Peristiwa Misteri Suatu Malam di Asrama Sekolah

Kisah misteri kat asrama sekolah SMTSP

Peristiwa Misteri Suatu Malam di Asrama Sekolah 

Assalamualaikum, hi korang..

Tetiba tadi teringat masa abam sekolah asrama kat Perlis dulu. Bila dok kat asrama ni, kekadang bila cuti hujung minggu (masa tu kat Perlis masih lagi cuti Sabtu & Ahad) ramai lah bebudak kat asrama ni balik kampung. Abam ni kekadang balik, kekadang tak balik. Bila tak balik tu memang agak sunyi gak lah kat asrama ni.

Suatu malam ni,  ntah apa abam tersalah makan sampai sakit perut. Dok tahan punya tahan, last dah tak tahan kena juga pi toilet. Toilet pulak kena guna kat aras bawah sekali. Bilik abam masa tu kat tingkat 3. Sebab masa tu, kat Perlis memang selalu ada masalah tekanan air rendah. Jadi air memang tak sampai ke tingkat atas.

Punya lah berlari dari tingkat 3 turun tangga, dah la dengan pakai kain pelikat pulak tu..sib baik tak tersangkut kain, kalau tak mau tersadung jatuh hheheh… Dipendek kan cerita,… dah setel hajat semua..baru lah rasa lega perut ni. Dah tak sakit lagi. Tetiba baru prasan, masa tu dah pukul 2 pagi dah. Halamak..!! Haaa..baru lah nak rasa takut. Rasa cuak, rasa nak terkencing lagi pun ada, walaupun pundi ni dah kosong dah.

Arghh berani kan diri, kluar dari toliet terus jalan balik ke bilik. Masa tengah dok jalan tu, abam baru prasan ada kawan abam dok tengah basuh baju kat kolah besar dekat tangga. Ok kolah ni, dalam bahasa utara..kalau orang keel, panggil kolam. Kat area kolah ni memang pot kami mandi atau basuh baju. Kekadang jadi kolam renang geng senior, terutama masa time cuti. Ok sambung cerita tadi heheh…pastu abam pun tegur kawan abam tadi, dah lewat-lewat ni takan tak abis basuh lagi. Kawan abam ni senyum jer, pastu bagi isyarat suruh abam naik dulu..

Kisah misteri kat asrama sekolah SMTSP
Pic ni abam ambik dari Utusan.com, kalau korang nak tau kolah tu ada kat sebelah belakang tangga di hujung gambar tu.

Keesokan paginya, kalau tak silap abam hari tu hari Sabtu, jadi kalau hari Sabtu ni biasanya kami dibenarkan untuk pi ke pekan Kangar. Nampak lah kawan abam yang basuh baju semalam tu tengah dok siap-siap nak kluar jugak.

‘Ehh hang basuh baju sampai pukul brapa semalam? Tak prasan pun hang balik bilik..”
Pastu kawan abam ni macam terkejut..
“Ehh mana aku pi basuh baju pun malam tadi..aku tidoq lah..’

Alamak…sapa yang abam jumpa malam tadi tu..serius, sampai sekarang abam tak pernah cerita kat sapa-sapa pasal ni..ni baru teringat balik huhuhu….
Lepas tu, kalau ada cuti panjang yang sambung hujung minggu tu memang confirm lah balik kampung.

Abam rasa, korang yang pernah stay kat asrama mesti ada yang pernah jumpa yang pelik-pelik kan. Tapi pengalaman stay kat asrama memang best, dapat belajar berdikari dan dapat ramai kawan dapat seluruh pelusuk negeri.

okeh, terima kasih sebab sudi singgah blog abam kali ni. Harap korang rasa seram lah yer..heheheh

Jemput baca :   Percutian Menarik di Cherating

589 total views, 10 views today