang tak tak cukup lah 2 pack, berebut jugak kami anak-beranak. Menyesal pulak beli sikit.

Komen abam pasal Vietnamese Spring Rolls ni?

Abam memang rekomen sangat kalau korang yang teringin nak rasa Vietnamese Spring Rolls terutama yang stay kat Putrajaya. Bersih, kemas, cantik-cantik jer dalam bekas tu. Harga pun berpatutan, sebekas tu RM10 sahaja.
Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Camana Nak beli Vietnamese Spring Rolls ni?

Camana Nak beli Vietnamese Spring Rolls ni? Mudah jer..korang yang stay atau keja kat Putrajaya tu, boleh lah PM jer kat Puan Asiah Nor. 
Tak perlu pegi jauh-jauh dah..kat Putrajaya pun ada Vietnamese Spring Rolls yang sedap. Ok Selamat mencuba.. 2 thumbs up abam bagi..

 

Baca juga : Camana nak dapatkan Brownies yang sedap kat Putrajaya

 

2,590 total views, 15 views today

Warung Sempoi Baq Hang

Tempat Makan Warung Sempoi Baq Hang

Warung Sempoi Bag Hang 

Assalamualaikum..hi korang, terima kasih sebab sudi singgah lagi..

Nak ceritera kat korang ni, minggu lepas ada lah sorang kawan abam bagitau ada pot laksa baru yang sedap kat Putrajaya ni. Nama kedai ni Warung Sempoi Baq Hang. Dengar pun dah rasa sempoi dah hehe..Katanya kat kedai ni, bukan saja ada laksa, ada macam-macam lagi menu macam alakat dan menu nasi campur. Katanya harga pun agak berpatutan jugak. Dia suggest lah abam cuba bebila nanti. Haa apa lagi, petang tu jugak abam pegi..Rupanya kisah Warung Sempoi Bag Hang ni dah pernah masuk kat Utusan & Kosmo sebelum ni. Menurut Utusan & Kosmo ni..
“Harga bagi masakan berasaskan ikan seketul ialah RM3, ikan seekor (RM3 hingga RM5); ayam (RM3 seketul); daging (RM3 hingga RM5); sayur (RM1); sotong sumbat (RM3); sotong biasa (RM3.50); telur dadar atau rebus (RM1 sehingga RM1.50) dan nasi sepinggang (RM1)”. Tempat Makan Warung Sempoi Baq Hang

Tempat makan Putrajaya Warung Sempoi Baq hang
kredit : utusan

Sampai kat sana, waktu baru lepas orang balik keja. Keadaan agak sunyi sket. Abam dipaham kan waktu paling ramaipada waktu makan tengahari sebab ada banyak menu nasi campur dan masakan kampung. Rasa tak sabar nak rasa laksa yang kawan abam bagitau sedap tu. Tapi sayang, laksa dah abis pulak petang tu. Jadi abam order jer lah kueteow goreng dengan telur mata dan untuk wife abam, mee rebus. Tempat Makan Warung Sempoi Baq Hang

Tempat makan Putrajaya Warung Sempoi Baq hang

Tempat makan Putrajaya Warung Sempoi Baq hang
Selain dari laksa, ..bihun sup dan mee rebus pun ada kat sini. Kredit Utusan

Lokasi Warung Sempoi Baq Hang ni agak tersorok sikit. Kedai ni bersebelah dengan Kedai Ramly kat Presint Diplomatik. Waze/Maps lokasi tu memang boleh sampai punya.Tempat makan Warung Sempoi Baq Hang

Komen abam untuk Warung Sempoi Baq Hang Tempat makan Warung Sempoi Baq Hang

Komen abam, untuk kueteow goreng ni abam boleh bagi 3 bintang lah. Agak sedap jugak. Untuk mee rebus agak kurang menepati citrasa abam walaupun rasanya agak ok. Abam bagi 2.5 bintang jer. Lepas ni nak cuba menu nasi campur dengan laksa pulak.

Baca : Laksa Pak Yeop, antara laksa sedap di Putrajaya.

458 total views, 12 views today

Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Kedah kerana berjaya muncul juara Piala FA 2017 buat kali keempat selepas menundukkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas. Sebelum ni, Kedah dah pun memenangi Piala FA pada tahun 1996, 2007 & 2008. Dengan ini Kedah telah berjaya menempah tiket ke Piala AFC tahun 2018 nanti. Kira hebat jugak lah pasukan Kedah kali ni sebab menjadi pasukan pertama Malaysia yang berjaya jadi johan untuk 3 piala iaitu,Piala Malaysia 2016, kemudian Juara Piala Sumbangsih @ Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 dan kini Piala FA 2017. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017 7

Tahniah dan pujian harus diberikan kepada semua pemain Kedah, terutama kepada Fitri Omar yang berjaya mengawal Sumareh dengan cemerlang. Khairul Helmi Johari yang beberapa kali menyelamatkan bola dihadapan pintu gol. Shazwan Zainol yang baik sekali mengawal di bahagian sayap dan menjadi key player dalam 2 gol terawal. Baddrol yang menghadiahkan 2 gol yang cukup bermakna. Ifwat yang berjaya mengawal gawang dengan baik malam tu. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017
Fitri yang cemerlang mengawal Sumareh

Ketiadaan Zac Anderson akibat kecerderaan menyebabkan barisan pertahanan kadang-kadang agak goyah sedikit. Terutama di bahagian tengah. Mat Don walaupun bermain begitu baik, tetapi kerana selalu main terlalu “fancy”, beliau kerap kehilangan bola. Akram kelihatan agak kurang menyerlah berbanding pada perlawanan separuh akhir menentang Terengganu. Tapi secara keseluruhan, semua pemain bermain dengan begitu baik. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Apa-apa pun Pahang tak kurang hebatnya. Walaupun bermain 10 orang selepas Fransisco Insa di buang padang selepas melakukan kekasaran yang keras terhadap Rizal Ghazali. Kedah nampak kurang menggunakan kesempatan yang ada. Abam nampak Kedah lebih bermain kepada bertahan dan buat counter attack. Dan gol kebanyakan nya yang terhasil dari counter attack. Semangat juang Pahang memang cukup hebat. Walaupun bermain hanya 10 pemain sahaja, tapi Pahang sebenarnya yang lebih menguasai perlawanan dan terus menyerang terutama dari babak separuh masa ke 2 sehingga tamat permainan. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Jaringan Gol Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Gol Kedah disumbangkan oleh Ken Ilso pada minit ke-20 dan dua lagi gol disumbangkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke 45 dan 73.

Gol Pahang pula disumbat oleh Jae Won pada minit ke 45+3 (masa tambahan) dan Sumareh pada minit ke 79.

Tahniah juga kepada Baddrol kerana menjadi pemain terbaik untuk perlawanan Piala FA 2017. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Senarai Pemain Untuk Perlawanan Akhir Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah: Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohamad Syawal Nordin, Mohd Fitri Omar, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Sandro Da Silva Mendonca, Muhd Akram Mahinan, Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon.

Kedah Juara Piala FA 2017
Pahang:
Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Matthew Thomas Davies, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Francisco Inso Bohigues, Yamil Jorge Gonzalo Romero, Ahmad Syamim Yahya, Mohd Faisal Mohd Rosli, Hoe Jaewon, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamadou Sumareh dan Matheus Alves Leandro.

Tak Senang Duduk tengok Pahang Menyerang…

Serius malam tu, memang abam tak senang duduk tengok cara Kedah main dengan cara bertahan. Tapi memang menjadi jugaklah tektikal yang Nidzam buat tu, bertahan dan mencari peluang untuk counter attack. Mungkin kelebihan Kedah mempunyai pemain sayap yang boleh membuat hantaran yang tepat seperti Baddrol & Syazwan Zainol. Hantaran Sandro pun boleh dikatakan cukup baik, dan banyak membantu menguatkan di bahagian tengah pasukan Kedah. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Apa-apa pun tahniah juga kepada semua penyokong yang ada kat stadium Shah Alam malam tu. Terutamanya penyokong Kedah. Rasanya tak ada lagi berita pasal sebarang insiden gaduh ke atau berita yang kurang baik. penyokong Kedah & Pahang memang terbaik lah.

Kedah Juara Piala FA 2017

Harapan semoga prestasi macam ni dikekalkan. Semoga dapat kekalkan juga kejuaran dan bersaing dalam Piala AFC 2018 nanti.

Kedah Juara Piala FA 2017

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog abam 🙂

Jom tengok detik-detik kemenangan Kedah..

Sumber & kredit gambar dari : FB Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –
Baca juga : Janna Nick penyokong Kedah?

709 total views, 11 views today

Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Hari ni, 20 hb Mei 2017 akan berlangsung perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Kedah yang akan bertemu pasukan dari pantai timur, iaitu pasukan Pahang. Rasanya, rata-rata peminat bola sepak tempatan terutama peminat kedua-dua negeri ni pasti tertunggu-tunggu perlawanan ni. Abam sendiri dah rasa teruja sangat nak tengok, tapi layan kat depan tv jer lah. Maleh nak gi stadium heheh..Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang
Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang
Sebenarnya apa yang abam rasa cukup menarik kali ni adalah mengenai jurulatih kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan, Kedah & Pahang di bimbing oleh jurulatih tempatan iaitu Nidzam Adzha  Yusoff dan Dollah Salleh.
Siapa sangka kali ni, 2 jurulatih tempatan boleh membawa pasukan bimbingan masing-masing ke perlawanan akhir Piala FA. Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Setelah Nidzam Adzha telah diberi kepercayaan mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih Kedah  dari Tan Cheng Ho, nampak ada sedikit perubahan dari segi corak permainan semasa Kedah mengalahkan pasukan Terengganu diperlawanan di separuh akhir. Para pemain Kedah masa perlawanan tu pun nampak lebih bersemangat dari sebelumnya.

Jika dilihat dari prestasi semasa, abam rasa Kedah mampu untuk buat kejutan semasa perlawanan akhir kali ni. Pasukan Kedah perlu lebih menajamkan lagi bahagian serangan dan harap tidak leka dengan bahagian pertahanan. Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Untuk pasukan Kedah & Pahang, selamat berjaya. Semoga dapat bermain dengan fair play. Kepada para penyokong Kedah & Pahang, semoga korang dapat jaga adab & tak gaduh-gaduh masa kat stadium Shah Alam nanti. Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Ramalan abam pasal Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Sebagai penyokong Kedah..opkoslah Abam amat berharap sangat kali ni Kedah boleh menang Piala FA. Abam agak-agak mungkin dalam 3-1 kot hehe..Perlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Jangan lupa, pada yang tak dapat pegi stadium tu..stay tune kat depan tV malam ni ya..Pulun Kedah Pulun…hidup Janna Nick yeaaa..hehehehPerlawanan Akhir Piala FA 2017 Kedah dan Pahang

Live Streaming Pahang Vs Kedah 20.5.2017 Final Piala FA

Server 1: TV3

Sumber: Siaran Langsung Pahang Vs Kedah 20.5.2017 Final Piala FA | melvister.com

Sumber info : KedahNews
B
aca : Buffet Ramadhan Iftar@Cyberview Resort & Spa Berbaloi

817 total views, 13 views today

Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

 

Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Assalamualaikum,..Hi korang..Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Baru-baru ni, Cyberview Resort & Spa Cyberjaya telah memberi peluang kepada abam untuk merasa hidangan buffet Ramadan di sana. Bertempat di lokasi yang cukup cantik, Verandah Restaurant..permandangan keindahan ruang berbuka puasa berkonsepkan taman tropika menjadikan tema kali ni Iftar @Cyberjaya cukup menarik. Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Atau korang boleh pilih ruang bahagian dalam restoran yang cukup menarik dan cukup selesa. Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Bayangkan dengan 23 gerai yang  menyajikan pelbagai juadah dari masakan Melayu, Cina, Jepun, Itali, Mexico dan pelbagai juadah yang cukup menarik seperti kambing golek, masak lemak, asam pedas, ulam-ulaman dan macam-macam lagi juadah yang boleh buat korang nak makan semuanya.
Jom abam kongsikan juadah yang menarik kat sana..Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Dessert yang mengancam jiwa di Iftar @Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Sebenarnya yang paling abam best sekali bila masuk dalam kawasan restoran Verandah tu. Bahagian dessert, fuhh memang menggoda abis. Hiasan dengan cara susunan dah lah cantik, pastu sedap-sedap pulak tu. Tak caya? Jom abam kongsikan sikit gambar-gambar dessert kat Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya tu..Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Pastu kat sini ada juga bahagian khas untuk kanak-kanak. Bahagian Kidz Zone menghidangkan chocolate fountain, soft ice cream, candies counter, popcorn, cup cakes, cookies dan bermacam-macam lagi juadah yang cukup menarik. Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Masa kat Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya tu, ada 2 juadah yang patut korang cuba kalau korang sana. Asam Pedas Ikan Salmon & Aiskrim rendang. Yer…Aiskrim Rendang!! Rare kan..haaa abam pun terpegun mula-mula tu, bila dah start rasa…emm memang unik rasanya. Satu lagi, Deep-fried Homemade Crispy Musang King Durian Rolls… fuuuhh ini memang sedap..nak tau camana sedapnya? Korang kena lah datang merasa kat sini…Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Aiskrim Rendang memang cukup rare…ini korang wajib cuba. Memang takda kat tempat lain

Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Deep-fried Homemade Crispy Musang King Durian Rolls memang sedap…Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya
Ada yang dah mula terliur bila tengok menu-menu kat Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya ni? Apa lagi, jom dapatkan harga buffet RM138 nett untuk dewasa (hari bekerja) dan RM100 nett pada hujung minggu.(Sabtu & Ahad). Korang boleh walk in terus jer ke sana nanti.Buffet Ramadhan Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Untuk pertanyaan, boleh hubungi 03- 8312 7091 / 7092. Atau korang boleh ke laman web rasmi, Cyberview Resort & Spa Resort OFFICIAL FACEBOOK.

Buffet Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Komen abam di Iftar @Cyberview Resort & Spa Cyberjaya

Apa yang boleh abam katakan, kat  Iftar @ Cyberview Resort & Spa Cyberjaya ni antara tempat berbuka puasa yang cukup berbaloi. Suasana taman yang cukup cantik dan tenang, dengan hidangan sebanyak 222 menu mampu buatkan perut korang bersorak riang gembira.
Dengan kemudahan surau yang cukup selesa, korang boleh solat terawikh dan kemudian boleh sambung makan balik nanti. Untuk anak-anak, dah tak perlu bimbang..biarkan jer diorang bergembira kat Kidz Zone dan Taman permainan yang disediakan berdekatan.

Sekali lagi terima kasih kepada pihak Cyberview Resort & Spa Cyberjaya untuk Media Preview untuk tahun 2017 ni.

Terima kasih jugak kat korang sebab sudi singgah kat blog abam ni yer..

Baca : Hi Tea Superheroes di Palm Garden Hotel

3,005 total views, 12 views today

Hi Tea Superheroes Palm Garden Hotel Untuk Raikan Hari Ibu

Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Superheroes Palm Garden Hotel Hi Tea Best Putrajaya

Hi korang,..

Bulan Mei, antara bulan kegemaran abam. Nak tau kenapa? Sebab dalam bulan Mei ni,macam-macam hari istimewa kita boleh sambut macam Hari Ibu, Hari Guru, Hari Pekerja..pastu hari jadi abam pun dalam bulan Mei jugak. Haa..special kan bulan Mei ni? ehehehe..Hi Tea Best Putrajaya
Baru-baru ni, abam dapat jemputan dari Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya untuk ke majlis Hi Tea kat sana. Rupanya kat sana, ada Hi Tea yang berkonsepkan Superheroes. Apa lagi, bukan abam teruja…anak-anak lagilah teruja bila diorang boleh ikut sekali..Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya

Sebenarnya abam memang dok cari nak lokasi tempat makan untuk bawa famili makan-makan ni. Nak cari tempat yang menarik sambil dating dengan wife, sambil tu dapat layan anak-anak gak. Terima kasih Hotel Palm Garden, IOI Resort Putrajaya atas jemputan ni.Hi Tea Best Putrajaya

Apa yang menariknya di Hi Tea Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya?Hi Tea Best Putrajaya

Apa yang menariknya di Hi Tea Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya ni? Opkos lah menunya..jom tengok, abam kongsikan gambar-gambar menarik kat sana. Boleh dikatakan kebanyakan menu yang disajikan bertemakan nama superheroes. Fuh..Nostalgia, teringat balik zaman kanak-kanak dulu ni..heheh

Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea di Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya bermula dari jam 12 tengah hari sehingga jam 4 petang. Jadi menu yang disediakan cukup menarik, dari makanan berat sehingga dessert yang boleh tangkap nangis, terutama untuk korang yang tengah acah-acah nak diet. Mau taknya, tengok jer lah betapa cantik nya diorang hias. Masa abam kat sana pun, tak menang tangan melayan anak-anak, kalau boleh semua diorang nak makan.Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya
Bila diorang dah terover xcited..ni lah jadi nya..hehehe

Hi Tea Best Putrajaya

Haa..tapi bagi korang yang memang acah-acah nak diet, nak slim sebelum raya ni..jangan bimbang, pihak Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya ada jugak menyediakan menu yang abam rasa cukup sesuai dan memang menyihatkan yang korang boleh cuba kat sini. Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya

Watak Superheroes di Hi Tea Palm Garden Hotel IOI Resort
Putrajaya.
Hi Tea Best Putrajaya

Masa abam sampai dengan famili kat Palm Garden Hotel, kami di sambut meriah dengan 3 watak superheroes ni. Yang sorang ni, pada mulanya abam ingatkan watak Joker dalam citer Batman tu…tapi bukan, mamat ni clown kat situ.heheh…terer dia buat belon.Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya
Tolong jangan pikir yang bukan-bukan yer… clown tu nak tolong spiderman turun dari tiang…gayat katanya..heheheh

Masa abam kat Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya tu, sebenarnya abam lebih teruja tengok anak-anak melayan keseronakan diorang kat situ.

Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya

Komen abam, makanan yang dihidangkan kat sini bukan sekadar untuk hi tea sahaja, tapi terdapat pelbagai makanan yang sesuai untuk dijadikan lunch. Makanan disediakan secara buffet, jadi makanlah sepuas-puasnya. Kalau ikut kan semua makanan kat situ abam nak makan, tapi memandang perut dah semakin boncet ni, abam hanya mampu merasa jer lah. Tak leh nak makan banyak-banyak sangat. Nanti lagi lah bertambah boncet. Tapi dalam banyak-banyak tu, ada beberapa menu yang rasa cukup sedap dan korang mesti cuba kalau dah ke sana. Antaranya kueteow, satay, shawarma dan sandwich.
Dengan tema superheroes yang cukup menarik, hiasan dan dekorasi yang cukup menarik perhatian anak-anak terutamanya,. Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya boleh di jadikan salah satu untuk korang sambut serta meraikan hari istimewa bersama keluarga tersayang.Hi Tea Best Putrajaya

Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya
Hi Tea Best Putrajaya

Boleh lawati FB Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya untuk mendapatkan pelbagai promosi dan info lanjut.Hi Tea Superheroes Palm Garden Hotel

Dapatkan harga  Promosi Superheroes di Hi Tea Palm Garden Hotel IOI Resort Putrajaya.Hi Tea Best Putrajaya

MOM Meets Superheroes Let’s celebrate Mother’s Day with the Superheroes this Sunday, 14 May 2017. After all, Mom is a Superhero too!! Only RM68.00nett per adult. 40% discount for children 4 – 12 years and Senior Citizens 60 years and above. For every 4 dining Adults, one Mom dines for FREE!! Enjoy performances by the Clown and Strollers to treat Mom and the family. Call Palms Cafe now for Reservations 8943 2233.

Baca juga : Korang peminat Hot Wheels?

974 total views, 11 views today

Resepi Brownies Kedut yang cukup Mudah

Resepi Brownies Kedut

Resepi Brownies Kedut


Hi Assalamualaikum..

Terasa rajin pulak nak buat entri sekarang ni..Entri blog kali ni abam nak kongsikan satu resepi brownies kedut sedap dan mudah untuk korang buat. Sekarang ni, brownies memang semakin glamer dan cukup mendapat  sambutan.

 

RESEPI BROWNIES KEDUT
Plain brownies atau lebih dikenali sebagai Brownies kedut..memang cukup sedap.

 

Sebenarnya ada macam-macam variasi resepi untuk brownies ni. Yang paling asas dan paling mudah nak buat adalah brownies kedut. Kenapa namanya Brownies Kedut? Sebab apabila dah dimasak,permukaan atas nya kelihatan berkedut dan kelihatan sedikit merekah-rekah. Tekstur brownies yang padat dan agak lembap serta kaya dengan rasa coklat.

Resepi Brownies Kedut
Jom abam kongsikan resepi brownies kedut yang sedap dan mudah untuk korang cuba.

Resepi Brownies Kedut

Bahan A
400 gm Dark Chocolate
150 gm Butter (salted)
30 gm serbuk koko

Bahan B
150 gm gula kastor
4 biji telur ayam saiz A
1 sudu kecil asen vanilla

Bahan C
100 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaannya :

1 Panaskan Oven terlebih dahulu pada suhu 160 C.

2. Bahan A di campurkan sekali dan kemudian di cairkan dengan teknik double boiler.
3. Satukan bahan B didalam satu bekas. Dikacau perlahan-perlahan sehingga gula kastor sebati dengan telur dan essence vanila.

4. Kemudian satukan bahan A dan bahan B. Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
5. Kemudian masukan pula campuran bahan C dan kacau perlahan-perlahan sehingga tepung betul-betul sebati.
6. Masukan aduanan tadi ke dalam loyang bersaiz 10×10. Dan pastikan didalam loyang tu dilapik dahulu dengan  kertas pembakar (baking sheet) atau Patchment paper.

7. Masukan ke dalam oven dan masakan antara 30min ke 40min. Setiap oven mempunyai tahap pembakaran yang berbeza. Jadi nak pastikan tak terlebih bakar brownies tadi tu, selalu uji dengan cake tester yer.
8. Bila brownies tadi tu dah masak, biarkan dulu kat oven tu dulu antara 10-15min. Tapi renggang sedikit pintu oven tu ya.

9. Selepas 15 min, keluarkan oven dan biarkan ia sejuk dalam suhu bilik dalam beberapa jam sebelum dipotong.

Resepi brownies ni adalah inspirasi dari resepi Puan Eny Abdullah, rakan blogger abam. Abam ubahsuai sket mengikuti citarasa abam sendiri. Kepada kawan-kawan yang ada di Jitra yang mungkin nak tempah kek..boleh kontek-kontek Puan Eny yer..kek dia cantik-cantik wooo…

Tips nak dapatkan Brownies Kedut yang sedap :
1. Simpan dalam bekas kedap udara dan brownies boleh tahan dalam beberapa hari.
2. Jangan terlebih masak atau overbaked. Brownies yang sedap, mestilah sedikit garing dibahagian atas tapi didalam masih rasa lembut/moist.
3. Kualiti Dark Choc dan serbuk koko. Gunakan jenama yang premium. Walaupun harga agak mahal, tapi perbezaan rasa yang lebih sedap dan mewah menjadikan ia lebih berbaloi.

Selamat mencuba.

Jom baca kat sini : Tempahan Brownies Sedap

2,479 total views, 88 views today

Review Guardian Of The Galaxy Vol 2

Guardians of the Galaxy

770 total views, 8 views today