Nak Bakar Lemak dengan cepat? Korang kena cuba…

Malam ni abam nak share satu exercise yang memang selalu abam buat dan boleh jugak bantu korang bakar lemak dengan pantas dan memang sesuai untuk korang yang takde masa nak lepak lelama kat gym atau untuk korang yang ada masa yang terhad untuk exercise..tak perlu masa yang lama, hanya minimum 30 minit pun dah cukup..

Kalau korang rajin-rajin google, memang banyak stail atau teknik exercise untuk lose fat ni. Salah satu daripadanya adalah dengan menggunakan teknik COMPLEXES.
Apa tu COMPLEXES?
Complexes ini adalah satu siri pelbagai jenis exercise dibuat secara berterusan. Maksudnya, selepas selesai jer satu exercise, terus sambung ke exercise yang seterusnya sehingga semua jenis exercise tu selesai. Kalau kita menggunakan bebanan mungkin seperti dumbbell, barbell, kettlebell atau nak gunakan botol air pun boleh..atau tanpa bebanan, hanya dengan bodyweight pun boleh nak buat.
Sebagai permulaan, abam nak share satu contoh siri exercise complexes hanya menggunakan BODYWEIGHT sahaja, untuk peringkat beginner dulu. Nanti untuk next entry, abam akan share pulak untuk peringkat intermediate & advanced. Jadi untuk peringkat beginner ni, korang boleh cuba exercise complexes ni, samada korang jalan-jalan kat taman atau nak buat kat umah pun boleh..

Bodyweight Complexes for Beginner.

 Burpees ( buat ulangan sehinga 10 kali )

Push ups ( buat ulangan sehingga 10 kali )
Mountain Climbers ( buat ulangan sehingga 20 kali )
 Trusters ( buat ulangan sehingga 10 kali )
Boleh gantikan dumbell dengan botol air       
Jumping Jack ( buat ulangan sehingga 20 kali)

Rehat 30 saat atau 60 saat dan ulangkan set tadi sehingga 3 sets.



Untuk permulaan, korang try dulu buat sekali dalam seminggu, kemudian 2 kali & sehingga korang boleh rasa fitness level korang bertambah dan rasa seolah-olah exercise tadi cukup mudah nak buat. Pada masa tu, boleh tambah ulangan atau tambah jenis exercise yang sesuai. Lepas ni korang akan Nampak perubahan ketara pada perut, pinggang, paha dan bahagian yang banyak lemak tu akan mencair..

Insyaallah, untuk entry akan datang abam akan share kan exercise yang mudah korang buat dan tak perlu ambik masa yang lama. Ok, selamat mencuba…

rujukan: The Strong Page

You Follow I , I Follow You

Assalamualaikum n morning gaiss…


” You Follow I , I Follow You” Jom kita join segmen dari blogger YayaCendana. Simple jer cara nak follow. Korang pun boleh join ” You Follow I , I Follow You” .



Mudah je nak join segmen dari YayaCendana. Boleh follow setiap syarat dibawah dan untuk mudah lagi korang klik gambar diatas ye. 

1. Follow YayaCendana
2. Buat entry “You Follow I, I Follow You” (cam yg abam buat ni)
3. Tinggalkan url entrl di ruangan KOMEN
4. Mention follower Yaya yang ke berapa dengan meletakkan #
5. Yaya follow back
Selamat bersegmen ya uols!!

Pakaian sekolah anak..kat mana aku beli untuk tahun ni..

Tahun ni untuk mengelakan kelam kabut shopping di waktu last minit, aku ambik keputusan untuk selesaikan awal-awal baju sekolah untuk anak-anak. Untuk kakak Aqilah yang nak masuk darjah 6 dan untuk abam Hadif yang akan naik ke darjah 4. Dan untuk tahun ni, aku ambik keputusan untuk cuba bershopping di Alor Setar pulak,berbanding untuk tahun-tahun sebelum ni, kebiasaannya aku shopping di sekitar Bangi atau Putrajaya jer.

Kebetulan pada awal Disember tu, aku sekeluarga merancang untuk balik ke kampung aku kat Alor Setar dan terus pergi bercuti ke Pulau Langkawi. So masa nil ah aku ambil kesempatan untuk servey harga pakaian sekolah kat sana sekali.

Dari hasil servey aku buat, di Alor Setar aku boleh dapat pakaian sekolah dengan harga yang lebih murah sebenarnya. Kualiti kain yang memang ok, hampir sama kualiti dengan berjenama. Bayangkan aku boleh dapat baju kemeja sekolah dengan serendah Rm12.40 dan  seluar sekolah hanya pada Rm19.90 jer…jahitan kemas, rapat-rapat pulak tu…kalau nak dibandingkan harga di Putrajaya atau Bangi, memang susahlah nak dapat harga macamni..

Jadi mulai tahun depan, setiap kali cuti sekolah…aku dah tahu kat mana nak beli baju-baju sekolah untuk anak-anak aku…Untuk korang, yang mungkin tinggal di Putrajaya atau KL ke..masa balik kampung masa cuti hujung tahun tu, cubalah usha-usha tengok harga.

Bagi aku, jenama tak penting sangat. Yang paling penting, ikut budget kita tu camana dan kalau boleh dapatkan dengan kualiti mengikut badget yang kita ada… Tapi terpulang pada masing-masing untuk berbelanja camana…Apa-apa pun, semoga tahun depan ni, kita dipermudahkan segala urusan…semoga rezeki bertambah-tambah untuk menampung kos hidup yang semakin mahal sekarang ni….

Star Wars : The Force Awaken, filem wajib tonton..

Akhirnya setelah berminggu ditayangkan barulah aku berkesempatan pegi tengok movie Star  Wars The Force Awaken ni. Sebenarnya aku nak pegi tengok dari minggu pertama movie ni kluar lagi, tapi yang tak tahannya terlalu ramai sangat kat panggung tu. Malas aku nak bersesak…hehhehe..biasalah, aku ni kalau pegi tengok wayang selalunya akan bawa sekali dengan wife dan anak-anak…biarlah diorang selesa, tak bersesak-sesak..

Bagi yang dah tengok semua filem Star Wars ni, memang agak senang nak paham.  Filem kali ini menceritakan apa yang berlaku, selepas 30 tahun trilogi Return of the Jedi pada 1983 dan kali ni menonjolkan  watak baru, Reu (Daisy Ridley) yang ada kuasa The Force dan kemudian watak Finn (John Boyega) asalnya Stomptroppers yang membelot. Serta watak yang akan gantikan Darth Vader, Kylo Ren (Adam Drive) dan watak Poe Dameron(Oscar Isaac) pilot yang terer giler bawa Starfighter X-wings.

Memang dari dulu aku memang minat giler dengan filem Star Wars sebab dalam setiap filem ada menampilkan pelbagai karekter macam robot, mahkhluk yang rupanya pelik-pelik dan lepas tu dengan pelbagai bahasa diorang gunakan dalam filem ni. Sinematografi dalam filem kali ni pun cukup bagus. Tak sangka lokasi padang pasir yang gunakan untuk set kali ni sebenarnya di Tunisia…

Bagi peminat filem Star Wars atau yang kaki layan movie tu..filem ni memang wajib tonton sebab ada aksi pertarungan kali ni memang cukup best…memang suspen habis. Lepas tu digabungkan balik watak-watak lama seperti Hans Solo, Luke Skywalker & Princess Lea. Ada part yang agak sedih bila watak Hans Solo mati dibunuh oleh anak sendiri iaitu Kylo Ren..

Apa-apa pun, ramai yang akan tertunggu filem Star Wars yang akan datang yang lebih best dengan adanya watak-watak baru ni. Nasihat aku, kepada baru nak berjinak-jinak dengan filem Star Wars..tengok ler dulu filem-filem lepas…Nanti dari awal sampai akhir filem, terkebil-kebil blur…ni yang jadi kat wife aku semalam…sampai hari ni dia masih tak paham criter…hehehhe…

Muka wife yang masih blur, tak paham criter hehhehe..



Hari pertama aku memblogging…

Akhirnya setelah bertahun aku tinggalkan dunia blog, aku mula balik hari ni…mula dari kosong balik. Sebenarnya aku dah mula ada blog pada tahun 2006 lagi. Aku rasa masa tu, facebook pun belum ada lagi kot. Aku start dengan share life aku dengan family, dengan cerita aku travel pusing-pusing Malaysia…sebab masa tu kerja aku sebagai technician aku banyak outstation dan banyak tempat aku aku travel. Dan dalam blog ni lah aku kongsi sikit-sikit cerita…
Masuk tahun 2007, aku berjinak pulak dengan bisnes kecik-kecik secara online dan medium paling top masa tu, blog lah..aku jual pakaian branded kanak-kanak yang aku order dari supplier kat oversea dan pemborong kat KL..rasanya ada 2 blog yang aktif masa tu,.. http://coolcutentrendy.blogspot.my/& Branded Kidz Store Collection.

Lepas tu sebab terlalu sibuk sangat dengan outstation, dah tak sempat nak update blog..sampai password pun dah lupa….aduhai…

Semangat berblogging ni datang balik bila Ben Ashaari encourage aku sejak dari 2014 lagi. Masa tu aku dah jadi freelance personal trainer. Citer pasal Ben ni, mula aku kenal si Ben ni,…rasanya dalam tahun 2011 kot di gym KBS Putrajaya dan aku tak tau pun dia ni blogger hehhe…dan memang dah femes pun…kawan aku lah yg bagitau..heheh
 Masa tu aku kerja kat Gym Kbs sebagai Penyelia dan memang aku akan sapa semua orang yang datang.. Rasanya hampir berbulan jugak aku kenal dia di KBS, barulah aku tau dia ni blogger…tu pun dari mulut kawan aku…hehhe pandai betul simpan rahsia…hehehe

Sekarang ni, aku ada tempat baru untuk aku bebel apa yang aku rasa nak cakap..kalau korang rasa rajin nak baca, nak follow…aku ucapkan terima kasih banyak-banyak…
ok. …hari ni banyak aktiviti nak buat, biasalah dekat dengan hujung tahun ni, kena selesai hal sekolah anak-anak ler. Pastu kita layan movie Star Wars pulak..k bai.. Assalamualaikum..