Harga Terkini Petrol RON97, RON95 dan Diesel Bermula Esok (1 Julai 2016)

Harga Terkini Petrol RON97, RON95 dan Diesel Bermula Esok (1 Julai 2016)


minyak
Harga petrol bagi RON95, RON97 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak lima sen seliter bermula esok (tengah malam ini), kata pengusaha-pengusaha stesen minyak sebagaimana lapor Malaysiakini.Berikut adalah harga terbaru berdasarkan kenaikan itu :

  • RON 95 : RM1.75
  • RON 97 : RM2.10
  • Diesel : RM 1.60

Peningkatan harga ini adalah yang pertama sejak April lalu.

Harga minyak mentah Brent berada pada harga AS$36 setong pada Mac lalu dan secara beransur-ansur meningkat sehingga AS$48 pada April dan meningkat kepada AS$50 setong setakat hari ini menurut Nasdaq. –

Resepi Biskut Famous Amos Yang Mudah dan Sangat Sedap

Assalamualaikum,..terima kasih lah yer, sudi singgah kat blog abam ni…

Korang camana hari ni? Harap-harap korang semua sihat seadanya ya..

Lepas abam poskan gambar biskut chocolate chip & almond nips ala-ala biskut Famous Amos di FB, tak sangka ada rakan-rakan yang tanyakan pasal resepi biskut ni.

Dulu kalau pegi ke Alamanda selalu jer anak-anak minta belikan biskut Famous Amos ni. Memang sedap, tapi yang tak tahan harga nyer tu. Tapi anak-anak memang suka sangat. Fikir-fikir balik kalau abam boleh buat sendiri, boleh dapat lagi banyak.

Sebenarnya, resepi ni yang abam guna ni memang cukup mudah dan senang jer nak buat. Hasil google, wife abam yang terjumpa resepi ni dan setelah beberapa kali mencuba, ..ubah sikit-sikit resepinya .. dan hasilnya memang sedap, hampir setanding dengan biskut Famous Amos. Ni pendapat abam lah. Jika korang atau anak-anak yang memang “hantu” biskut ni, bolehlah mencuba membuatnya sendiri.

Cookies_www.abamkorie.com 4

Jom kita tengok resepi biskut Famous Amos yang abam nak share kan ni. Resepi yang abam buat ni untuk separuh adunan jer. Dapat hasilkan antara 50 ke 60 keping biskut. Ikut saiz yang korang buat.  Kalau nak kuantiti biskut tu lebih, boleh gandakan. Buatkan adunan penuh,kecuali untuk telur gunakan hanya sebiji jugak.

Biskut Famous Amos / Biskut Chocolate Chis & Almond nips

Cookies_www.abamkorie.com 5
Bahan A

1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan minyak mentega (~+75 gm)
1 biji telur
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu full cream
1/2 sk vanilla essence
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk jus lemon
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan almond nibs
1 cawan semi sweet chocolate chips

* Selain dari Almond, boleh juga gunakan walnut atau biji bunga matahari

Cara-cara :

Campurkan kesemua bahan-bahan A. Sebatikan dengan menggunakan whisk.

Kemudian untuk bahan B, campurkan serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan jus lemon bahan-bahan tadi. Pastikan tepung gandum dimasuk sedikit demi sedikit dan dikacau menggunakan spatula. Kemudian masukan masukan chocolate chips dan almond nips. Selepas diadun, mungkin kelihatan adunan agak lembik. Rehatkan sekejap dalam peti ais lebih kurang 30 minit supaya aduanan tadi boleh dibentuk dengan lebih senang dan cantik.

Cookies_www.abamkorie.com 1
Cookies_www.abamkorie.com 7

Masa nak membentuk tu boleh gunakan tangan ataupun sudu. Ikut suka korang lah..hehe.

Cookies_www.abamkorie.com 6

Kemudian panaskan oven terlebih dahulu. Setkan suhu dalam 160 darjah Celcius. Bakar selama 20 minit. Bila dah masak, keluarkan biskut famous Amos tadi dan biarkan ia sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Cookies_www.abamkorie.com 3

Nota:

a) Untuk mendapatkan cookies yang tak terlalu rapuh , boleh tambahkan sedikit tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan.

b) Semasa dah aduanan dah dibentuk dalam dulang tu, sementara nak tunggu aduanan siap dibakar. boleh masuk dahulu ke dalam peti ais supaya tak cair .

Okeh, Simple kan resepi biskut Famous Amos / Biskut Chocolate Chis & Almond nips ni kan. Selamat mencuba ya..

 

 

 

Laksa Sarang D’laila – Laksa apa pulak ni?

laksa sarang dlaila laksa paling sedap di nilai

“Jom, kita pi makan laksa sarang kat kedai kak Laila..”

Pernah ke korang dengar pasal Laksa Sarang?

Haa..Laksa Sarang? Serius, ni pertama kali abam dengar nama laksa sarang. Walaupun abam ni boleh dikategorikan sebagai peminat laksa, tapi ni lah pertama kali dengar. Kalau setakat laksa utara, laksa Penang, laksa Kelantan, laksa Johor tu memang pernah lah makan. Dalam otak ni memang tak dapat bayangkan camana rupa laksa sarang ni. Takpa, petang tu jugak ke kedai Kak Laila yang terletak di MMA Santai Corner.

Keadaan orang yang begitu ramai di hadapan gerai Dlaila

Tak sampai 10 minit, laksa sarang yang abam order dah pun sampai. Menarik jugak laksa sarang ni. Rupanya, sarang yang dimaksudkan adalah telur yang digoreng dan dibentukan seperti sarang. Ooooo…baru lah tau. Kuah laksanya cukup pekat, memang tak kedekut langsung. Ditambah pula dengan bahan-bahan lain seperti timun, bawang, salad & nenas, memang dah cukup marbeles. Kalau tak disebabkan abam dah makan sebelum datang ke sini, rasanya mau ditambah mangkuk ke 2 ni…

Laksa Sarang Dlaila -www.abamkorie.com 4
Ini lah telur yang digoreng dan dibentukkan seperti sarang…memang unik kan..
Laksa Sarang Dlaila -www.abamkorie.com 5
Antara bahan-bahan yang dimasukan ke dalam laksa sarang…

 

Laksa Sarang Dlaila -www.abamkorie.com 1
Menarik kan…Unik….

Seperti biasa, kalau ke sini..kalau tak bungkuskan untuk anak-anak, memang tak sah lah. Abam minta bungkuskan mee udang, memang favourite diorang ni. Sampai di rumah, bila diorang nampak abam poskan gambar laksa sarang di Instagram & Fb tadi, diorang teringin pulak nak makan. Nampaknya kenalah datang lagi lepas ni.

laksa sarang dlaila laksa paling sedap di nilai

Komen Abam Pasal Laksa Sarang Dlaila ni… Sedap ke?

Tengoklah pic kat bawah, tak nak puji lebih-lebih. Kalau dah licin, comfirm laa sedap heheh

Jadi, kalau korang peminat laksa yang agak unik macam laksa sarang ni. Jom cuba di kedai D’laila Laksa Sarang yang terletak di MMA Santai Coner, Bandar Baru Nilai. Memang terbaekkk…!!

laksa sarang dlaila laksa paling sedap di nilai
Licin…!!

 

1,575 total views, 6 views today

8 Tip Diet Mudah Sahur by Kevin Zahri Untuk Korang Nampak Slim di Aidilfitri nanti

kevin-zahri-8 tip Diet Mudah Sahur

Rasanya ramai diantara kita, bila sampai jer bulan puasa..masa ni lah nak ambik kesempatan nak kuruskan badan  lah dan nak turunkan berat badan. Tapi kebanyakan tak tahu camana nak buat kan. Bila salah mengamalkan diet atau cara pemakanan, memang tidak dinafikan semasa menjalani ibadah puasa, badan akan menjadi letih dan lesu. Ini semua disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas juga menjadi punca badan kita cepat mengalami keletihan dan tidak bermaya.

Kedatangan bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi umat Islam kerana ia penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Tidak dinafikan apabila menjalanan inadah puasa ni, badan akan menjadi cepat letih disebabkan kita kekurangan tenaga dalam badan. Dengan faktor cuaca yang agak panas sekarang ni, jugak menjadi punca badan kita cepat menjadi letih dan lesu.

Sebenarnya banyak cara untuk turunkan berat badan dalam bulan Ramadhan ni. Tapi abam nak share tip yang dicadangkan oleh Kevin Zahri kat korang. Tip diet sahurnya mudah & abam rasa korang memang mampu nak buat.

1. Jangan skip sahur

Tip diet mudah sahur yang pertama dan paling penting. Sahur penting untuk bekalkan nutrisi, air dan tenaga untuk amalan berpuasa. Lagipun sahur kan sunnah nabi, memang setiap sunnah tu ada kebaikan jika diamalkan.

2. Karbo Kompleks

Tip diet mudah sahur yang ke 2. Digalakan korang memilih karbohidrat kompleks  semasa bersahur. Kenapa ia bagus? Karbohidrat kompleks bekalkan sumber tenaga yang lebih perlahan dan lebih mengenyangkan.

Contoh Karbo kompleks : Roti perang, nasi perang atau nasi putih yang ada serat dan rendah GI, oat (glycemic indeks).

3. Target Kalori: dalam 500 kcal

Untuk tip diet mudah sahur yang ke 3 ni korang kena rajin sikit men Google hehhe. Kena tau pasal brapa setiap kalori dalam makanan.
Menurut Kevin Zahri, secara purata, target pengambilan kalori untuk hidangan sahur sepatutnya dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat.

Contoh hidangan:

Segenggam nasi, lauk ayam, sayur dan air.
Roti perang 2 keping + sapu, tuna ikan dalam sos tomato (awas sos-sos biasa tinggi garam).
1 mangkuk cereal berserat + susu lemak rendah.

4. Protein yang bersih

Sumber protein bersih untuk tip diet mudah sahur yang ke 4. Makanan berprotein seperti ayam, ikan sangat mengenyangkan dan mengambil masa berjam untuk lalui proses penghadaman.
Untuk sahur, abam sendiri banyak mengambil sumber protein yang “bersih” ni. Maksud bersih kat sini, digalakan mengambil dari sumber protein yang segar bukan dari makanan proses seperti sosej, daging burger, nugget dan sebaginya.

5. Elak Garam

Garam adalah penyerap atau penyimpan air. Ya betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi dalam keadaan berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan lain-lain ia lagi cepatkan dehidrasi dan akan buat anda cepat berasa haus. Untuk tip diet mudah sahur yang ke 5.

6. Elak Minuman berkafein

Kafein dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, Nescafe, kopi, milo dan lain-lain adalah diuretik – kualiti yang memaksa badan buang air. Ini lagi mempercepatkan dehidrasi semasa berpuasa.

7. Kenali kandungan kafein minuman

Air gas, teh dan coklat pun biasa mengandungi kafein. Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau nak minum air coklat (contohnya) tidaklah menjadi masalah yang besar tapi kalau boleh, kurangkan kuantiti pengambilan.

8. Jangan minum banyak sangat!

Lagi banyak korang minum, lagi cepat badan akan membuangnya dan lagilah cepat anda anda berasa haus.

Sebagai panduan: Jumlah: 2-3 gelas sederhana dah cukup.

Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi pagi-pagi buta, badan agak terkejut dengan air ais.

Jenis? Kalau nak air manis pun, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.

Mudahkan. Sebenarnya tak susah pun nak amalkan tip diet mudah sahur ni. Disamping tu, jangan pula anggap dalam bulan Ramadhan  sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Ramai sebenarnya yang menganggap bulan Ramadhan ini adalah platform bagi mereka untuk menguruskan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik jika mereka mengamalkan cara pemakanan dan senaman yang betul.

Jadi, selamat beramal ya..semoga raya kali ni anda semakin ramping dan berseri-seri dengan baju raya nanti.
Selamat berpuasa semua dan selamat mengamalkan tip diet mudah sahur ni ya..

 Baca : Resepi Ayam Panggang Mudah & Sedap

504 total views, 10 views today