Farm In The City Seri Kembangan Lokasi Menarik Bersama Keluarga

Farm In The City Seri Kembangan

Farm In The City Seri Kembangan Lokasi Menarik Bersama Keluarga

Farm In The City Seri Kembangan

Selamat menyambut Hari Malaysia. Cuti Hari Malaysia kali pulak jatuh pada hari Ahad. Jadi secara automatik nya, Isnin cuti lah. Cuti panjang tu. Kalau ikutkan abam cadang nak rehat-rehat dengan keluarga kat rumah jer, tapi Alhamdulillah dapat peluang bersama-sama keluarga KBBA9 sempena Family Day tahun ni. Jadi dalam masa yang sama, dapat lah jugak peluang “Family time” dengan keluarga kat tempat yang cukup best pastu dekat pulak dengan Putrajaya. Serius memang menarik tempat ni.

Farm In the City Seri Kembangan
Bersama keluarga KBBA9

APA YANG KORANG BOLEH BUAT KAT FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN NI ?

Kalau korang belum lagi menjejak kaki ke Farm In The City ni, mai abam nak ceritakan serba ringkas apa kat tempat ni. Kat Farm In The City ni amat sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang memang suka dengan haiwan-haiwan. Macam-macam aktiviti boleh korang buat macam pegang arnab, bagi makan ikan, tengok pertunjukan burung kakak tua dan banyak lagi. Pastu ada pulak perlbagai haiwan yang dibawa dari negara lain ke dalam tempat ni.

1. Tengok Pertunjukan Burung Kakak Tua

Yang ni, korang jangan lepas kan peluang. Aktiviti wajib. Pertujukan bermula pada jam 11.30 pagi dan jam 3.30 petang.

 

2. Bagi Makan kat Raccoon.

Masa abam kat sana, kat sini antara tempat yang paling jadi tumpuan. Bukan senang nak tengok raccoon ni. Kat sini, bukan saja boleh tengok malah boleh jugak bagi makan dan usap-usap badan sekali.

Farm In The City Seri Kembangan

3. Bagi Makan Kura-kura di Turtle & Tortoise Farm.

Farm In The City Seri Kembangan
Kat sini korang boleh tengok pelbagi jenis kura-kura. Dari kura-kura yang paling besar sampai ke kura-kura yang paling “malas”.
Korang jugak boleh bagi makan kat kura-kura ni, yang mana makanan tu telah disediakan oleh penjaga kat situ. Tapi hati-hati ya masa nak bagi makan, nanti dia ter ngap pulak jari tu..😂

Farm In The City Seri Kembangan

4. Pelbagai Jenis Ular di Reptile Cavern

Farm In the City Seri Kembangan

Kat dalam ni, korang boleh tengok pelbagai jenis ular kat dalam ni. Kalau jenis takut ular tu, korang jangan bimbang sebab ular-ular semuanya ada dalam sangkar.

Farm In the City Seri Kembangan

5. Bird Aviary

Kat sini pulak, korang dapat berpeluang bagi makan kat pelbagai jenis burung. Boleh dikatakan kebanyakan burung-burung ni memang jinak.

Farm In The City Seri Kembangan
Kredit pic Farm In the City

6. Bagi Makan kat Rusa dan Kambing

 

Farm In The City Seri Kembangan
Hafiy yang paling teruja bila nak bagi makan kat kambing ni

7. Rabbits Farm & Hamster Farm

Farm In the City Seri Kembangan

Antara tempat favourite anak-anak abam ni. Selain boleh bagi makan, korang boleh usap-usap badan arnab atau hamster ni. Kalau nak dukung pun boleh, tapi ada cara nak dukung. Korang boleh dapatkan info dengan staf di tempat ni.

Farm In the City Seri Kembangan
Kredit pic @bungaayrasofea/Instagram

8. Petting Area

Farm In the City Seri Kembangan
Jejaka ini terpaksa memberani diri setelah dijeling beberapa kali oleh wife beliau

Kat sini pulak ada haiwan-haiwan yang korang boleh sentuh atau nak dukung. Ada pelbagai jenis haiwan seperti skunk, ular, ayam dan banyak lagi haiwan lain.

9. Bagi makan ikan koi di Mood’s Lake.

Kat sini, korang boleh relaks jap lepas dah lama berjalan kat dalam Farm In The City ni. Tenangkan fikiran dan minda dengan memberi ikan koi makan dalam kolam ni.

10. Pony Ride

Farm In the City Seri Kembangan

Yang ni anak-anak abam semua tak berani  nak naik, tapi abam memang rekomen untuk anak-anak korang cuba.

12. Longkang Fishing

Farm In the City Seri Kembangan

Anak abam yang ni nampaknya paling suka longkang fishing ni. Jangan besar-besar nanti jadi kaki pancing dah.. 😂

 

Sebenarnya banyak lagi binatang-binatang lain kat Farm In The City ni seperti iguana, burung hantu, Alpaca, pony, kuda terkecil, prairie dogs, lembu, kambing, kerbau albino dan banyak lagi haiwan lain

Farm In the City Seri Kembangan
Alpaca ..salah satu spesis kategori retis kat dalam Farm In The City ni..

Farm In The City Seri Kembangan

Farm In The City Seri Kembangan

Tips Sebelum ke Farm In The City

1. Datang Awal.
Untuk mengelakan korang bersesak-sesak kat dalam tu, abam sarankan datang awal. Pintu buka jer, korang terus masuk. Terutama pulak pada masa musim cuti, mesti ramai yang akan kesana. Lagi satu, kalau datang lambat, nanti korang susah nak dapat parking

2. Sarapan dahulu
Makanan dari luar tak boleh dibawa masuk ya, jadi pastikan seisi keluarga sarapan kenyang sebelum masuk ke Farm In The City. Bukan apanya, nanti baru nak layan haiwan-haiwan dalam tu, perut pulak lapar. Tapi kalau lapar jangan bimbang, kat dalam tu ada cafe yang jual pelbagai jenis minuman dan makankan.

3. Pakaian Yang Sesuai
Kat dalam Farm In The City ni, korang kena berjalan untuk menikmati apa yang ada dalam ni. Kawasannya agak luas, jadi pakaian yang sesuai mungkin dapat membantu korang lebih selesa. Pakai kasut sukan dan jangan sesekali pakai high heels ya. Baju yang menyerap peluh juga sangat sesuai

4. Bawa Stroller untuk anak kecil
Kalau korang yang ada anak yang masih kecil, disarankan bawalah stroller untuk memudahkan semasa menjelajah di dalam Farm In The City ni.

Pendapat Abam Mengenai Farm In The City Sri Kembangan?

Berbaloi dengan harga tiket yang ditawarkan. Satu tempat yang sesuai untuk seisi keluarga bersama dihujung minggu atau di musim cuti. Anak-anak abam kat sana memang rasa seronok melayan haiwan-haiwan sampai tak sedar dah hampir 4 jam kat dalam tu.

Farm In the City Seri Kembangan

Camana nak ke Farm In The City Sri Kembangan?

Cara paling mudah nak Farm In The City ni dengan gunakan apps waze atau Google Maps. Taip jer ” Farm In The City

Farm In the City Seri Kembangan

Harga tiket di Farm In The City Sri Kembangan.

Berikut adalah harga tiket untuk 2018

RM55 Dewasa
RM45 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM45 Warga Emas (60 tahun ke atas)

MyCard diskaun
RM37 Dewasa
RM30 Kanak-kanak (11 tahun ke bawah)
RM30 Warga emas (60 tahun ke atas)
** kanak-kanak 90cm ke bawah Percuma **

Promosi Pakej Family
RM125 – 2 dewasa & 2 kanak-kanak

MAKLUMAT DAN INFO :

OPERATING HOURS
WEEKDAYS: 10:00am-6:00pm

WEEKENDS: 09:30am-6:00pm

Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday

WEBSITE:
https://www.farminthecity.my

CUSTOMER SERVICE HOTLINE :
+603-89412099
Alamat :
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia

Baca juga : Rabbit Fun Land Lenggong

Baca juga : Jom ke KL Tower Mini Zoo

348 total views, 273 views today

Minz Sambal Hitam Pahang Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Minz Sambal Hitam Pahang

Minz Sambal Hitam Pahang Sekali Rasa Pasti Nak Lagi

Kalau sebut pasal makan ni, memang abam tak memilih sangat. Mungkin sebabkan dulu abam selalu kerja outstation, boleh katakan macam-macam masakan abam dah cuba. Kekadang abam rasa nyesal pulak sebab tak buat food review masa tu. 😁.

Masa ni kat Jeti ke Taman Negara pada November 2007. Abam terlibat dengan projek menaik taraf sistem IT di sekolah-sekolah sekitar Jerantut Pahang.

Korang pernah cuba sambal hitam Pahang? Sambal ni memang sedap tapi nak membuatnya memang mesti ada kesabaran yang tinggi. Sebab proses nak nak buat memakan masa berjam-jam untuk dihasilkan.

Dalam banyak-banyak sambal hitam Pahang yang pernah abam cuba, Minz Sambal Hitam Pahang antara yang paling abam suka. Rasa cukup bahannya dan tak terlalu berminyak

Cukup mudah kalau korang nak menikmati Minz Sambal Hitam Pahang ni. Cukup ummppph..dengan ada nasi panas-panas bersama telur goreng. Ataupun nak makan dengan roti pun boleh.

Minz Sambal Hitam Pahang

Kelebihan Minz Sambal Hitam Pahang

– Menjimatkan masa. Siap sedia untuk dimakan.
– Tahan lama. Resepinya menggunakan bahan-bahan segar dan tanpa bahan pengawet.
– Boleh dijadikan sebagai perencah masakan. Korang boleh buat macam masak kangkung goreng sambal hitam ke atau sebarang masakan yang sesuai.
– Bekas nya cukup sesuai untuk korang bawa ketika melancong.

Produk Keluaran Minz Sambal Hitam Pahang.

Min’z Sambal Hitam Pahang menyajikan anda 3 jenis sambal hitam pahang yang enak & unik iaitu :

Minz Sambal Hitam Pahang

A.  Sambal hitam pahang ikan bilis kering
Sambal hitam pahang yang bertekstur seakan serunding.
Harga : RM15 sebotol

B. Sambal hitam pahang ikan bilis basah
Sambal hitam pahang versi original seperti masakan ibu di rumah.
Harga : RM15 sebotol

C. Sambal hitam pahang ikan talang
Sambal hitam pahang yang telah diinovasikan menggunakan isi ikan talang jeruk yang berkualiti tinggi
Harga : RM20 sebotol

Kalau korang memang peminat Sambal Hitam, korang memang wajib cuma Minz Sambal Hitam Pahang ni. Abam punya favourite, Sambal Hitam Pahang Ikan Talang. Rasa dia pedas-pedas pastu ada rasa ikan talang jeruk tu, memang terangkat abis..

Minz Sambal Hitam Pahang

Camana nak membeli Minz Sambal Hitam Pahang ni?

Mudah jer..boleh hubungi no kat bawah ni.

FB : Min’z Sambal Hitam Pahang 

IG : minionlicious_enterprise

WhatsApp :  0146667772

 

Terima kasih yer singgah kat blog abam 😊

Baca juga : Rasai Cheese Tart Sedap di Putrajaya

360 total views, 3 views today

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya | Khas untuk peminat koleksi kereta Hot Wheels terutama yang ada berdekatan Putrajaya, kini dah ada di tempat baru bertempat di Suria Mall Presint 2 Putrajaya.

Kalau korang follow entri abam sebelum ni, para pengumpul dan penjual koleksi Hot Wheels buat jualan di Pusat Komuniti Presint 16. Korang boleh baca kat sini Tapak Jualan Hot Wheels di Presint 16 Putrajaya

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

Di tempat yang baru ni, bertempat di tingkat 2 Suria Mall Presint 3, jualan koleksi Hot Wheels diorang buat pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 11 pagi sehingga jam 6 petang.. Tapi abam sarankan korang datang hari Ahad sebab pada hari Ahad ni lebih banyak collector yang datang menjual kat situ.

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

 

Ni antara koleksi-koleksi Hot Wheels yang diorang jual dengan harga Rm5 jer.

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

Tapi ada jugak koleksi Hot Wheels yang dijual pada Rm15 dan ke atas.

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya

Ni lah hasil hunting koleksi Hot Wheels dengan anak-anak semalam. Range harga setiap satu ni antara Rm5 ke Rm10 sahaja.

Tapak Jualan Hot Wheels di Suria Mall Putrajaya
Track sedang diuji

Kepada penggemar koleksi Hot Wheels terutama yang tinggal berdekatan Putrajaya tu, boleh lah datang singgah kat sini. Kat sini bukan sahaja ada jualan tapi ada juga diadakan pertandingan race untuk kereta Hot Wheels ni. Ada hadiah tau..kalau korang nak try race, boleh datang ke si.

Sedikit komen untuk pihak pengajur Hot Wheels Suria Mall Putrajaya

Kekadang kat sini agak sunyi dan lengang dengan pengunjung walaupun pada hari Ahad. Untuk pihak penganjur abam nak cadang, adakan lebih banyak promosi pasal tapak jual Hot Wheels di Suria Mall ni.

Terima kasih sekali kat korang yang sudi singgah & baca kat blog abam ya 😊

Insyaallah untuk entri yang akan datang, abam akan kongsikan serba ringkas pasal sejarah Hot Wheels.

Baca juga : Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Baca juga : Jom ke KL Tower Mini Zoo

 

255 total views, 3 views today

Musim Bunga Tecoma Di Putrajaya Datang Lagi

MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA

MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA DATANG LAGI

Kalau korang ada jalan-jalan kat Putrajaya sekarang ni, mesti korang prasan ada pokok penuh dengan bunga sakura di sesetengah tempat. Serius memang cantik.

MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA
Pokok-pokok bunga sakura Malaysia @ Pokok Tecoma di sekitar Jalan Pesint 2
Kredit Perbadanan Putrajaya

Sebenarnya pokok ni bukan lah pokok sakura, tapi pokok Tabebuia Pentaphylla atau lebih dikenali sebagai sebagai pokok Tecoma.

Apa itu Pokok Bunga Tecoma

Pokok Tecoma ni sebenarnya berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman. Di Malaysia, pokok tecoma ni juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.

MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA

Pokok tecoma yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”.

MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA
Pokok tecoma jugak banyak ditanam sekitar kuarters.

Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis. Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa. Pokok tecoma memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat.

MUSIM BUNGA TECOMA DI PUTRAJAYA
Kredit Perbadanan Putrajaya

Jadi kalau korang yang tengah mencari lokasi menarik nak buat sesi photography, nak acah-acah ambil gambar macam kat Jepun, boleh lah ke Putrajaya masa musim pokok tecoma ni berbunga. 😁

 

Sumber : FRIM

Baca Juga : Tips Bercuti dan Bershopping kat Ho Chi Minh

786 total views, 6 views today

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

” Malam ni nak makan apa nii..?
Solan mudah jer kan, tapi kekadang sudah nak fikir apa yang di masak. Ni lah dilemma setiap hari kalau nak masak kat umah.

Tadi masa nak ambil anak balik dari sekolah, masa kat kantin ternampak ada masak lemak cili padi. Nampak macam menarik jer ni. Apa lagi cara, mudah nak cari resepi dengan tanya pakcik Google lerr..😂

Haaa..terjumpa resepi masak lemak cili kat blog Che Mat Gebu. Yang menariknya, dalam resepi ni Che Mat guna cendawan kukur dengan terung pipit. Jadi ada kelainan untuk resepi ni.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit
Terung pipit
Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit
Cendawan Kukur

Ok, jom abam share resepi yang di cedok bulat-bulat dari blog Che Mat ( minta izin yer Che Mat . hehhehe)

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit

BAHAN – BAHAN :
– 200 gram cendawan kukur segar, bersihkan dan rendam
– 1 cawan terung pipit, buang tangkai, di cuci dan di toskan
– 1 genggam ikan bilis
– 2 batang serai, diketuk
– 1 keping asam gelugor
– 1 liter santan cair
– 300 ml pati santan
– Garam dan gula secukup rasa

BAHAN – BAHAN KISAR HALUS :
– 1/3 cawan cili padi kampung ( Boleh adjust lebihkan atau kurangkan)
– 1 inci kunyit hidup, pilih kuyit yang tua
– 4 biji bawang merah
– 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK :
– Kalau ikut resepi asal, terung pipit direbus hingga empuk, tapi abam terus masukan jer.
– Ikan bilis dibersihkan.
– Bersihkan dan toskan cendawan kukur, kemudian cuci sekali lagi, tos dan perah airnya. Masukkan cendawan dalam lesung batu dan tumbuk-tumbuk sedikit biar cendawan pecah , jangan tumbuk sampai lumat.

– Kemudian masukkan cendawan kukur, serai titik, terung pipit dan bahan-bahan yang telah dikisar halus tadi ke dalam periuk. Gaul rata.Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih.

– Kemudian tambah ikan bilis dan asam gelugor. Masak hingga cendawan lembut.

– Tuanng pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya (anggaran 1 1/4 camca teh) dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api.

Resepi Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit)

Okeh dah siap pun menu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Kukur bersama Terung Pipit. Hidangkan bersama nasi putih, ikan goreng dan telur dadar..memamg auumm .
Selamat mencuba.

Kredit resepi asal Blog Che Mat Gebu

Resepi lain yang korang boleh cuba :

1. Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

828 total views, 39 views today

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir dari JAKIM Ketika Bermusafir

Cara Solat Jamak Taqdim & Takhir dari JAKIM Ketika Bermusafir |

Hi, Assalamualaikum… Terima kasih kerana sudi singgah lagi kat blog abam. Kalau korang yang friend dengan abam kat Instagram & Facebook, mungkin korang prasan abam ada gak dok pi travel ke sana ke mari. Travel budget jer, sambil melancong dapat jugak tengok-tengok tempat orang kan..

Solat Jamak

Ok. Untuk kali ni abam sebenarnya nak kongsikan cara solat Jamak dan Qasar untuk dijadikan sebagai rujukan semasa travel nanti.

Sebenarnya apabila kita travel ke mana-mana, samada dengan kenderaan darat ke, laut atau udara, apabila dah dapat status musafir tu..kita dibolehkan untuk buat solat Jamak.

Solat Jamak

Apa tu Solat Jamak? Menurut JAKIM, solat jamak ni terbahagi kepada dua, iaitu :

APA ITU SOLAT JAMAK?

Menurut JAKIM, takrifan solat jamakterbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jamak Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jamak Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

APAKAH SYARAT SOLAT JAMAK?

UNTUK SOLAT JAMAK TAQDIM:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

UNTUK SOLAT JAMAK TAAKHIR:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

BAGAIMANA CARA DAN CONTOH NIAT SOLAT JAMAK?

UNTUK JAMAK TAQDIM:

1. Jamak Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jamak Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

UNTUK JAMAK TAAKHIR:

1. Jamak Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jamak Takhir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Semoga entri cara solat jamak ini dapat membantu kita melakukan ibadah, walau di mana kita berada. Jangan sesekali kita meninggalkan atau meringankan solat, walaupun kita tengah bermusafir.

Harus diingat, yang dibolehkan hanya solat Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak sahaja.

Terima kasih sekali lagi,..Semoga perjalanan kita mendapat keredhaan Allah. Jika bermanfaat, sudi-sudikan share nanti ya..

258 total views, 9 views today