Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Dah puas jalan-jalan kat pasar karat Kampung Berjaya, abam singgah kat gerai viral ni. Gerai Apom Lenggang Kampung Berjaya yang dah femes jugak lah seantero Malaya dek kerana apom lenggang dia yang sedap.

Sepanjang abam dok berjalan-jalan kat dalam pasar ni, rasanya ni lah satu-satunya gerai apom lenggang yang ada. Masa abam sampai tu, boleh tahan jugak ramai pelanggan laon yang dok tunggu order. Ada yang makan kat situ, ada yang bungkus nak bawa balik makan kat rumah. Ada sorang pelanggan kat depan abam tu, dia order sampai 40 biji apom lenggang untuk dibawa balik.

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom lenggang ni boleh dikatakan sebagai makanan tradisi lah, terutama di sebelah negeri utara ni. Mungkin kat negeri-negeri kat Malaysia ni mengguna resepi berlaianan dan nama pun lain. Apom lenggang ni biasanya kalau kat sini femes sebagai juadah untuk sarapan pagi. Kalau di Kedah, orang kata “menyeghok”..atau breakfast 😁

Macamana boleh dapat nama Apom Lenggang?

Macam resepi apom yang lain, cuma semasa nak masak tu,apabila bancuhan tepung dah masukan dalam kuali kecil yang dah panas, tukang masaknya akan melenggang-lenggang kuali supaya apom tadi akan rata, berbentuk bulat dan leper.

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Kat korang yang mungkin datang jalan-jalan atau tersesat sampai kat Alor Setar ni, boleh singgah kejap untuk mencuba apom lenggang Kg Berjaya ni. Datang sebelah pagi tau, datang menyeghok sat kat sini..

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar
Harga murah, sedap pulak tu..
Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar
Apom lenggang ni kena makan masa panas-panas, baru lah sedap..

Baca juga : Pasar Karat Kampung Berjaya

Baca juga : Mana nak dapatkan Durian Crepe paling Sedap kat Alor Setar/Jitra?

2,604 total views, 6 views today

Sharing is caring!

2 Replies to “Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge