Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Mudah dan Sedap

Sikap masak 3 Rasa

‌Cuti sekolah kembali lagi, maka akan riuh rendahlah seisi rumah dengan tempik gumpita suara anak-anak. Antara benda yang susah nak fikir kalau anak-anak ada kat umah ni, …apa yang nak dimasak untuk diorang makan. Menu pun nak kena juga dengan selera tekak diorang. Belek punya belek kat dalam peti ais, ada pulak ikan siakap. Apa lagi, hari ni abam masakan ikan siakap masak 3 rasa untuk diorang.

‌Menu ikan siakap masak 3 rasa ni, bukan saja jadi favourite untuk anak-anak, tapi favourite abam dengan wife jugak. Ikan siakap tu di goreng garing-garing dengan di tambahkan dengan rasa sosnya yang masam manis pedas, fuuuhh memang akan bertambah-tambah makan nasi. Lagipun, resepi ni cukup mudah dan bahan-bahan pun senang nak dapatkan. Ok jom, abam kongsikan resepi mudah dan sedap untuk korang cuba.

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Untuk Ikan:

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

• 1 ekor ikan siakap di potong 2, di kelar-kelar . Lumurkan garam kunyit.

• Tepung jagung untuk di lumurkan kat ikan.

• Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan.

Bahan-bahan untuk menumis :

• 2 ulas bawang putih (diketuk)

• 3 tangkai cili padi – dipotong kecil ( kalau nak pedas, letak ler lebih)

• 1 inci halia dihiris halus-halus.

• 1 batang serai (diketuk)

Bahan-bahan untuk sos :

• 2 sudu besar sos tomato

• 2 sudu besar sos cili

• 1 sudu besar sos tiram

• 1 sudu besar sos ikan

• 1 biji bawang besar ( dipotong dadu)

• 1 biji tomato (dipotong dadu)

• 1/2 biji cili capsicum (dipotong dadu)

• 3 helai daun limau purut yang dibuang tulangnya

• Daun sup/daun bawang untuk hiasan

• Minyak masak secukupnya untuk menumis.

• Garam

• Gula

Cara-caranya  Penyediaan Ikan Siakap Masak 3 Rasa :

1. Menggoreng ikan siakap.
Ikan siakap tadi tu dibersih terlebih dahulu dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila dah nak goreng tu, lumurkan pula dengan tepung jagung keseluruhan ikan.

Panaskan minyak di dalam kuali, cukup untuk tenggelam kan ikan dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, sebelum memasukan ikan ke dalam kuali. Gorengkan ikan sehingga betul-betul garing ya.

2. Memasak sos.
Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan bahan menumis tadi, iaitu bawang putih, halia, cili padi dan serai.

Setelah bawang putih menjadi kekuningan, masukkan bahan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan daun limau purut. Kacau sebentar. Kalau nak sedap lagi, kalau ada nenas yang dalam tin tu, ambil sedikit air sirap tu dan campurkan dalam campuran sos tadi.

Kemudian, dimasukkan bahan-bahan lain iaitu bawang besar, tomato yang telah dipotong dadu, dan cili benggala. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat. Jika ada nenas dalam tin, boleh campurkan sekali. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah menjadi pekat dan dah nampak berkilat, boleh tutup api, angkat sos tadi dan tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng garing tadi. Kemudian taburkan sedikit daun sup dan daun bawang sebagai hiasan. Haa..siap pun ikan siakap 3 rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Sikap masak 3 Rasa

 

Selamat mencuba resepi mudah dan sedap ni, Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Kredit resepi asal Azie Kitchen.

Resepi Kari Ikan Ala Utara

 

1,089 total views, 21 views today

Tips Bersihkan Oven Yang Kotor : Mudah Dan Berkesan

Tips Bersihkan Oven

 

Tips Bersihkan Oven Yang Kotor | Mudah dan Berkesan 

Tips Bersihkan Oven : Mudah dan Berkesan| Bila korang selalu gunakan oven untuk buat kek, biskut atau pun selalu gunakan untuk panggangkan ayam contohnya, mesti ada kesan kotor dan kesan minyak yang terpecik melekat pada permukaan dalam oven tu. Tapi korang jangan bimbang sebab ada cara dan tips mudah nak bersihkan oven korang.

Petua nak cuci oven dengan mudah ni sebenarnya di kongsikan oleh Chef Asma. Abam dah pun mencuba tips ni, memang hasilnya cukup terbaik. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur korang sahaja. Jom cuba. Confirm oven korang akan kelihatan lebih bersih lepas ni.

TIPS BERSIHKAN OVEN | MUDAH dan BERKESAN

BAHAN-BAHAN:

2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar

CARA-CARA:

● Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda ( redai, tray dan sebagainya).

● Campurkan baking soda, air dan cuka kedalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair@ pes supaya mudah untuk kita sapukan pada permukaan kotor dan berminyak. ( Masa tuangkan cuka tu, bancuhan akan nampak berbuih.)

● Sapukan cecair @ pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.

● Biarkan selama 12 jam.  Cukup 12 jam ataupun semalaman, ambik kain  atau berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada oven. Pastu lapkan kat permukaan oven tadi singga bersih. Kemudian bilas dengan air sabun pencuci pinggan dan lapkan dengan air dengan menggunakan kain bersih sehingga hilang kesan sabun dan kotoran. Hasilnya, oven korang akan lebih bersih dan berkilat.

Tips Nak Bersihkan Oven Yang Kotor
Sebelum dicuci, permukaan oven ni agak kotor dan kurang berkilat sebab ada kesan minyak
Tips Nak Bersihkan Oven Yang Kotor
Selepas dicuci, oven lebih bersih dan berkilat. Abam pun dengan secara tak lansung kelihatan lebih tampan..auumm 🤣

CARA CUCI PERMUKAAN KACA (PINTU) KETUHAR

Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda. Sapu pes pada kaca kat pintu kaca oven tu dan biar selama 30 minit. Guna kain kain untuk lap dan lepastu bilas dengan air bersih. Pastikan kaca tadi lap hingga betul-betul kering.

PERINGATAN:

JANGAN switch ON oven jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh ON .Pastikan bahagian dalam Oven juga benar-benar kering sebelum digunakan. Kalau tak nanti  ia boleh menyebabkan oven berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.Satu lagi, jangan simbah air kat kipas oven tur. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.

Tips Bersihkan Oven Yang Kotor : TIP TAMBAHAAN DARI CHEF ASMA

Tips Mudah & Berkesan Nak Bersihkan Oven Yang Kotor

Lebihan cecair bancuhan baking soda tadi jangan dibuang. Apa yang korang boleh buat, korang boleh gunakan untuk merendam acuan biskut, tat dan kuih yang dah berkarat atau pun berminyak.

Caranya, korang rendam jer semalaman . Pastu gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya, tadaa….acuan kuih akan berkilat macam baru.

Selamat mencuba 😁

Kredit petua: Chef Asma Nordin

 

Baca juga : Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Nak order barang-barang murah & berkualiti dari Vietnam, jemput ke IG Personal Shopper Vietnam

969 total views, 12 views today

Kelebihan Berselawat  ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Kelebihan Berselawat

Kelebihan Berselawat  ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Apakah kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W? Apa pentingnya berselawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

Kelebihan Berselawat

1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – Hadis Riwayat Muslim.

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulama’ berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

Kelebihan Berselawat

 

Baca jugaTips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

852 total views, 9 views today

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

 

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap | Korang tengah dok prepare dah nak buat cookies raya..? jom abam kongsikan sedikit tips biskut menjadi sedap dan biskut korang rasa lebih auuummm.

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap

Mungkin ramai yang tak tau, sebenarnya, lain-lain resepi biskut, hasilnya pun lain-lain. Ada biskut rangup, ada soft centred, ada gelap, ada cerah. Semua ni, dipengaruhi oleh bahan yang kita guna. Kat sini ada 6 jenis bahan yang mempengaruhi hasil biskut korang :

1. Gula putih
Resepi biskut yang guna semua gula putih, hasilnya lebih rata, lebih ranggup dan lebih cerah. Gula serap air dalam doh. Jadi, biskut lebih rangup dan crunchy.

2. Gula perang
Resepi biskut yang guna gula perang, hasilnya lebih moist dan lebih padat. Gula perang ada “molases” yang buat biskut tu lebih gelap, moist dan lebih chewy.

3. Butter cair
Bila guna butter cair, gula akan larut dalam larutan butter dan buat biskut lebih lembut dan rata. Biskut akan jadi lebih leper dan nipis.

4. Baking powder
Resepi yang guna baking powder, hasil biskutnya lembut dan tebal tapi sedikit keras.

5. Baking soda
Kalau perasan, resepi yang gunakan baking soda selalunya ada tambahan bahan asidik dalam resepi tu. Sebab baking soda bertindakbalas dengan asid untuk hasilkan buih. Buih ni buat biskit lebih ringan, lembut dan chewy.

Amacamm? Dapat sesuatu tak sharing kali ni? Kalau dapat, Share dan sebarkan ilmu ni 😊

Tempahan Biskut Raya dengan Khaisya Delite Putrajaya

Kalau korang nak rasa biskut raya yang sedap dengan mengguna bahan-bahan premium, untuk tahun ni korang boleh order dengan Khaisya Delite.

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Almond Chocolate Tart Cookies 50 pcs Rm29
Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Blueberry Crumble 350gm Rm35
Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Chocolate Chips Cookies 350gm Rm29
Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Popia Sira Pedas
900gm Rm28
300gm Rm10
Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Biskut Kelapa Legend 50pcs Rm25
Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Cirnflakes Cookies 360gm Rm29

Khaisya Delite juga sedang mencari korang yang berminat nak tambah pendapatan dengan menjadi agen untuk biskut-biskut raya. Jika korang berminat, atau ada sebarang soalan, boleh hubungi Puan Aisyah 0196228446

Tips 6 Jenis Bahan Yang Mempengaruhi Hasil Biskut Menjadi Lebih Sedap
Owner Khaisya Delite, Puan Aisya

Kredit info dari Puan Ummul Amira Omar.

Baca juga : Resepi Brownies yang mudah & sedap

 

 

 

 

 

1,260 total views, 15 views today

Header blog Abam Korie berwajah baru : Header Karikatur

Header Karikatur

 

Header blog berwajah baru : Header Karikatur

Assalamualaikum hai korang..
Minggu ni abam agak sibuk sket dengan tempahan brownies dan Cheese Tart sampai tak sempat nak update blog. Tempahan kebanyakannya untuk majlis-majlis di sekitar Putrajaya. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak walaupun kena berjaga malam untuk siapkan.

Ok. Mungkin ada antara korang yang dah prasan kot kat  blog abam  ni dah ada sedikit kelainan. Kalau ada yang blom prasan, sebenarnya  abam dah tukarkan header yang lama tu ke header karikatur. Dah lama abam nak header karikatur macamni, tapi tak jumpa sapa yang boleh buatkan.

Header Karikatur

Header ni hasil kreativiti rakan blogger abam, Julia Ali  dari Melaka, Beliau ni memang cukup terer kalau dalam bab-bab melukis ni. Selain dari boleh design header karikatur ni, beliau pandai juga lukis doodles tau..yang menariknya, beliau lukis doodles tu kat kasut.. kalau korang nak tempah boleh ni.. meh abam share antara koleksi gambar lukisan doodles yang beliau dah lukis..
Hebatnya beliau sampai masuk paper lah. Hehehe…

Kasut Doodles

Kasut Doodles

Kasut Doodles

Kasut Doodles

Macamana nak tempah HEADER KARIKATUR ni?

Okeh, kalau korang berminat nak dapatkan khidmat beliau untuk cantikkan lagi header blog, korang boleh emailkanke julia_yana@yahoo.com.
Pastu korang sertakan sekali detail macam :

Tajuk  Email     : TEMPAHAN HEADER BLOG

Nama               :

Nama Blog        :

Konsep/ Jenis   : Contoh : Lifestyle/ Masak-masak dan sebagainya

Tambahan        : Ni untuk special request

Attachment      : Gambar Close -Up ( Muka sahaja)

Apa yang boleh bagitau, hasil kerjanya abam cukup puas hati. Cepat dan mudah berurusan. Abam memang recommended sangat.

Terima kasih sudi singgah kat blog abam lagi ya.. rasa cam nak buat give away kat korang yang suka komen kat blog abam ni…give away brownies, ok ke 😁

 

 

1,039 total views, 9 views today