From Ho Chi Minh with Love – Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku www.abamkorie.com

Trip abam ke Ho Chi Minh kali ni agak istimewa. Kenapa istimewa? Sebab trip kali ni sama pulak dengan tarikh dengan ulang perkahwinan abam. Boleh baca entri Trip Personal Shopper Februari 2018

Banyak plan abam nak buat masa kat Vietnam, plan nak surprise kan wife ni, tapi memandangkan trip kali ni pendek sangat. Jadi banyak plan tak menjadi. Yang menjadi cuma dapat surprisekan dia dengan bunga ni. Masa kat sana abam buat bodo, macam tak ingat tarikh anniversary. Kan nak buat surprise jan..hehheh

Ok abam nak cerita pasal bunga kat Ho Chi Minh ni..Kalau korang nak tau, harga bunga kat sini memang cukup murah kalau nak bandingkan dengan harga kat tempat kita. Kalau pandai tawar, boleh dapat sekuntum hanya Rm2 jer. Murah kan..kan Jadi kalau korang ke Ho Chi Minh, pastu kena pulak dengan hari istimewa korang..beli jer bunga banyak-banyak, tak rugi pun..

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

Kredit gambar kat atas ni buat kak Norlailai Dlaila, tokei Mee Udang ohsem kat MMA Santai Bandar Baru Nilai.

Happy Anniversary buat Isteriku

Buat isteriku, kau lah sahabat peneman hidupku dikala kosong. Dikala aku perlukan sokongan dalam hidupku. Dikala aku rebah, kau memangku jiwa raga ku. Dikala aku sedih, kau pandai mencuit hatiku. Dikala aku lemah, kau lah penguat semangat hidupku. Kau bukan hanya sebagai isteriku, malah sahabat sejatiku.
Wahai isteriku, kau lah nyawaku dan sumber insprasiku.
Terima kasih atas susah dan senang selama ini. Terima kasih kerana selalu ada disampingku. Terima kasih atas segalanya.
Semoga hari-hari mendatang kita akan lebih tabah dan matang dalam menghadapi segala yang Allah uji. Setiap ujian itulah yang menguatkan kasih sayangku pada mu. Ku selalu berdoa, semoga kebahgian kita selama ini kekal sehingga akhir hayat.

Ya Allah jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

From Ho Chi Minh with Love - Happy Anniversary buat Isteriku

Buat permaisuri hatiku..Aisya
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-16

Terima kasih atas segalanya…

663 total views, 0 views today

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 – Ilmu bernilai dalam seni fotografi

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 – Ilmu bernilai dalam seni fotografi

Bengkel Fotofon KBBA9 2018
Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 | Baru-baru ni abam bersama-sama dengan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) diberi peluang untuk menambah ilmu mengenai gotografi menggunakan telefon. Bengkel Fotofon KBBA9 2018 kali ni dianjurkan bersama SONY dan mendapat kerjasama dengan pihak MATIC dan COSMODERM.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 - matic

Di zaman yang semakin canggih ini,  teknologi terkini yang ada pada smartphone jika digunakan sebaiknya, gambar yang dihasilkan boleh dikatakan hampir setanding dengan kamera DSLR.

Dalam keadaaan tertentu, smartphone mungkin lebih sesuai digunakan untuk merakamkan situasi atau gambar. Kelebihan yang ada pada smartphone seperti lebih ringan, compact dan lebih mudah dibawa kemana-mana menjadikan smartphone salah satu tool yang utama untuk sesetengah jurugambar profesional mahupun amatur.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 – Dengan kerjasama MATIC, SONY & COSMODERM.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 kali ni, pihak Pusat Perlancongan Malaysia (MATIC) berbesar hati menaja lokasi bengkel ni. COSMODERM bersama pihak SONY Malaysia, telah menyediakan seorang guru yang cikup hebat untuk bengkel ni iaitu seorang photographer terkenal, Encik Rahman Roslan. Beliau merupakan seorang photographer yang mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun. Beliau bermula sebagai photojournalist sejak tahun 2006 dan beliau banyak melibatkan diri dalam pelbagai kategori, dari fotografi dokumentari sehinggalah sehingga ke sektor pengiklaan.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 - Encik Rahman
Encik Rahman Roslan dari SONY

Gaya bersahaja Encik Rahman dalam mengajarkan ilmu fotografi membuatkan bengkel fotofon ni cukup menarik. Banyak ilmu-ilmu baru yang beliau kongsikan bersama. Jom abam kongsikan sedikit ilmu asas fotografi yang abam dapat kelas tersebut .

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 – INFO ASAS TENTANG SENI FOTOGRAFI

1. Aperture

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

2. Shutter Speed
Bengkel Fotofon KBBA9 2018
Shutter Speed
3. ISO / ASA
Bengkel Fotofon KBBA9 2018
Iso / Asa

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Paling asas dalam teknik fotografi atau fotofon ialah dalam menggunakan setting manual seperti menentukan nilai Aperture (f), Shutter Speed dan nilai ISO yang bersesuaian. Elemen seperti light, frame, rule of third, foreground, reflection dan perspective line juga memainkan penting untuk mendapatkan hasil gambar yang baik.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018
Encik Rahman memberi penerangan mengenai manua setting untuk setiap smartphone

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018 –  Contest Fotofon untuk menguji kreativiti

Selesai jer kelas teori, kesemua peserta bengkel di beri peluang untuk mengaplikasikan apa yang di pelajari didalam kelas tadi.  Sesi praktikal dilakukan diluar kelas dan disekitar perkarangan MATIC. Untuk menjadikan ia lebih menarik, semua hasil dari peserta akan dinilaikan oleh Encik Rahman sendiri melalui Contest Fotofon COSMODERM.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018
Antara photo-photo menarik sepanjang Contest Fotofon Cosmoderm

Nak tengok photo-photo yang lain masa contest tu? Jemput singgah kat Instagram #contestFotofonCosmoderm & Instagram Kelab Blogger Ben Ashaari

Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada COSMODERMMATICSONY Malaysia, Restoran Nelayan Gombak, Cafe Cerita Kambing, KhaisyaDelite, Tasty_Bake, IraBakery, dan BrillPremiumCoffee. Terima kasih juga kepada sifu Rahman Roslan

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Sarapan pagi yang cukup sedap ni ditaja oleh Restoran Nelayan

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Minuman dari Brill Premium Coffee yang cukup sedap. Terima kasih juga kepada IraBakery dan Tasty Bake

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Sandwich dan brownies dari Khaisya Delite

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Tajaan untuk makan tengah hari dari Cafe Cerita Kambing

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Goodies dari COSMODERM dan SONY Malaysia, Terima kasih.

Bengkel Fotofon KBBA9 2018
Barissan Ajk yang terlibat untuk Bengkel Fotofon KBBA9 2018

Bengkel Fotofon KBBA9 2018

 

Baca juga Family Day KBBA9 di Cherating

164 total views, 0 views today

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 | Trip personal shopper abam kali ni, hanya dalam 6 orang sahaja, abam bersama wife dan 4 lagi rakan. Trip kali ni agak pendek sket berbanding trip sebelum ni, dari 7hb sampai 9hb Februari. Sebelum ni sampai 4 hari kat sana. Macam biasa, kalau nak ke sana, abam akan servey dulu tiket fligt yang murah.
Untuk trip kali ni, abam menggunakan penerbangan Air Asia. Mungkin untuk next trip nak cuba yang lain pulak.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Starbucks Klia2
Sementara nak tunggu check in tu, singgah kat Starbucks jap. Cuba kopi ni, Cafe Lathe. Sedap jugak. Hilang mengantuk jap. Perut tengah lapar pulak tu.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

 

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kluar dari tempat ambik luggage akan jumpa kaunter-kaunter yang jual telco camni..

Sampai kat Tan Son Nhat Airport dalam pukul 3.30 cam tu… dah selesai semua urusan pemeriksaan Imigresen , abam terus belikan sim card telco yang ada jual kat luar pintu masuk airport ni. Abam ambik pakej internet unlimited Rm40.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Abam ambik pakej unlimited internet, pakai lah sampai muntah 😁

Kali ni nak berjimat sket, tak ambik 2 sim card tapi abam letak dalam 1 phone dan set kan sebagai mobile ho spot, so boleh kongsi dengan wife abam sekali.

Kalau korang nak berjimat, korang boleh gunakan khidmat uber atau grab untuk ke destinasi yang korang nak pegi. Dari airport tu abam gunakan khidmat uber 7 seater, caj nya D 14100. Kalau dalam Rm lebih kurang Rm3.50 camtu jer. Biasanya kalau teksi, caj lebih kurang double dari caj uber/grab. Tapi terpulang kepada keselesaan koranglah, kalau rasa teksi lebih selesa..ambik jer teksi. Kalau ada ada budget lebih boleh tempah tourist guide dari sana, diorang akan bawa korang ikut mana korang nak pegi.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam – Penginapan

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Kredit to booking.com

Kalau trip sebelum ni, abam selalu stay kat Hotel Xavier jer, tapi kali ni rasa nak cuba kat hotel baru pulak lah. Jadi kami decide tempah kat Hotel Pravina pulak. Kami dah tempah siap-siap sebelum datang. Nak mudah boleh gunakan  web TRAVELOKA . Lokasi hotel Pravina masih lagi dalam kawasan  Ben Than Market, tapi kalau berjalan kaki ambik masa jugak lah, dalam 10 minit camtu. Serius, hotel ni agak jauh kalau nak banding dengan Hotel Xavier. Rasa menyesal plak tak booked Hotel Xavier 😂..Dah la.sekali tu sesat. Cari hotel tak jumpa, dah la bawa barang kat tangan ni banyak..wife dah mencebik sampai lutut.abam nak gelak jer🤣🤣. Jom tengok, abam sikit gambar bilik yang kami menginap kat sini.

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina
Ini pulak bilik Kak Norlaila, bilik ni lagi besar..

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018 Hotel Pravina

 

Trip personal shopper abam kali abam rasa agak tersilap timing sket sebab masa ni dah hampir dengan perayaan CNY. Kat sini rupanya diorang sambut awal. Kilang-kilang besar ada yang dah tutup dah. Jadi ada order yang abam tak dapat belikan. Nasib baik lah customer abam ni semua sporting, diorang ok jer. Ada juga yang minta abam belikan untuk next trip.
Dalam masa dok bershopping sempat jugak abam buat surprise kat wife abam. Surprise apa? Korang baca kat SINI

Insyaallah, next trip personal shopper pada bulan 3@4 nanti.

Korang nak tips berjimat masa travel kat Ho Chi Minh? Next entri abam cerita k…😁

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018
Shoping Lace untuk customer yang dah order

Trip Personal Shopper Ho Chi Min Vietnam Februari 2018

 

Baca juga Tips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

Baca juga Tips Keselamatan Beg di Airport

602 total views, 0 views today

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Dah puas jalan-jalan kat pasar karat Kampung Berjaya, abam singgah kat gerai viral ni. Gerai Apom Lenggang Kampung Berjaya yang dah femes jugak lah seantero Malaya dek kerana apom lenggang dia yang sedap.

Sepanjang abam dok berjalan-jalan kat dalam pasar ni, rasanya ni lah satu-satunya gerai apom lenggang yang ada. Masa abam sampai tu, boleh tahan jugak ramai pelanggan laon yang dok tunggu order. Ada yang makan kat situ, ada yang bungkus nak bawa balik makan kat rumah. Ada sorang pelanggan kat depan abam tu, dia order sampai 40 biji apom lenggang untuk dibawa balik.

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Apom lenggang ni boleh dikatakan sebagai makanan tradisi lah, terutama di sebelah negeri utara ni. Mungkin kat negeri-negeri kat Malaysia ni mengguna resepi berlaianan dan nama pun lain. Apom lenggang ni biasanya kalau kat sini femes sebagai juadah untuk sarapan pagi. Kalau di Kedah, orang kata “menyeghok”..atau breakfast 😁

Macamana boleh dapat nama Apom Lenggang?

Macam resepi apom yang lain, cuma semasa nak masak tu,apabila bancuhan tepung dah masukan dalam kuali kecil yang dah panas, tukang masaknya akan melenggang-lenggang kuali supaya apom tadi akan rata, berbentuk bulat dan leper.

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

Kat korang yang mungkin datang jalan-jalan atau tersesat sampai kat Alor Setar ni, boleh singgah kejap untuk mencuba apom lenggang Kg Berjaya ni. Datang sebelah pagi tau, datang menyeghok sat kat sini..

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar
Harga murah, sedap pulak tu..
Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar
Apom lenggang ni kena makan masa panas-panas, baru lah sedap..

Baca juga : Pasar Karat Kampung Berjaya

Baca juga : Mana nak dapatkan Durian Crepe paling Sedap kat Alor Setar/Jitra?

692 total views, 0 views today

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Hari ni teringin pulak nak makan kari ikan atau orang utara lebih suka sebut gulai. Biasa kalau kat utara, paling common bila buat gulai ni, lebih suka guna ikan temenung aka ikan kembung. Tapi memandangkan harga ikan kembung sekarang ni dah sama level ikan orang ada-ada, jadi abam cari ikan lain lah yang abam rasa lebih berbaloi.

Hari ni pi beli barang dapur kat Pasaraya Hero kat Presint 3, ada pulak ikan tenggiri yang less sampai 30%. Apa lagi, terus bungkus bawa balik laa. 😁

Entri kali ni abam nak kongsikan dengan korang Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat. Yang masak pun memang orang utara, memang kena lah kan…heheh

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Bahan-bahannya :

– 5 keping isi ikan tenggiri
– 5 ulas bawang merah (dipotong halus)
– 3 ulas bawang putih (dipotong halus)
– Daun kari

– 1 pack rempah kari ikan Adabi (larut rempah dengan sedikit air)
– 1 sudu asam jawa Extra Adabi (larut asam jawa dengan sedikit air)
– 1 pek kecil santan Kara

– Garam & gula secukup rasa
– Sedikit minyak untuk menumis
– kacang Bendi
– tomato – di potong 4

Cara-caranya :
1. Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk
2. Setelah minyak dah panas, masukan bawang merah, bawang putih dan daun kari.
3. Kacau bahan-bahan tadi sehingga layu dan naik bau.
4. Rempah yang dah dilarutkan dengan air tadi, dimasukan ke dalam periuk dan dikacau sehingga naik bau dan pecah minyak.
5. Kemudian masukan air asam jawa dan kacau sebentar.
6. Masukan 1/2 kotak kecil santan Kara dan kacau sehingga sebagai.
7. Masukan air secukupnya.
8. Bila kari dah mula mendidih, masukan ikan.
9. Apabila dah hampir masak baru masukan tomato dan kacang bendi. Kacau sekejap.
10. Tutup api dan masukan sedikit garam sehingga secukup rasa.

Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat
Resepi Kari Ikan Tenggiri ala Utara Mudah dan Cepat

Hidangkan, makan dengan nasi panas-panas. Pastu ada pulak sambal belacan dengan ulam…Fuuuuh memang bertambah-bertambah nanti. Kuah ni kalau tak abis, jangan di buang tau. Panaskan balik, boleh cicah dengan roti benggali. Memang sedap.

Selamat mencuba 😊

Baca juga : Resepi Brownies yang mudah & sedap

Baca jugaResepi Ayam Masak Merah

655 total views, 0 views today

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Kalau sampai ke bandaraya Alor Setar, jangan terlepas untuk berkunjung ke Pasar Karat Kampung Berjaya. Kalau dah namanya pasar karat, memang menjadi wajib pegi untuk peminat-peminat dan para pengumpul barang-barang unik dan barangan antik. Pasar Karat Kampung Berjaya ni dibuka pada setiap hari Jumaat antara jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari.

Lokasinya, korang boleh gunakan aplikasi waze atau maps untuk sampai ke sini. Taip jer “Kampung Berjaya” , bila dah dekat sampai tu, akan nampak ramai kereta parking kat tepi jalan. Parking agak susah sket kat area ni, jadi kalau nak senang dapat kenalah datang awal.

Pertama kali sebenarnya abam sampai kat Pasar Karat Kampung Berjaya ni. Bawa wife dan anak jalan-jalan kat sini. Kat area pasar karat ni bukan setakat ada dijual barangan antik, bahkan ada yang menjual makanan, jual pakaian dan barangan basah macam ikan, sayur dan lain-lain. Jadi kalau korang nak beli barang basah tu, boleh lah singgah beli sekali.

Ok, jom kita tengok apa yang menarik kat Pasar Karat Kampung berjaya ni..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

 

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Banyak betul koleksi duit-duit lama kat gerai ni.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Banyanya duit syiling lama..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Cuba tengok harga nya…
Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Kat gerai ni, macam-macam barang rare, antik ada …sronok melayan tengok benda-benda kat sini

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Antara yang menarik perhatian abam kat Pasar karat Kampung Berjaya ni, ada 1 gerai yang menjual pisau, parang buatan tangan. Katanya selain dari di jual kat pasar karat ni, beliau ada juga pelanggan dari luar negara yang menempah melalui online. Hebat jugak hasil tangan anak tempatan ni.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Pelanggan tengah pilih barang yang berkenan dihati..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Buku komik lejen macam Ujang, Gila-gila pun ada kat sini..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Banyaknya buku-buku lama…
Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Semua ni yang terpakai tapi keadaan masih elok. Semuanya branded.

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar
Nampak macam barang dah tak leh guna dah..tapi ada peminat juga barang -barang camni..

Pasar Karat Kampung Berjaya Alor Setar

Pendapat abam lah, untuk korang yang minat barang-barang antik, barangan rare..memang korang wajib singgah kalau dah sampai kat Alor Setar. Kat Pasar Karat Kampung Berjaya ni macam-macam barang boleh korang beli kat sini. Kalau jumpa yang korang minat tu, cuba lah try nego harga, untung-untung dapat harga special nanti.
Terima kasih gais..jumpa lagi untuk next entri ya..

Kalau dah sampai.kat Pasar Karat Kampung Berjaya ni, jangan lupa mencuba Apom Lenggang ni..😋 Jom baca pasal Apom Lenggang Kg Berjaya dalam entri abam yang seterusnya

Apom Lenggang Kampung Berjaya Alor Setar

 

Baca juga Kat Mana nak order Durian Crepe yang SEDAP kat Alor Setar/Jitra?

Baca juga Tips Bercuti & Bershopping kat Ho Chi Minh Vietnam

796 total views, 0 views today

Durian crepe sedap di Alor Setar

Durian crepe sedap di Alor Setar

Durian crepe sedap di Alor Setar

Abam nak share sket dengan hangpa terutama peminat durian crepe yang dok kat area Alor Setar, Jitra dan kawasan berdekatan. Kini hangpa tak payah risau dah mana nak dapatkan durian crepe yang sedap kat sekitar Alor Setar ni.

Durian crepe sedap di Alor Setar
Cream ni memang sedap..rasa tak macam cream lain

Durian crepe ni menggunakan resepi istimewa, bukan dia boh whipping cream saja tau tapi dia ada bahan rahsia lain lagi. Bila makan tu, kombinasi cream dan durian menjadikan rasa durian tu sangat ummmmpphh..!! Isi durian yang digunakan pun yang berkualiti malah kuantiti durian dalam durian crepe ni pun agak banyak..tak seperti sesetengah durian crepe lain, hanya sket ja dibubuhnya. Kalau rasa nak isi durian tu lebih, hangpa boleh request nak extra isi durian.

Durian crepe sedap di Alor Setar

Dalam setiap pek, ada 6 biji durian crepe. Yang bestnya, ada pulak servis penghantaran terus ke rumah atau opis hangpa. Delivery kat sekitar Alor Setar Percuma plak tu.Kalau hangpa kat Area Jitra dengan Kuala Kedah, order ja 2 pek..delivery Percuma. Alang-alang boleh kutip order dengan geng opis kan.

Untuk hangpa yang memang hantu durian, hantu durian crepe..serius hangpa kena cuba durian crepe ni. Memang abam boleh kata, durian crepe sedap kat Alor Setar ni.

Camana nak order Durian Crepe Sedap kat Alor Setar ni?

Hangpa Kontek nombor kat bawah ni :
Bihah 0149021438
Fb profile : Sabihah
Harga : Rm10 sepeket
Untuk extra durian Rm12

Apa? Hangpa tak makan durian crepe?

Durian crepe sedap di Alor Setar
Kalau hanpa tak makan durian, hangpa boleh try flavors coklat, strawberi & oreo.

Jangan bimbang, ada crepe perisa lain gak tau macam perisa oreo, coklat & strawberi.
Apa lagi cepat-cepat lah order ya..

Baca juga Resepi Brownies yang mudah & sedap

Baca juga Kat mana nak order Brownies Sedap di Putrajaya

2,456 total views, 0 views today

Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Hari ni, abam balik kampung jap kat Alor Setar. Balik jap ziarah famili abam ni. Rindu dengan mak abah kat kampung. Kalau balik kampung ni, kekadang kalau ada masa abam singgah jap kat gym yang ada dekat-dekat umah ni. Umur macam abam ni, kesihatan pun nak kena jaga juga, sementara belum ada penyakit ni, boleh lah lagi nak bersenam. Kali ni abam nak cuba satu gym,  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar. Lokasi nya betul-betul seberang jalan berhadapan dengan masjid Al-Bhukary.

Jom abam abam kongsikan apa yang ada dalam Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar ni..

Review  Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar 

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar
Ruang untuk cardio

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Ulasan abam pasal Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar :

1. Keseluruhan peralatan kat Iron Gym & Fitness ni cukup untuk buat latihan bebanan walaupun ada sedikit peralatan yang kelihatan agak lama.
2. Cukup sesuai untuk pengunjung lelaki dan wanita.
3. Kemudahan seperti tandas dan loker disediakan.
4. Staf cukup friendly
5. Lokasi strategik, dekat jer dengan jalan. Kalau korang lalu kat area jalan langgar, dan sampai kat masjid Al Bukhary mesti nampak punya.

Keseluruhan nya abam berpuas hati guna perkhidmatan kat sini. Jadi hangpa yang dok dekat-dekat Alor Setar, terutama dekat-dekat jalan Langgar tu boleh lah ke sini nanti.

Kalau korang nak dapatkan lebih informasi, boleh ke Facebook Pages  Iron Gym & Fitness

 Iron Gym & Fitness Jalan Langgar Alor Setar

Baca juga Pengalaman hari pertama di Jom Kurus 1Malaysia

Baca juga Review Gym : AJ Fitness Presint 11 Putrajaya

499 total views, 0 views today