Resepi Nasi Lemak Sempoi

Nasi Lemak Siti Nur Bhassah
Assalamualaikum.. Terima kasih sebab sudi singgah blog abam lagi.

Sejak dua menjak ni, abam jadi rajin pulak nak memasak. Mungkin rasa malas nak makan luar dah kot. Yang terbaru abam cuba buat kek dan Alhamdulillah menjadi pulak tu. Lagi ler bertambah-tambah semangat ni.

Kali ni abam nak share satu resepi yang dikongsi oleh sedara abam iaitu resepi Nasi Lemak Sempoi…siap ada tagline tu..”Kenyang sampai lusa baqhiang”. hehhehe…

Ok. Jom kita salin resepi ni dan cuba buat nanti..

BAHAN-BAHANNYA :

Untuk Nasi :
1.5 cawan beras
2 helai daun pandan
Sedikit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit halia
Garam
2 cawan santan cair

Untuk Sambal Ikan Bilis :

2 senduk cili kering
Air Asam Jawa
Garam
Gula

Bawang besar
Ikan Bilis Secukupnya

CARA UNTUK MEMASAK :

Nasi Lemak :
Basuh beras dan masak seperti biasa dan masukan semua bahan-bahan untuk nasi tadi.

Sambal Ikan Bilis :

Untuk Sambal ikan bilis pulak, cili di blender bersama dengan bawang besar dan juga sedikit ikan bilis.

Tumis cili yang diblend tadi hingga naik minyak…
Kemudian masukkan 1 cawan air
Masukan ikan bilis dan air asam jawa
Tambah garam dan gula secukupnya

Boleh tambah timun dan telur goreng/dadar dalam setiap hidangan.

Mudah dan cepat cara nak sediakan nasi lemak ni kan..Nama dia pun dah Nasi Lemak Sempoi dan bila makan”Kenyang sampai lusa baqhiang”..hehhe
Okeh . Terima kasih sekali lagi dan selamat mencuba resepi mudah ni.. bye

Kredit resepi asal dari FB Siti Nur Bhassah