PhotoShoot Raya KBBA9 2017 yang meriah

Photoshoot Raya KBBA9 2017

Sekali lagi untuk tahun ni, sebilangan dari ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari dapat berkumpul bersama-sama untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017. Untuk abam, ini adalah kali yang ke dua dapat bersama-sama diorang. Kali pertama, dibuat pada tahun lepas di Matic Kuala Lumpur dan kali ni, untuk photoshoot Raya KBBA9 2017, dibuat di lokasi yang cukup menarik dan unik, iaitu di Muzium Warisan Melayu UPM.

Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Muzium Warisan Melayu UPM

Photoshoot Raya KBBA9 2017
Lokasi kali ni, memang cukup menarik hati abam. Mau tak nya, keadaan sekeliling dengan suasana kampung, buatkan hati ni macam nak balik kampung ler pulak. Serius,memang cantik kawasan di Muzium Warisan Melayu UPM ni. Memang tak rugi abam ikut serta untuk Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni.

Photoshoot Pre Raya 2017
Jutaan terima kasih  kepada pihak Muzium Warisan Melayu UPM kerana sudi menaja lokasi untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017. Malah sesi photoshoot kali ni, dikendalikan oleh juru gambar yang cukup berpengalaman, Wan Izhar Abu Bakar. Beliau merupakan jurugambar profesional dan jurugambar korporat. 

Photoshoot Raya KBBA9 2017- Di Belakang Tabir

Profesional betul abam tengok Wan Izhar dan krew-krew beliau ni melayan kerenah hampir 40 orang blogger semasa buat Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni. Almaklumlah, kami semua bukannya model profesional. Tapi beliau cukup sabar, siap bagi tips camana nak berposing lagi tu. Kalau korang tengah mencari juru gambar. memang abam cukup syorkan servis dan kepakaran beliau kat korang. Korang hubungi jer ODS Studio Communications melalui email : onedigitalsolution@gmail.com atau boleh hubungi Puan Huda di talian 012-3031005.
Abam kongsikan beberapa gambar semasa dibelakang tabir semasa sesi photoshoot tu, jom tengok..

Photoshoot KBBA9 2017

Photoshoot KBBA9 2017
Photoshoot KBBA9 2017
Photoshoot KBBA9 2017
Photoshoot KBBA9 2017
Photoshoot KBBA9 2017

Photoshoot KBBA9 2017

Tak sabar sebenarnya nak tengok hasilnya camana. Kali ni, untuk sesi Photoshoot KBBA9 2017.. abam takda gambar dibelakang tabir secara solo..cuma sesekali menumpang kacau kat gambar orang jer..macam gambar kat bawah ni hehehhe…

Photoshoot KBBA9 2017

Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Makan Tengah Hari cara Kampung.


Inilah antara makanan masakan kampung yang abam rasa cukup sedap dan cukup rasa kekampungannya. Masak lemak cili api dengan daging salai,  antara yang terbaik pernah abam rasa. Makan bersila, makan berhidang bersama kelurga KBBA9 memang jadi satu kenangan kat sini. Menu kampung ni di taja oleh Cafe Muzium Melayu UPM. Terima kasih kerana menjadi penaja untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017.

 

Photoshoot Raya KBBA9 2017
Photoshoot Raya KBBA9 2017 . Kredit : AznanSD
Photoshoot Raya KBBA9 2017
Photoshoot Raya KBBA9 2017 : Kredit – Afiqhalid.com
Photoshoot Raya KBBA9 2017
Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Kredit Aznan

Photoshoot Raya KBBA9 2017 – Penaja Pakaian & Make up

Pakaian:

7th Jehan
@byfaradila @bynanienazyracollections
khimar & niqab by @niqavie_malaysia
Little Prin Cess
Aizara Couture
Butik Farisha Hana
@butikpenmerah
@hanatajuddin
Cik Kiah Tailor Pukal
Urban Thobe @uthobe
@sauq_scarf
@bajumelayuslimfit


Photoshoot Raya KBBA9 2017
Make-up:

1. Saidila by @m.u.a_byilahamzah
2. Athirahassin by @alinaothman
3. Shazillah sani by @makeupbyninanizam
4. Syima by @afifahbakri
5. Mas by @yayabebeh.makeup
6. YB Shehan by @akid.anuar
7. Nina Mirza by @lizamahizan
8. Ema by @jemarikuct_aischa
9. Moha/kecik/Azura/Ieta/Fiza/Yanty by @theblushguru
10. Dell by @afifahbakri
11. SS dan MamaKembarTiga by @faeezah_pija
12. Qaseh / Sueizza by @hamidah_mat_shafie
13. Ayue by @emily.aisya
14. CikMa QueAchmad by @nyonyahanna
15. Kak Laila @kartina_khanib
16. Azni @byezzaharon
17. Cik EN by @elsbyeliyana
18. Bella by @surayasufian
19. Yanie by @sitinurfatehah
20. Azura by @theblushguru
21. Nadia johari @lindaus
22. Umminani / Ujang : @lilybeautyfacial
23. Yulia Fajrin by @nurfahazliani

Terima kasih kepada semua ahli keluarga  Kelab Bloggers Ben Ashaari yang datang untuk sesi Photoshoot Raya KBBA9 2017 kali ni. Terima kasih juga kepada encik bos, Ben Ashaari . 

3,968 total views, no views today

Kena Kejar Dengan Kambing di Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng

Bila sampai jer hujung minggu, kekadang buntu juga tak tau nak kemana… Asyik melepak kat area Putrajaya jer. Dok fikir kat mana tempat yang anak-anak teruja nak pegi, tempat yang santai-santai..pastu dengan budget yang rendah. Pastu baru teringat kat Semenyih ada satu taman arnab. Dah tak jauh dari Putrajaya ni. Bila google, rupanya taman arnad ni dah berpindah ke Lenggeng rupanya. Boleh jer cari Rabbit Fun Land Lenggeng, satu jalan jer dari tapak asal taman arnab yang lama tu.

Kalau korang kat Putrajaya, perjalanan ke Rabbit Fun Land Lenggeng ni hanya ambil masa lebih kurang 50 minit sahaja. Masa abam ke sana, abam ikut jalan Broga. Tips sket untuk korang kalau nak kesana. Pegi awal pagi untuk elakan kesesakan lalu lintas kat pekan Semenyih dan nak elakan panas masa kat Rabbit Fun Land nanti.

Jom abam kongsikan apa yang menarik kat dalam Rabbit Fun Land lenggeng ni..

RABBIT FUN LAND LENGGENG, NEGERI SEMBILAN

Bila masuk jer Rabbit Fun Land Lenggeng ni, anak-anak dah teruja dah..terus terkam ke rumah arnab. Macam-macam warna, semua gebu-gebu arnab kat sini. Arnab-arnab kat sini pun jinak-jinak. Hulur jer makanan, memang cepat jer arnab-arnab ni makan..

Broga Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Rabbit Fun Land Lenggeng
Selain dari arnab, terdapat haiwan lain jugak kat Rabbit Fun land Lenggeng ni..antaranya burung merpati ni..

Rabbit Fun Land Lenggeng
Selain dari arnab, ada haiwan lain jugak tau yang korang boleh bagi makan. Makanan haiwan tu korang boleh beli kat kaunter masa masuk tu..

Rabbit Fun Land Lenggeng
Memula semua takut nak bagi kuda ni makan..tengok lah gigi kuda tu..heheh jadi abam kena buat demo dulu…

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng
Burung Merak pun ada kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni..
Rabbit Fun Land Lenggeng
First time dapat tengok monyet dekat-dekat…
Rabbit Fun Land Lenggeng
Kalau balik kampung sebenarnya ada jer kambing …tapi sejak dok Putrajaya ni..dah lama tak tengok..tu yang teruja nak bagi makan tu hehehe

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng

Kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni ada sekor lembu dengan sekor kerbau albino yang besar giler..ni korang kena tengok dekat-dekat..

Rabbit Fun Land Lenggeng
kat Rabbit Fun Land Lenggeng ada lembu dengan kerbau albino yang besar giler…


Salah satu tarikan kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni, pony ride..yang ni korang mesti cuba…

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng

Rabbit Fun Land Lenggeng
Rusa pun ada kat sini…bukan senang nak jumpa rusa ni…

Lepas bagi rusa-rusa tu makan. Datang sekawan kambing nak join sekali. memula ok jer. Bila dah banyak kambing tu..Haziq dah cuak dah..heheh . Korang tengok lah muka Haziq, dah nak nangis sebab ada sekor anak kambing tu suka ikut dia..hehhe..

Rabbit Fun Land Lenggeng
Ntah apa yang anak kambing tu berkenan sangat dengan si Haziq ni…sampai wife dah dukung Haziq pun, kambing tu siap nak panjat kat beg wife. Abam kat belakang dengan anak-anak abam yang lain dah tak tahan gelak dah..heheheh

Rabbit Fun Land Lenggeng
Haziq dengan wife dapat melepaskan diri dari anak kambing tadi tu bila ada staf kat situ tolong pegang anak kambing tadi. Tempat seterusnya, kat Rabbit Fun Land Lenggeng ni ada jambatan gantung. Jambatan ni takda lah setaraf  dengan jambatan gantung kat Taman Negara tu. Bagi anak-anak layan seronok jer.

Rabbit Fun Land Lenggeng
Komen abam, persekitaran kat sini memang agak best jugak. Jauh dari bandar. Banyak pokok-pokok dan ada suasana hutan dan ladang. Kawasan Rabbit Fun Land Lenggeng ni pun agak bersih.  Tapi kan kalau Rabbit Fun Land Lenggeng dapat besarkan dan tambahkan lagi pelbagai jenis haiwan seperti KL Tower Mini Zoo yang abam pernah pegi dulu tu, rasanya lebih menarik.

Keseluruhannya, abam rasa Rabbit Fun Land Lenggeng ni boleh  dijadikan salah tempat untuk bersantai dengan keluarga dihujung minggu. Ini kerana bayaran masuk pun tak mahal sangat, hanya Rm8 sahaja untuk setiap pengunjung. Hanya kanak-kanak yang berusia 2 tahun kebawah,masuk adalah percuma.

Rabbit Fun Land Lenggeng ni hanya dibuka pada setiap hari Sabtu, Ahad dan hari cuti umum sahaja. Kalau hari biasa ditutup untuk pengunjung luar sebab nak bagi ruang khas untuk rombongan sekolah. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan detail kat bawah ni.

Instagram : @Rabbit_funland
Facebook : Rabbit Fun Land Lenggeng

Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750, Lenggeng, N.Sembilan
Waze : rabbit fun land , Setul Lenggeng
Waktu operasi setiap Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Jam: 11.00 pagi sehingga 6.30 petang

 Sebelum balik, lembu ni ajak selfy dulu…so layan jer lah..kang kecik ati plak nanti… hehehRabbit Fun Land Lenggeng

2,721 total views, no views today

Kerabu Perut dan Mangga Muda, mudah dan sedap

Kerabu Perut dan Mangga Muda

Kerabu Perut dan Mangga Muda

Assalamualaikum, hi  korang..

Masa pegi cari barang dapur kat pasar tadi, terpandang pulak perut (babat) lembu. Tetiba tekak ni teringin pulak nak makan kerabu perut. Wife pulak dengan rasa rela hati, meng “offer” nak buat kan. Nak buat kerabu perut dan mangga muda katanya..(tapi terbeli pulak mangga yang tak brapa muda heheh)

Kerabu perut dan mangga muda ni memang abam suka sebenarnya sebab bahan-bahan tu kita akan gunakan bahan-bahan yang memang segar. Ni kalau nak diet ke, nak makan banyak-banyak pun takda masalah.
Jom abam nak share dengan korang resepi kerabu perut yang memang simple, tapi memang sedap walaupun ratah macamtu jer..

Kerabu Perut dan Mangga Muda


Bahan-Bahan:
– 500 gm perut (dicuci bersih)
– sebiji buah mangga muda
– 1 tangkai daun ketumbar (diracik)
– 1 biji lemon (diperah & diambil jus)
– 1/2 sudu teh gula atau setitis Stevia Royal Leaf
– garam secukup rasa
– 5 biji cili merah (dihiris)
– 1-2 biji tomato
– 1 labu bawang besar (dihiris)
– 1 kuntum bunga kantan (dihiris)

Cara Membuat :
1. Perut dibasuh sampai bersih dan direbus dengan air sehingga lembut.
– boleh gak gantikan perut ni dengan isi ayam yang telah direbus.
2. Toskan perut yang sudah direbuskan tadi dan dihiris. Masukan ke dalam mangkuk.
3. Buah mangga yang siap dibuang kulit diparut dan dimasukkan kedalam mangkuk bersama perut tadi.
– Selain mangga, boleh juga gantikan dengan buah epal.
4. Masukan semua bahan-bahan yang telah dihiris tadi bersama jus lemon, gula atau setitis Stevia Royal Leaf dan garam secukup rasa.

– Selain dari jus lemon, jus limau kasturi juga boleh kita gunakan. Kalau nak elak kan gula, ganti kan dengan Stevia Royal Leaf atau gunakan jus lemon tadi lebih sket.
5. Gaul rata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Perut dan Mangga Muda ni kalau dihidangkan nasi panas-panas, pastu ada pulak ikan goreng garing..perghhh memang best layan. Tapi sebab abam tengah jaga pemakanan sekarang ni, abam ratah macamtu jer lah,..semangkuk memang tak cukup. Kalau tak caya, cer try heheh..ok selamat mencuba yer.. 🙂

Kredit resepi asal dari buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

2,501 total views, no views today

Korang peminat Hot Wheels? Kini ada di Putrajaya

Korang peminat Hot Wheels? Kini ada di Putrajaya

Kalau korang nak tau, pada setiap hari Selasa malam, bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16.. menjadi salah satu tempat geng-geng pengumpul Hot Wheels ni berkumpul dan menjual koleksi masing-masing. Serius meriah..

Sebenarnya abam bukan pengumpul koleksi-koleksi Hot Wheels pun, tapi disebabkan hobi baru anak-anak ni abam layan jer lah.


Apa yang abam dapat tau, gerai-gerai kat sini mula dibuka pada jam 9 malam. Masa abam sampai kat sana dalam sekitar jam 9.30 malam, ..pengunjung dah mula ramai sampai parking agak susah nak dapat. pengunjung yang datang kat situ, bukan saja warga Putrajaya malah ada yang datang dari Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Shah Alam.


Kat sini ada pelbagai jenis koleksi, dari motosikal, kereta, trailer, lori dan macam-macam lagilah. Dari segi harga pulak, dari serendah Rm5 dan ada yang mencecah harga ribuan ringgit. Tapi bila tengok diorang berbelanja nak beli koleksi-koleksi Hot Wheels ni, macam beli kuih jer. Kalau dah minat kan..heheh


Cuba tengok koleksi Hot Wheels ni, abam nampak biasa jer..tapi harga Rm280 tu..

Ada satu gerai kat sini yang jual koleksi Lego. Harga pun agak berpatutan, dari Rm5 hingga Rm10 sahaja.


Tengah pusing melayan anak-anak cari Hot Wheels yang diorang suka, ternampak replika ni. Fuuh lawa. Kreatif.


Kat situ, bukan setakat boleh beli koleksi Hot Wheels jer, tapi korang boleh gak kalau nak repair ke nak tukar tayar ke..korang boleh cari brader ni..



Haa..kalau korang nak beli ke request kereta Hot Wheels yang korang minat..korang boleh jumpa brader ni pulak, Pak Dan namanya.


Untuk anak-anak, abam dah bagi budget dah…sorang tak boleh lebih dari Rm10. heheh..kalau lebih, larik budget abah nak oiii..heheh
Nampak tak dalam gambar kat bawah ni,…koleksi Hot Wheels dari filem Fast & Furious pun ada gak tau..sib baik anak-anak tak minta heheh..


Dah hampir sejam kat situ, bila memasing dah puas hati, dah dapat Hot Wheels yang diorang nak tu..baru lah nak balik..
Masa dalam perjalanan nak balik tu, masing-masing dah pesan..
“Minggu depan kita datang lagi yer..bah”
Abah mampu tersenyum jer lah heheh…


Jadi kepada peminat & pengumpul koleksi Hot Wheels, jangan lupa singgah kat Pusat Kejiranan Presint 16, Putrajaya setiap malam Selasa bermula jam 9 malam. Memang kelam biji mata lah tengok ..semua best-best.

4,234 total views, no views today

Tempahan Mix Cheese Tart dan Fruits Tart Putrajaya

Assalamualaikum..Hi korang..

Mix Cheese Tart Set 36 pcs
Mix Cheese Tart set 50 pcs
Tempahan Mix Cheese Tart set 25 pcs untuk majlis Hari Jadi
Tempahan Mix Cheese Tart sebagai hantaran perkahwinan
Fruits Tart

Untuk Fruits tart ni, filling yang digunakan agak istimewa iaitu filling kastard. Kombinasi rasa kastard dan buah-buahan ni menjadikan fruit tart ni lebih enak dan unik rasanya.

Mix Cheese Tart & Fruits Tart

Homemade Shell tart ..

Buat masa ni kebanyakan tempahan yang abam terima dari pelanggan yang tinggal di sekitar atau berdekatan Putrajaya dan Cyberjaya. Sebab kebanyakan tempahan ni abam akan hantarkan terus ke pejabat atau ke rumah pelanggan. Kadang-kadang ada juga tempahan dari luar Putrajaya seperti dari Kuala Lumpur, Kajang & Negeri Sembilan yang datang terus ambil ke rumah abam.

Kepada korang yang berminat nak tempah, samada nak makan sendiri ke, Nak buat hadiah atau hantaran kahwin/meminang ke atau apa-apa majlis ke atau yang memang tengah mengidam nak makan tu..boleh ler cepat-cepat whatsapp ke 0196228446.

Nak tengok-tengok contoh dessert lain?
Boleh ke Instagram abam kat sini.. khas untuk tempahan dessert :
Instagram : Khaisya Delite

3,048 total views, 3 views today

Macamana nak pastikan kek dah masak ke belum?

Assalamualaikum. Hi korang..lama abam tak update blog abam ni. Rasanya dah lebih dari sebulan hehehe.. Bukan nya malas, tapi  tido tak cukup. Pantang ada masa nak rehat jer, terus terlelap…

Ingat lagi tak dengan gambar garfu ni?

Ingat lagi dengan gambar ni. Gambar garfu yang lain macam jer. Sampai ada yang kata abam mencarut heheh..pandai-pandai jer korang..heheh. Tapi tengkiu sebab rajin nak meneka heheh.

Kalau korang nak tau, garfu ni sebenarnya abam gunakan sebagai penguji kek. Abam gunakan garfu ni sebab nak tau samada brownies dah masak ke belum. Itu jer..

Terdesak punya pasal, tengah masak brownies dengan wife memalam buta. Tetiba tak tau mana letaknya “cake tester” yang selalu dok guna tu. So, yang jadi mangsanya garfu ni lah.

Penguji kek atau cake tester sebenarnya penting bila kita nak masak kek atau brownies. Sebab kekadang dah nampak kek ni macam dah masak jer..bila potong kat bahagian tengah, kek tu masih lembik lagi. Jadi memang perlu sangat kita uji dulu sebelum keluarkan dari oven.

Macamana nak pastikan kek dah masak ke belum?


Abam just nak kongsikan sedikit info camana nak tau kek atau brownies yang dah dimasak dalam oven tu, dah betul-betul masak ke belum..?
Ok, caranya senang jer sebenarnya. Dengan gunakan cake tester atau garfu hikmat abam tadi tu (heheheh) ..abam cucuk jer kat bahagian tengah kek atau brownies. Jika bila ditarik cake tester tadi keluar dari kek, tiada yang melekat pada batang tester tu. Kalau masih ada yang melekat, boleh tambah masa dalam 1 ke 2 minit dan kemudian uji semula..Senang jer kan..

Jadi tu lah cerita nya heheh. Saja nak buatkan korang tertanya-tanya..apa lah abam nak buat nak garfu tu kan heheh..so sekarang dah tau kan. Tu lah yang  abam maksudkan…” Kalau tak ada rotan, akar pun berguna juga..”

Cake tester / Penguji kek baru.


Hari ni, abam dah belikan penguji kek @ cake tester baru..tak yah nak guna garfu lagi. Tapi standby jer lah garfu tu…mana tau..pasni hilang lagi…garfu juga dicari..kan..kan..heheh

Terima kasih sebab sudi singgah baca, walaupun abam ceritera pasal garfu jer…

2,918 total views, 2 views today