Filem Pendek TNB Chinese New Year 2017 Penuh Bermakna

Hi korang,

Antara perkara yang abam tunggu-tunggu apabila tiba setiap kali  musim perayaan adalah iklan filem pendek untuk raya dari syarikat-syarikat besar seperti TNB, TM, Petronas dan beberapa syarikat lain. Kalau awal tahun, biasanya iklan untuk Perayaan Tahun Baru Cina lah kan. Sebenarnya abam cukup tertarik dengan filem pendek TNB kali ni yang bertajuk “Hidangan Teragung” atau “Cooking Hustle TNB Chinese New Year”. Korang dah tonton filem pendek ni? Kalau belum, jom  kita tonton dulu.

Chinese New Year 2017

Lain macam kan iklan filem pendek TNB tahun 2017 ni? Memang kelakar, siap dengan aksi kungfu ala-ala Stephan Chow lagi tu…hehehe.. Cara penyampaian yang agak kelakar macamni pastinya  ramai yang akan tertarik untuk menonton . Tapi yang paling menarik sebenarnya maksud tersirat yang cuba disampaikan dalam filem pendek ni.

Apa Mesej Yang Cuba Disampaikan oleh TNB dalam filem pendek tersebut?

 

Seperti yang kita tau, Tahun Baru Cina diraikan bersama-sama ahli keluarga. Semua ahli keluarga berkumpul untuk makan besar bersama-sama. Antara tujuan makan besar ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, merapatkan kan ikatan serta mengenepikan segala perbezaan. Contoh terbaik diberikan dalam webfilm  ini apabila menantu-menantu cuba menambat hati mak mertua dengan masakan masing-masing. Sikap mementingkan diri sendiri serta tidak mahu bekerjasama menyebabkan menimbulkan kemarahan mak mertua tadi. Mau taknya, masakan masing-masing tidak menepati citarasa dan ada kekurangan. Tapi dalam filem pendek “Hidangan Teragung” atau “Cooking Hustle TNB Chinese New Year” menunjukan sikap Maharaja (ayah mertua) yang cukup bijak. Dengan menggabungkan kesemua masakan anak-anak menantunya, hidangan tersebut menjadikan begitu enak dan menjadi hidangan terbaik. Cukup mudah mesej yang cuba disampaikan. Sikap bekerjasama bukan sahaja memudahkan kerja, malah dapat setiap kekurangan dapat diatasi. Seperti pepatah “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”, dengan adanya semangat kekeluargaan, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan memudahkan segalanya.

Table of Harmony

Ok korang dah tonton filem pendek tadi kan. Jom kita main game “Mystery Dish” ni pulak .

Ikuti langkah dibawah untuk ‘mystery dish”

1) Buka website https://betterbrighter.my/tableofharmony

2) Klik unveil mystery dishes

TNB Table of Harmony
3) Klik discover what mystery dish you are & join the table
TNB Table of Harmony
4) Pastu korang pilih A,B,C atau D. Tunggu keputusannya heheh…

Nak tau apa abam dapat? ni haaa…

TNB Mystery dishes

Prosperous Jumping Salmon

“Ambitious and optimistic, you constantly strive to make life better for you and your loved ones.”
Bercita-cita tinggi dan optimis, anda sentiasa berusaha untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik untuk anda dan orang yang anda sayangi…fuyoo..hehhe.. ok Jangan lupa cuba game ni tau..

4,634 total views, 11 views today

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Hi Assalamualaikum..hi korang..

Dalam entri sebelum ni,  abam ada ceritera kat korang...masuk jer tahun 2017 ni, dengan azam baru nak jaga pemakanan semula dengan nak rajin  pegi gym balik. Almaklum bila nak masuk 40s ni, antara benda paling penting nak kena jaga, pasal kesihatan lah kan..

Dalam bab nak turun kan berat badan atau dengan kata lain, nak hilangkan lemak kat badan ni, yang paling utama sebenarnya kena jaga apa yang kita makan. Bukan senang sebenarnya nak lawan nafsu makan ni tau..tambah-tambah pulak dok pi makan kat restoran..tengok menu ni sedap..tengok menu itu sedap…akhir semuanya dibalun..abis diet hehhe..

Jadi tengah ada mood rajin nak masak ni, abam cuba cari-cari resepi yang sedap dan abam terjumpa kat blog sahabat abam ni, si Cik Mat Gebu heheh…rasanya resepi agak sihat untuk abam kongsikan dengan korang..

Resepi Ayam Panggang Lada Hitam

Bahan-bahannya :

Bahan A

  • 10 ketul ayam bersaiz sederhana, abam lebih sukakan bahagian isi
  • 8 camca besar sos lada hitam
  • 2 camca besar madu
  • 2 camca besar sos ikan
  • Daun salad untuk hiasan*mengikut resepi asal, Cik Mat menggunakan kicap cair, tapi disebabkan kat umah abam takdo..jadi abam gunakan apa yang ada jer…masa tu yang ada hanya sos ikan…

    Bahan B – Di kisar halus

  • 2 inci halia
  • 4 batang serai, hiris halus
  •  1 inci lengkuas
  •  6-8 biji bawang merah
  •  5 ulas bawang putih
  •  1-2 camca besar ketumbar
  •  1-2 camca teh jintan manis
  •  1/2-1 inci kunyit hidup

Cara-cara membuatnya : 

  • Bahagian ayam yang dah dibersihkan dikelar-kelar atau dicucuk-cucuk dengan garfu dan kemudian dimasukan bahan-bahan B iaitu bahan yang telah kita kisarkan tadi. Tambahkan sos ikan atau kicap cair dan jugak madu. Tujuan dicucuk-cucuk dengan atau dikelar kat ayam tu untuk bagi senang bahan-bahan perap ni masuk dan meresap kat isi ayam tu.. perapkan dalam peti ais dalam 5-6 jam.
  • Macam jugak Cik Mat, abam juga gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang ayam ni…mudah dan cepat. Gunakan api yang sederhana, dan balik-balikkan ayam tadi semasa proses memasak. Boleh sapukan bahan perapan tadi semasa proses memanggang tadi. Bila dah masak,boleh dihidangkan dan dihiaskan dengan daun salad.

Untuk resepi ni abam perapkan ayam tu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian abam akan bahagikan dalam 2-3 ketul dalam 1 bekas. Tujuannya untuk jimatkan masa. Jadi bila nak makan jer, nyah beku dulu pastu dah boleh panggang dah.
Okeh selamat mencuba resepi sihat ni, kredit untuk Cik Mat Gebu.

 

5,241 total views, 10 views today

Pelancaran Single Album Wangikanlah Hatimu Memukau Penonton

Pastinya ramai diantara dari korang tak lepaskan peluang menonton Grand Final Pentas Epik 3 Juara hari tu kan..? Abam lagi lah teruja. Dapat peluang bersama-sama dengan penyokong-penyokong peserta akhir di Sri Pentas 2 Shah Alam. Dapat tengok secara langsung pulak tuu..Dan paling abam nantikan sebenarnya persembahan Noraniza Idris bersama Tyka (3 Juara).


Di Grand Final Pentas Epik 3 Juara, pelancaran Album single terbaru Wangikanlah Hatimu cukup memukau. Dimulakan dengan dengan monolog dari penyanyi baharu yang merupakan anak kepada Noraniza Idris  sendiri iaitu Fee Haiqal…ini menjadikan permulaan memang cukup unik. Diiringi pula dengan penari-penari dari Penari Sanggar Budaya. Memang tak dapat nak dinafikan, lontaran suara Noraniza Idris cukup memukau dan masih berbisa. Dan apabila di padukan bersama Tyka, menjadikan lagu Wangikanlah Hatimu cukup padu. Mau tak padu, dalam satu lagu digabungkan dengan pelbagai pelbagai unsur seperti dikir barat, Siam dan Sunda.

Lagu Wangikanlah Hatimu diiringi dengan penari-penari dari Penari Sanggar Budaya


Pelancaran single album Noraniza Idris & Tyka adalah yang pertama untuk tahun 2017. Rakaman dan terbitan oleh Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd. ditaja oleh Produk Mewangi, Wangian Penenang Hati dan Jiwa dari 7 Kelopak Mawar.



Ucapan tahniah kepada Noraniza Idris dan Tyka dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan album single Wangikanlah Hatimu ini. Tahniah atas usaha untuk meningkatkan dan mengangkat semula irama Malaysia dalam industri muzik tanah air.

Terima kasih kepada En Arol dan pihak pengurusan Noraniza Idris sudi menjemput abam dan rakan-rakan dari kelab Blogger Ben Ashaari pada malam pelancaran Album Single Mewangikanlah Hatimu.

Dapatkan Single Noraniza Idris & Tyka WANGIKANLAH HATIMU .

  • Wangikanlah Hatimu
    Lagu : Amir Jahari dan AG Coco
    Lirik : Ahmad Fedtri Yahaya
    Artis : Noraniza Idris & Tyka
    Genre : Pop tradisional & Etnik
    Eleman : IRAMA Malaysia (Pantai timur /Siam /Sunda)
    Terbitan : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
    Edaran : Luncai Emas Sdn Bhd

    Penerbit : AG Coco


    Kepada korang, album Wangikanlah Hatimu memang korang patut dapatkan, memang berbaloi dan sebagai tanda sokongan untuk industri musik tanah air terutama untuk genre irama Malaysia. Jangan lupa dapatkan tau..hehehhe

    Okeh, jom kita tengok persembahan live dari Wangikanlah Hatimu dari Noraniza Idris dan Tyka.

    Korang Nak Lagu Wangikanlah Hatimu? Klik kat  SINI

 Sedikit pengenalan dan info Noraniza Idris & Tyka 3 Juara, sila ke ENTRI abam sebelum ni…

3,950 total views, 12 views today

Lirik Lagu Altimet – Amboi

Amboi…Amboi…Amboi…hahahha

Foto SHAARI CHE MAT/THE STAR

Sebenarnya, pertama kali abam dengar lagu Amboi dari Altimet rasa macam best plak. Lirik dengan lagu memang layan abis..

lirik diciptakan sendiri oleh Altimet  yang berjudul Amboi ni sebenarnya di tujukan khas untuk keyboard warrior.

Selain lagu Amboi, album Amboi mengandungi lapan lagi lagu lain ciptaan komposer seperti Noh Salleh, DJ Fuzz, Sona One dan ramai lagi manakala semua lirik lagu yang terkandung dalam album ini merupakan ciptaan Altimet sendiri.

Jom kita tengok lirik Amboi :
kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah amboi amboi
kalau mahu gaji besar tapi kerja sambil lewa amboi amboi
amboi amboi amboi

amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

mari mari tuan puan akak adik abang dengar ini cerita,
ambil teropong kaca mata tengok jenguk dipersila
nak panggil waras susah tak baik kalau gelar gila
ni kes sebelanga susu rosak akibat dua tiga tiitik nila
bila masuk kerja tak pernah on time
lepas masuk kerja dia terus on line
tak boleh buat kerja sibuk jaga hal orang lain
tangan mengelat kaki mengular mulut celupar lambat masuk awal keluar
siapa makan cili dia rasa pedas
siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
semua ambil baju ukur badan sendiri

mana tau kena setepek ke tempias sipi sipi

kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah amboi amboi
kalau mahi gaji besar tapi kerja sambil lewa amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
amboi amboi amboi

amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

eh tak baik tau, pedas kaw kaw
eh tak leh gurau, duduk surau,
ambik mc royan kat fb
adu kat sb dan mcmc
tarbiyah sentap bikin pendekar papan kunci rentap,
masa mengkritik cekap lepas itu confirm lenyap
keberanian atas talian kejadian harian
omong kosong untuk lotong terus di sajikan
siapa makan cili dia rasa pedas
siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas

semua ambil baju ukur badan sendiri
mana tau kena setepek ke tempias sipi sipi
amboi

kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah amboi amboi
kalau mahi gaji besar tapi kerja sambil lewa amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi

amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi
amboi amboi amboi amboi amboi amboi amboi

sampai bila orang kita layu ditolong hmmmm?
ketua kampung gadai tanah untuk sepitis wang saku
tapi apa aku tahu aku cuma tulis lagu
bukan nak bahasakan korang aku sekolahkan aku.


Altimet – Amboi (Official Music Video)
credit to SonyMusicKartelVEVO

Composed by Navigator
Lyrics by Altimet
Produced by Navigator

Facebook : Altimetonline
Instagram : Altimet
Twitter : twitter.com/altimet
Website : http://www.altimet.com.my

disclaimer: lirik lagu amboi – altimet adalah properti dan hak cipta oleh pemilik / pencipta, dan disajikan untuk tujuan edukasi, promosi dan untuk penggunaan peribadi.

3,964 total views, 10 views today

Wangikanlah Hatimu Bakal Menggegarkan Industri Musik Tanahair

Sebut sahaja Noraniza Idris, pasti ramai diantara peminat masih mengingati zaman kegemilangan lagu-lagu berunsur Irama Malaysia dan Etnik Tradisional disuatu ketika dulu. Lagu-lagu beliau cukup popular dan masih didendang dicorong-corong radio tanah air.

Kini Noraniza Idris kembali dengan single terbaru bersama penyanyi yang baharu, Tyka (3 Juara). Single berjudul  “Wangikanlah Hatimu” merupakan ciptaan  Ag Coco, Amir Jahari (Lagu) dan Ahmad Fedtri Yahaya (penulis lirik). Gabungan mantap kali ini mengetengahkan  genre Pop Tradisional dan Etnik Kreatif, termasuk elemen Pantai Timur, Siam dan Sunda. Memang cukup menarik kan..Single edaran dari syarikat rakaman Luncai Emas, berkonsepkan irama Malaysia ini adalah merupakan sebuah penerbitan pertama bagi tahun 2017.


Mungkin yang sezaman dengan abam cukup mengenali siapa Noraniza Idris atau lebih mesra dengan nama Kak Ani. Kepada generasi yang baharu, jom kita kenali dulu siapa beliau.

Biodata Noraniza Idris :

 

  • Karier seninya bermula sejak tahun 1985 sehingga kini.
  • Noraniza Idris merupakan seorang penyanyi, penerbit, penggubah lagu, penulis lirik yang cukup terkenal di Malaysia dan  Beliau merupakan salah seorang penyanyi Malaysia terbaik yang berjaya melahirkan album solo di setiap 4 dekad berturut.
  • Noraniza Idris cukup sinonim dengan lagu-lagu yang berentak irama tradisional dan etnik kreatif sehingga beliau mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional Malaysia dan sehingga kini beliau masih kukuh di persada seni memperjuangkan irama budaya.
  • Beliau telah melahirkan 13 buah album solo, beberapa buah album kompilasi dan duet.
  • Beliau telah banyak meraih kejayaan di anugerah-anugerah besar muzik tanah air melalui albumnya, lagu dan persembahan pentas.
  • Antara lagu-lagu terbaik beliau ialah Dikir Puteri, Ala Dondang, Hati Kama (berduet bersama Dato Siti Norhaliza), Iboq, Enjut (berduet bersama Cat Farish & Adeeb), Kuasa Cinta (berduet bersama Black Hanafiah) dan banyak lagi.
  • Wanita pertama Pengasas Pop Tradisional semenjak tahun 1996 dan diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada tahun 2001
  • Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademik, sahsiah dan kokurikulum kepada 19,000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang tahun 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Zapin Kita
  • Beliau merupakan tokoh Budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak tahun 2014
  • Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri Pahang

Biodata Tyka (3 Juara) :

  • 17 tahun pengalaman dalam bidang nyanyian seawal usia 5 tahun dengan lagu-lagu irama Ghazal dan Asli
  • Artis kelahiran program realiti TV Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib Juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
  • Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada dengan cara yang tersendiri
  • Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyikan lagu gende balada dan R&B dengan baik
  • Mudah mesra dengan semua golongan masyarakat tanpa mengira batas usia

Adakah Wangikanlah Hatimu Bakal Menggegarkan Industri Musik Tanahair?

Mungkin itu lah harapan kepada peminat seni tanah air terutama peminat lagu Irama Malaysia. Itu jugak harapan abam, rindu sebenarnya nak tengok kemunculan semula Noraniza Idris. Persembahan beliau cukup menarik, mesti ada kelainan bila beliau buat secara live.


Kalau korang pun rindu nak tengok persembahan Noraniza Idris dan Tyka, jangan lupa pada 15hb Januari 2017 jam 9 malam dalam Program 3 Juara di TV3. Masa ni akan dibuat sekali dengan pelancaran single Wangikanlah Hatimu. Abam dah teruja dah ni nak dengar lagu ni dan nak tengok persembahan Noraniza Idris ..dan yang paling bestnya abam dapat jemputan untuk datang ke program tu… Jangan lupa tengok tau..

Kalau korang rasa nak dengar Wangikanlah Hatimu, dibawah ni ada link Treaser lagu ni dan jangan lupa terjah dulu Lirik Lagu Wangikanlah Hatimu  :
Untuk info lanjut :
Instagram :@Noraniza_Idris
Laman web : Akar Zapin Kita

5,889 total views, 10 views today

Faiz Subri Melakar Sejarah Bola Sepak Malaysia dan Dunia

Setinggi-tinggi tahniah kepada Faiz Subri selepas di nobatkan sebagai penerima Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland untuk kategori pemenang jaringan tercantik di dunia.

Faiz Subri ucapan Tahniah dr FIFA

Sepakan percuma Faiz Subri  pada minit ke 61 ketika menentang Pahang dalam Liga Super Malaysia bukan sahaja telah  memukau peminat bolasepak tanahair, malah telah memukau peminat bola sepak dunia.

Jom kita tengok jaringan ajaib dari Faiz Subri.

Ini terbukti apabila sepakan Faiz Subri dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus)


Dari apa yang abam faham FIFA Puskas Award yang dimenangi oleh Faiz Subri ni merupakan anugerah yang diperkenalkan pada 20 Oktober 2009 oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA) semasa Sepp Blatter menjadi presiden. diperkenalkan untuk mengiktiraf pemain bola sepak lelaki atau wanita yang menjaringkan gol terbaik atau “fantastik” secara tahunan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás dan bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an. Beliau juga sebahagian daripada pasukan gemilang Hungary pada 1950an.

Puskás dianggap secara meluas sebagai pemain bola sepak yang paling berkuasa di Eropah dengan menjaringkan 84 gol dalam 85 perlawanan antarabangsa. Beliau adalah salah satu daripada penjaring terbanyak pada abad ke-20 dengan 512 gol dalam 528 perlawanan.

Anugerah ini dinamakan sempena memperingati pemain dari Hungary, Ferenc Puskás, bekas penyerang Real Madrid pada lewat 1950an dan 1960an

Cristiano Ronaldo daripada Portugal merupakan pemain pertama yang memenangi anugerah ini pada tahun 2009 yang pertama kali diadakan di Switzerland.  Jom kita tengok senarai pemai yang pernah memenangi anugerah ini sebelum Muhd Faiz Subri…


Biodata Muhd Faiz Subri

  • beliau dilahirkan di Ayer Hitam, Jerlun, Kedah pada 8 Nov, 1987
  • Mohd Faiz Subri mula mengenali dan bermain bola sepak di kawasan sawah padi di kampungnya di Ayer Hitam.
  • Minat Mohd Faiz dalam bola sepak dipupuk seawal usianya lapan tahun
  • impiannya untuk mewakili negeri tercapai pada usia 18 tahun apabila terpilih mewakili Kedah selama empat tahun pada saingan Piala Presiden.
  • Karier profesional selaku pemain bola sepaknya bermula pada 2010 setelah dipilih menyertai pasukan Perlis selama dua tahun bagi posisi pemain tengah
  • kemudian berhijrah ke Pantai Timur bagi pasukan T-Team pada 2012, dan Kelantan (2013-2014).
  • Setelah enam tahun beraksi dalam Liga Malaysia, karier Mohd Faiz berada di kemuncak apabila beliau menyertai pasukan Pulau Pinang sejak 2015 sehingga kini.
  • Jaringan tercantik oleh penyerang Pulau Pinang itu membolehkan beliau berada di bandar raya glamor itu bersama-sama penerima anugerah pada majlis berkenaan pada Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia) seperti bekas pemenang gol tercantik dunia, Cristiano Ronaldo (2009) dan Neymar pada 2012.
  • Biarpun masih belum menyarung jersi kebangsaan namun pencapaian pemain berusia 29 tahun itu lebih bermakna apabila muncul sebagai pemain pertama dari Asia menerima anugerah tersebut.
  • Mohd Faiz melakukan jaringan tersebut yang disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Feb tahun lepas.
  • Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
  • beliau seorang yang rajin berusaha termasuk berlatih bersendirian selepas tamat waktu latihan
  • Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Hitam sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, kedua-duanya di Ayer Hitam dan seterus ke sekolah teknikal di Arau, Perlis.
  • Mohd Faiz mempunyai dua cahaya mata iaitu Akif Fayyadh berusia lima tahun dan Muhammad Aqil Zayyan, lapan bulan, hasil perkahwinan dengan Norzawanis Hashim, 29.
  • Faiz Subri buat pertama kalinya telah dipanggil untuk mewakili sepak bola negara pada tahun 2012 dan 2013 di bawah jurulatih K. Rajagopal, tetapi beliau belum diberikan peluang bermain. Setelah pernampilan yang baik pada tahun 2015 bersama pasukan Penang FA, beliau dipanggil semula bersama skuad negara pada bulan Ogos 2015 di bawah kelolaan jurulatih Dollah Salleh.
  • Prestasi terbaik beliau, pernah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA Malaysia pada tahun 2013 dan Runner up Piala Malaysia pada tahun 2013. Pencapaian individu beliau apabila dapat meraih PFAM Player of the Month pada Februari 2016.

Sekali lagi tahniah kepada Muhd Faiz Subri yang telah menjadi pemain pertama Malaysia dan pertama di Asia yang memenangi  PUSKAS FIFA Award. Walaupun beliau kurang dikenali sebelum ini dikalangan pemain di Malaysia tapi beliau telah membuka mata banyak pihak bahawa Malaysia masih mempunyai ramai lagi pemain lain yang berkualiti dan berskill tinggi yang perlu diberi perhatian dan peluang untuk mewakili negara.

Terima kasih sebab singgah blog abam, sebelum tu jom kita layan dulu saat-saat manis Faiz Subri memberi ucapan di majlis tersebut.

4,104 total views, 11 views today

Tips Romantik Suami Isteri, Jangan Malu-Malu Nak Amalkan

Hari ni abam nak kongsikan dengan korang..

Tips Romantik Suami Isteri…

Tips Romantik Suami Isteri

Romantik tidak bermakna bermanja-manja sahaja. Ramai mengandaikan, bila suap suami atau isteri di khalayak ramai, itu romantik. Bila nampak pasangan orang tua yang berpeganngan tangan, itu romantik. Bila nampak isteri betulkan kolar baju suami, itu dianggap romantik….

Benar, dari kacamata orang ramai yang melihat situasi sebegitu, akal tidak dapat lari dari mengatakan mereke itu pasangan yang romantik. Namun, itu cuma secebis sahaja dari kehidupan hidup berumah tangga. Lihat bagaimananya intimnya hubungan Rasulullah S.A.W dengan Aisyah R.A….

Mari kita lihat apa lagi tips romantik suami isteri yang boleh diamalkan bersama….

Tips Romantik Suami Isteri ke 1:
Solat berjemaah bersama

Ini yang paling utama. Jika suami tidak ke masjid atau surau, ajak isteri dan anak-anak solat berjemaah bersama-sama. Tinggalkan kaca TV dan beribadat bersama….

Lebih molek lagi jika selepas solat, suami berdoa dan yang lain aminkan bersama-sama. Ambil sedikit masa untuk ambil Al-Quran dan semak bacaan ahli keluarga….

Tips Romantik Suami Isteri ke 2:
Isteri cium tangan suami sebelum pergi kerja…

Cium bukan satu paksaan, tetapi cium tanda hormat dan redha suami keluar untuk mencari rezeki untuk keluarga. Itu untuk suri-rumah, bagaimana dengan isteri yang bekerja juga?

Apa salahnya, cium sahaja sebelum naik kereta atau motosikal masing-masing. Jika naik satu kereta, cium dalam kereta dahulu….

Tips Romantik Suami Isteri ke 3:
Suami cium pipi isteri sebelum pergi kerja

Kalau tidak mahu jiran-jiran tengok, selindung-selindung dalam rumah. Selepas isteri cium tangan suami, suami hulurlah pipi untuk isteri cium. Mahu lebih intim, peluk pasangan kuat-kuat, setidak-tidaknya 10 saat.

Tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan jika ini ialah pelukan terakhir untuk pasangan.Jangan lupa, dan juga selepas sampai rumah dari tempat kerja kalau buat muka, cium isteri dan anak-anak juga….

Tips Romantik Suami Isteri ke 4:
Peluk isteri dari belakang

Isteri pasti cair kalau suami tiba-tiba peluk dari belakang, tanpa disangka-sangka. Jika sedang membasuh pinggan di sinki dapur dan suami datang peluk tidak semena-mena, rasa seperti di awang-awangan. Setuju atau tidak?

Tips Romantik Suami Isteri ke 5:
Tatap muka pasangan sebelum tidur

Cuba tips romantik suami isteri yang ini secara diam-diam. Simpan dalam hati, kerana pasangan tidak akan tahu. Bayangkan kita dapat tatap muka pasangan kita malam ini, hari esok belum tentu lagi.

Maafkan segala kesalahannya. Doakan yang terbaik untuk dirinya….

Tips Romantik Suami Isteri ke 6:
Mandi bersama

Buat apa mahu malu? Bukankah sudah jadi pasangan yang sah? Cuma mandilah di bilik air sendiri, supaya anak-anak tidak ketuk pintu suruh keluar sebab lapar. Jika belum ada anak, cubalah tips romantik suami isteri ini dengan rasa kebebasan maksimum.

Tips Romantik Suami Isteri ke 7:
Tolong cabut uban, potong janggut dan misai

Bagi yang sudah berusia, apa kata rajin-rajinkan diri dekat dengan suami. Walaupun suami tidak peduli sangat dengan uban atas kepala yang semakin banyak putih, dia suka bila dihampiri isteri.

Ambil gunting kecil dan tolong trim janggut serta misai suami. Percayalah, dalam hati suami akan terdetik, “Sayang jugak bini aku pada aku ye…”

Tips Romantik Suami Isteri ke 8:
Kentut tanpa rasa malu 

Yang ni paling best…Ini tips romantik suami isteri yang boleh digunapakai selepas berkahwin sahaja. Masa bercinta, malu mahu kentut bukan? Sekarang, buat apa mahu malu-malu lagi. Kalau suami sudah biasa kentut sana-sini, apa kata isteri balas pula kentut suami?

Cuma jangan buat aktiviti berbahaya ini dengan kehadiran mertua dan sanak-saudara….hehehe

Tips Romantik Suami Isteri ke 9:
Cubit punggung – Faberet abam ni..hehehe

Usik mengusik itulah yang membahagiakan. Bukannya kena cubit sampai merah-merah dan lebam. Suami kena pandai kawal kadar cubitan itu….

Bila isteri lalu tepi, gerakkan tangan yang gatal itu sambil mencuit pinggang dan cubit punggung isteri. Pastinya isteri akan marah-marah, kenapa buat begitu. Namun, dalam hatinya, suka!

Tips romantik suami isteri ini, biar dalam rumahtangga sahaja. Suami jangan cuba tips ini pada rakan sekerja pula!!

Tips Romantik Suami Isteri ke 10:
Tidur berbantal lengan

Tilam empuk tidak sedap, berbanding lengan suami sendiri. Setuju atau tidak? Mesti cuba tips romantik suami isteri yang sungguh sweet ini….

Sambil-sambil menunggu mata terlelap, sembang-sembang apa yang patut. Masa inilah isteri boleh bermanja-manja. Cuma bila isteri sudah tertidur, dan tangan suami sudah kebas, letak kepala isteri elok-elok. Jangan main tunjal kepala dia dan lepas atas tilam tanpa beralas.

Akhir kata……

Kahwin bukan komitmen untuk sehari dua. Perkahwinan adalah institusi murni mendambakan perngorbanan. Walau ada pasang surut dan turun naik dalam perhubungan, teruskan tunjuk jiwa romantis pada pasangan masing-masing. In Shaa Allah, suami atau isteri tidak akan berlaku curang pada pasangan masing-masing.

Kadang-kadang kita terdengar, “Suami aku cuma romantik masa malam pertama je. Lepas tu, langsung buat tak tau”. Buat isteri, usah bersedih. Jika suami tidak romantik, kita mulakan dahulu…

Buat suami pula, persetankan apa yang kawan-kawan pejabat atau jiran-jiran yang kata…

sumber ; Sirap limau

4,654 total views, 10 views today

Selamat Tahun Baru 2017 dengan semangat baru

Selamat Tahun Baru 2017 untuk korang..

Rasanya dah berbulan abam tak jejak kan kaki ke gym. Bukan nya sebab malas. Tapi terlalu letih dan tak cukup tido. Sapa yang follow abam kat Fb dengan IG mungkin tau kot rasanya.

Sejak abam terjebak dengan biz dessert ni, memang abam betul-betul tak cukup tido. Kadang-kadang bila ada order terlalu banyak, dalam 1 hari,mungkin dalam 2-3 jam jer abam tido… Tu yang kes sampai tertido kat meja kedai mamak tu…( sapa yang baca kisah abam share kat Fb tu tau kot rasanya hehehhe)

Hari ni, 1/1/2017 ..salah satu azam abam nak buat, nak fit kan badan balik macam dulu…rasa penat lah jadi pembawa lemak banyak-banyak ni. Tengok ni, masa kat gym tadi…tengok sendirilah betapa berat abam sekarang…pinggang pun dah 32 inci….
Hari ni, paksa diri ke gym..renew membership jadi bila dah renew, nak tak nak kena lah pi gym lepas ni. Tak pi rugi lah dah bayar sebulan woo…
Alang-alang tu heret ler wife sekali. Takan nak kita sorang jer yang sihat kan. Best friend pun kena juga  sihat kan..kan…heheh


Masuk 2017 abam  dah bertekad untuk lebih pentingkan menjaga pemakanan. Bukan tak boleh makan, tapi kena berpada-pada. Lebih kan makan sayur-sayuran & kurangkan makanan yang berminyak. Macam abam sendiri, memang tak boleh nak mengelak bab makan ni ..sebab abam sendiri akan jadi tester untuk dessert yang abam buatkan tu. Nak jualkan, mesti lah kena rasa dulu sebelum sampai kat pelanggan. Kualiti tetap kena jaga beb…

Bila dah umur semakin meningkat ni, memang kena jaga kesihatan. Salah satu nya dengan jaga pemakanan. Dah tak boleh nak bantai semua makanan macam dulu. Makan secara sihat tu yang penting. Kalau ada kemampuan ambik lah supplement yang sesuai dengan keperluan. Macam abam, abam cuba elakan dari minum air manis sekarang ni. Abam gantikan gula dengan Stevia Royal Leaf dalam setiap minuman abam. Korang memang patut cuba ni…

Insyaallah, untuk entri akan datang nanti abam akan kongsikan lagi tips mudah camana nak turunkan berat korang…

Harap tahun boleh fit macam ni ballik….berat 78 kg tapi pinggang 30 inci jer…

Abam berharap dalam tahun 2017 ni,  akan diberikan lagi kesihatan yang lebih baik, untuk keluarga dan untuk korang jugak.. Aamiin.

 

3,653 total views, 10 views today