Cara tuntut hutang dengan scammer pakej travel

Assalamualaikum, hi korang..

Terima kasih sudi singgah kat blog abam ni. Entri blog kali ni, abam nak kongsikan dengan korang pengalaman rakan blogger abam yang telah ditipu dengan scammer  pakej travel.

Tak sangka kan, untuk pakej travel pun ada scammer. Bukan sikit- sikit di tipunya, beribu kena tipu. Jadi kalau korang yang baru nak berjinak-jinak jadi kaki travel tu (macam abam lah hehhe..).. mungkin tips ni cukup berguna kalau dah terkena.. Tapi harap tak terjadi lah yer..

Jika Korang di Tipu Dengan Scammer Pakej Travel, ikuti 9 Langkah-langkah ini.

Baru-baru ini, saya telah ditipu oleh seseorang sebanyak RM5000 secara keseluruhannya melalui pakej travel. Bagaimana saya ditipu? Tak perlulah saya ceritakan di sini.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah, sekiranya anda ditipu dan tidak mendapat kembali duit tersebut. Boleh cuba cara di bawah:

1. Kumpulkan bukti-bukti terutama transaksi anda kepada penipu tersebut.

2. Sekiranya terdapat bukti perbualan antara anda dengan penipu tersebut menyatakan penipu tersebut hendak membayar balik sedikit demi sedikit secara ansuran, TOLONG JANGAN TERIMA! Dan BERHENTI dari minta dan terima duit dari penipu tu hatta 1 sen pun.

3. Kenapa? Sebab ini akan menyukarkan pihak polis membuat siasatan dan menganggap sudah ada perjanjian antara kita dan si penipu Ini dan pihak polis tak boleh masuk campur.

4. Buat laporan di balai polis, sekiranya perlu. Buat draf laporan seringkas yang mungkin dan save dalam pendrive, kita mudahkan kerja orang, orang akan mudahkan kerja kita.

5. Semasa buat laporan polis, pastikan buat laporan di Balai Polis di mana transaksi pertama dibuat. Lebih mudah untuk diuruskan. Boleh je buat laporan DI tempat lain, tapi akan ambil sedikit masa. Tapi kalau transaksi pertama dibuat di Australia, tak perlulah nak cari tiket flight ke Australia dan ke balai polis DI sana untuk buat report. Hahaha.. Boleh je ke balai polis terdekat dan minta nasihat mereka.

6. Selepas buat laporan, pegawai polis akan serahkan kepada Pegawai Penyiasat, masa ni cerita lah segala A-Z tentang apa yang terjadi. Kebiasaannya, untuk kes penipuan macam saya kena ni di bawah Jenayah Komersil.

7. Kemudian, dalam suatu tempoh, pihak polis akan panggil Orang Kena Tuduh (OKT) atau keluarga OKT ni ke balai kot la dorang nak selesaikan sendiri. Di sini, kita boleh minta duit kita semula di bawah urusan pihak polis. Jadi boleh terus tutup kes.

8. Tapi kalau OKT ni atau keluarga dia tak ada duit atau tak nak bayar, pihak polis akan bawa kes ke Peguam Negara dan proses naik turun mahkamah akan bermula.

9. Tapi sebenarnya selagi belum masuk mahkamah, boleh je selesai kes di luar mahkamah.

Harap dapat membantu. Point no 2 tu paling penting okey. Sebab sekali kita dah terima duit dari dia, kita tak boleh dah nak tuntut melalui pihak polis. Cara lain ada tuntutan melalui tribunal melalui tuntutan sivil. Tapi tuntutan sivil ni kos dia mahal. Jalan terakhir adalah tuntutan di Padang Mahsyar nanti. Merangkak la kau cari aku kat Padang Mahsyar nanti ye.

Cara Tuntut Hutang dengan Scammer pakej travel
http://anilwanina.com

Artikel di atas disumbangkan oleh Anil Wanina. Beliau merupakan seorang travel blogger dan aktif menulis di anilwanina.com. Boleh follow blog beliau di sini.

Geng trip beliau bersama wife abam ke Korea pada bulan 9/2017 yang lepas.

Cara Tuntut Hutang dengan Scammer pakej travel
Anil Wanina bersama wife abam di Sorak Mountain National Park, Korea
Cara Tuntut Hutang dengan Scammer pakej travel
Selepas menyaksikan persembahan teater Bibab

Korang nak bercuti ke Cherating? Boleh cuba di Sini

 

1,216 total views, 21 views today

Peristiwa Misteri Suatu Malam di Asrama Sekolah

Kisah misteri kat asrama sekolah SMTSP

Peristiwa Misteri Suatu Malam di Asrama Sekolah 

Assalamualaikum, hi korang..

Tetiba tadi teringat masa abam sekolah asrama kat Perlis dulu. Bila dok kat asrama ni, kekadang bila cuti hujung minggu (masa tu kat Perlis masih lagi cuti Sabtu & Ahad) ramai lah bebudak kat asrama ni balik kampung. Abam ni kekadang balik, kekadang tak balik. Bila tak balik tu memang agak sunyi gak lah kat asrama ni.

Suatu malam ni,  ntah apa abam tersalah makan sampai sakit perut. Dok tahan punya tahan, last dah tak tahan kena juga pi toilet. Toilet pulak kena guna kat aras bawah sekali. Bilik abam masa tu kat tingkat 3. Sebab masa tu, kat Perlis memang selalu ada masalah tekanan air rendah. Jadi air memang tak sampai ke tingkat atas.

Punya lah berlari dari tingkat 3 turun tangga, dah la dengan pakai kain pelikat pulak tu..sib baik tak tersangkut kain, kalau tak mau tersadung jatuh hheheh… Dipendek kan cerita,… dah setel hajat semua..baru lah rasa lega perut ni. Dah tak sakit lagi. Tetiba baru prasan, masa tu dah pukul 2 pagi dah. Halamak..!! Haaa..baru lah nak rasa takut. Rasa cuak, rasa nak terkencing lagi pun ada, walaupun pundi ni dah kosong dah.

Arghh berani kan diri, kluar dari toliet terus jalan balik ke bilik. Masa tengah dok jalan tu, abam baru prasan ada kawan abam dok tengah basuh baju kat kolah besar dekat tangga. Ok kolah ni, dalam bahasa utara..kalau orang keel, panggil kolam. Kat area kolah ni memang pot kami mandi atau basuh baju. Kekadang jadi kolam renang geng senior, terutama masa time cuti. Ok sambung cerita tadi heheh…pastu abam pun tegur kawan abam tadi, dah lewat-lewat ni takan tak abis basuh lagi. Kawan abam ni senyum jer, pastu bagi isyarat suruh abam naik dulu..

Kisah misteri kat asrama sekolah SMTSP
Pic ni abam ambik dari Utusan.com, kalau korang nak tau kolah tu ada kat sebelah belakang tangga di hujung gambar tu.

Keesokan paginya, kalau tak silap abam hari tu hari Sabtu, jadi kalau hari Sabtu ni biasanya kami dibenarkan untuk pi ke pekan Kangar. Nampak lah kawan abam yang basuh baju semalam tu tengah dok siap-siap nak kluar jugak.

‘Ehh hang basuh baju sampai pukul brapa semalam? Tak prasan pun hang balik bilik..”
Pastu kawan abam ni macam terkejut..
“Ehh mana aku pi basuh baju pun malam tadi..aku tidoq lah..’

Alamak…sapa yang abam jumpa malam tadi tu..serius, sampai sekarang abam tak pernah cerita kat sapa-sapa pasal ni..ni baru teringat balik huhuhu….
Lepas tu, kalau ada cuti panjang yang sambung hujung minggu tu memang confirm lah balik kampung.

Abam rasa, korang yang pernah stay kat asrama mesti ada yang pernah jumpa yang pelik-pelik kan. Tapi pengalaman stay kat asrama memang best, dapat belajar berdikari dan dapat ramai kawan dapat seluruh pelusuk negeri.

okeh, terima kasih sebab sudi singgah blog abam kali ni. Harap korang rasa seram lah yer..heheheh

Jemput baca :   Percutian Menarik di Cherating

2,190 total views, 20 views today

Cosmoderm Travel Set

Cosmoderm Travel Set

Cosmoderm Travel Set sesuai seisi keluarga.

Kali ni, Hari Keluarga KBBA9 telah di adakan di The Legend Resort Cherating
Pahang. Bila sebut Cherating jer, abam dah terbayang laut, pantai dan confirm akan ada pelbagai aktiviti menarik kat bawah matahari terik. Bila dah banyak berjemur kat bawah sinar matahari terik ni, confirm abam akan sunburn punya lah. Tapi semua tu abam dah tak risau dah, sebab abam dah ada Cosmoderm Travel Set.

Okeh, apa sebenarnya Cosmoderm Travel Set ni?

Cosmoderm Travel Set
Dalam setiap  Cosmoderm Travel Set ni mengandungi :

  • Advanced Moisture Therapy Cream 50ml
  • Vitamin E Cream 3000 I.U. 50ml
  • Tea Tree Oil Magic Body Lotion 60ml

Cosmoderm Travel Set  

A. Cosmoderm Travel Set – Advanced Moisture Therapy Cream

Cosmoderm Travel Set

– Berfungsi untuk melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras
– Krimnya yang pekat dan kaya dengan kombinasi ekstrak herba, minyak zaitun dan aloe vera yang membantu meredakan irritasi kulit.
– Amat sesuai kepada yang mengalami tumit kaki yang pecah dan mengalami masalah kulit kering & menggelupas. Amalkan setiap malam, sapukan pada tempat yang bermasalah tadi & Insyaallah kulit akan kembali lembut & lembap kembali,
– Selesa digunakan sebab tidak rasa berminyak.

Advanced Moisture Therapy Cream ni antara krim yang paling abam paling suka. Abam akan apply kan pada tapak kaki pada setiap malam sebelum tido. Sebelum ni abam ada masalah tumit kaki pecah dan bila abam dah mula gunakan Advanced Moisture Therapy Cream ni, kulit di tumit kaki tu dah semakin baik dah sekarang ni.

B. Cosmoderm Travel Set – Vitamin E Cream 3000 I.U.

Cosmoderm Travel Set

– Krimnya kaya dengan Vitamin E serta campuran minyak Rosehip dan minyak Zaitun. Menjadikan ia lebih efektif dalam melindungi kulit daripada sinar UV.
– Mempunyai anti-oksidan dapat membantu menangani masalah parut pembedahan, parut jerawat, rekahan kulit, selar matahari, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan kedutan pra matang.

  Masa kat Hari Keluarga KBBA9 di The Legend Resort Cherating, banyak aktiviti menarik abam sekeluarga follow, dan kebanyakannya kami buat di bawah pancaran cahaya matahari. Jadi sebelum ikut sebarang aktiviti tu, abam akan pasti semua anak-anak gunakan Vitamin E Cream 3000 I.U. pada kulit untuk mengelakan sunburn. Kalau korang yang suka bercuti di tepi pantai, memang sesuai korang gunakan krim ni.

C. Cosmoderm Travel Set– Tea Tree Oil Magic Body Lotion

Cosmoderm Travel Set

– Krimnya diperkayakan dengan Lidah Buaya, ekstrak Chamomile dan Minyak Tea Tree.
– Krim ini cukup sesuai untuk meredakan perit kulit akibat selar matahari seperti di pantai. Juga dapat membantu  kurangkan jerawat badan dan iritasi kulit.
– Memberikan kelesesaan, menyejukan dan melegakan kulit tanpa mengelupasan.
– Boleh diguna sebagai deodoran. Anti bau badan dengan deodoran semula jadi.
– Tidak rasa berminyak & memberikan rasa sejuk selepas memakai.

Produk  Tea Tree Oil Magic Body Lotion memang menjadi kesukaan anak-anak terutama selepas buat aktiviti-aktiviti outdoor. Selepas mandi diorang minta sapukan pada tangan dan kaki. Mungkin rasa sejuk selepas disapu pada kulit buatkan diorang rasa lebih selesa. Yang bestnya, lotion ni berbau wangi..memang sesuai dipakai sebelum tido.

Cosmoderm Tea Tree Oil Shower Gel & BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

Masa kat The Legend Resort Cherating tu, pihak Cosmoderm merupakan salah satu penaja utama untuk Hari Keluarga KBBA9 dan selain produk-produk dalam Cosmoderm Travel Set kat atas tu, kami juga dibekalkan juga dengan BB Cream dan juga Tea Tree Oil Shower gel.

1. BB Cream SPF 35 PA+++ with Tea Tree Oil

Cosmoderm Travel Set

– Bertindak sebagai pelembap, bedak asas, sun block, kawal minyak dan juga anti-jerawat.
– Kalau untuk wanita, BB Cream ni memang boleh digunakan sebagai asas mekap atau kemasan tanpa mekap.
– Sebagai pelindung sinar cahaya mata atau sun block

– Membantu mengurangkan dan mengawal minyak di kulit muka.

2. Tea Tree Oil Shower Gel

Cosmoderm Travel Set

Bau wangian dari Tea Tree Oil Shower Gel ni memang wangi. Dah jadi favorite satu keluarga dah, setiap kali mandi mesti dengan Tea Tree Oil Shower Gel ni. Lepas mandi jer mesti rasa lebih segar.

Family-Day-Kelab-Blogger-Ben-Ashaari-The-Legend-Resort-Cherating

Untuk korang yang memang selalu travel, yang suka melancong atau nak kemana-mana tu, abam memang sarankan korang dapatkan Cosmoderm Travel Set ni. Ia mudah nak bawa kemana-mana sebab ia dalam bekas yang kecil. Setiap kandungan produk kurang dari 100ml, jadi takda masalah nak bawa jika korang nak travel dengan flight. Satu lagi, setiap produk dari Cosmoderm ni telah sahkan halal oleh JAKIM dan produk Cosmoderm jugak tidak diujikan keatas haiwan. Jadi korang boleh gunakan produk Cosmoderm ni tanpa was-was.

Kat mana korang boleh dapatkan 
Cosmoderm Travel Set?

Korang boleh beli secara online di laman web Cosmoderm, atau di Lazada. Juga korang boleh dapatkan di Farmasi Vitacare , AEON Wellness Store, Watson atau pun di Guardian jika korang lebih selesa membeli secara terus.

Set Umrah dan Haji Cosmoderm
Cosmoderm Travel Set  juga dikenali dengan Set Umrah dan Haji

Sekarang ni Cosmoderm tengah buat promosi ni.. Harga Cosmoderm Travel Set adalah RM60. Jika korang dapatkan set ni sekarang, korang akan mendapat satu Deep Heat Cream secara PERCUMA. Deep Heat Cream ni sangat sesuai untuk disapukan pada kaki yang lenguh-lenguh. Cosmoderm Travel Set  juga dikenali dengan Set Umrah dan Haji.

Nak info lanjut mengenai Cosmoderm Travel Set ni?

Boleh singgah link di bawah:

Website: www.cosmoderm.com.my
Instagram: www.instagram.com/cosmoderm
Facebook: www.facebook.com/cosmoderm

 

Link : Hari Keluarga KBBA9 di Legend Resort Cherating Episod 1

2,636 total views, 20 views today

Teruja dengan Hari Keluarga KBBA9 di Legend Cherating Resort

Hari Keluarga KBBA9 di The Legend Resort Cherating

Hari Keluarga KBBA9 di Legend Cherating Resort Episod 1

Assalam, hi korang..
Haa.. entri kali ni, abam agak excited nak ceritakan  pasal pengalaman abam bersama-sama dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari di Cherating tempoh hari.
Pada 18hb Ogos yang lepas abam bersama-sama dengan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari di Cherating Pahang untuk menyertai hari keluarga kat sana. Lokasi kali ni abam rasa cukup menarik. Hari keluarga KBBA9 kali ni dibuat di The Legend Resort Cherating  .. Serius, ..fuuhh memang cantik tempat ni.
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating Kali terakhir abam join Hari Keluarga KBBA9  ni, pada tahun 2016 di Agrofarm Air Keroh. Korang boleh baca kat SINI

Abam mulakan perjalanan agak lewat sket sebab kebetulan pada hari Jumaat tu anak abam yang ke 2 ada ujian hafazan untuk kelas KAFA. Jadi dalam pukul 4 petang baru boleh bertolak dari Putrajaya. Perjalanan agak mencabar sikit sebab petang tu hujan lebat lah pulak dan jalan memang jem teruk. Tapi lepas tol Gombak jer, Alhamdulillah jalan dah lengang, so boleh la drive dengan hati yang senang nan gembira. Kalau tak sebelum tu, anak-anak asyik dok tanya jer bila nak sampai. Al maklumlah masing-masing dah tak sabar nak tengok pantai kat The Legend Cherating Beach Resort yang cantik tu..
Lebih kurang pukul 9.00 malam camtu baru sampai kat The Legend Cherating Beach Resort Pada malam tu sebenarnya ada satu program di Hafiz Firefly Tour kat Hutan Paya Bakau Sungai Cherating. Tapi disebabkan abam lambat sampai, jadi tak dapat lah abam nak ikut diorang pegi kesana. Kalau tak boleh gak abam kongsikan pengalaman tengok kelip-kelip kat situ.

kelip-kelip-sg-cherating
Ni lah tempat nak tengok kelip-kelip di Sungai Cherating

Bilik kami di The Legend Resort Cherating cukup ohsem!!

Sebab wife dengan anak-anak pun dah penat, kami semua cek in ke bilik dulu, berehat jap sementara nak tunggu diorang balik dari Sungai Cherating.
Tak sangka, bilik yang abam dapat ni cukup luas dan cukup kemas. Jom tengok gambar yang abam ambik kat dalam bilik tu..

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating 4
Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating

Masa abam sampai tu, sesi dinner yang disediakan oleh pihak The Legend Cherating Resort dah pun abis, jadi terpaksa lah mencari makanan kat luar resort. Rupanya dekat dengan  jalan nak masuk ke resort ni ada restoran dan kedai runcit yang dibuka sampai jam 4 pagi. Kat restoran ni sebenarnya jadi tempat persinggahan bas-bas yang nak ke Cherating dan kawasan lain di pantai timur. Abam decide nak bungkuskan jer lah memandangkan pengunjung kat restoran tu agak ramai jugak. Jadi kalau menginap di The Legend Resort Cherating, tak perlu bimbang pasal nak makan..tengah-tengah malam pun masih ada kedai/restoran yang masih buka.

Legend Cherating Kbba9

Lepas jer makan, masing-masing dah keletihan. Malam ni semua berehat, simpan tenaga untuk aktiviti esok pagi..
Haa..nak tau apa aktiviti kami semua kat sini? Tunggu sambungan entri abam lepas ni yer…
Jom abam bagi preview tentatif Hari Keluarga KBBA9 di Legend Resort Cherating

 

Tentatif Hari Keluarga KBBA9 di The Legend Resort Cherating

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari The Legend Resort Cherating
Menarik kan…jadi jangan lupa singgah ke blog abam nanti ya..

Maklumat lanjut:

En Meor bersama Ben Ashaari
pic credit to http://www.mohazsue.com

THE LEGEND RESORT CHERATING

Director of Sales : Encik Meor Amran

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,

26080, Kuantan, Pahang Malaysia.

No Tel: 013 3319822

E-mail : dos@legendresort.com.my

Website : www.legendresort.com.my

2,256 total views, 11 views today

Percutian Awesome Di Swiss Garden Beach Resort Lumut

Percutian Awesome Di Swiss Garden Beach Resort Lumut

Hi Korang, Assalamualaikum..!!
Nak Tanya korang sket ni..korang pernah tak bercuti ke Lumut Perak? Mesti ada dalam yang dah pernah pegi bercuti kat sana kan…Walaupun dah banyak kali pergi ke tempat yang sama tapi tak pernah rasa jemu u kan, betul tak? Yela mana tak nya, pantai yang terdapat di Lumut and Pulau Pangkor perghh! sangat cantik!

Sumber google

Pada korang yang tak pernah lagi bercuti ke Lumut, abam suggest kat korang untuk cuti akan datang nanti korang try la pegi bercuti kat sana pulak..Ye lah nak pergi ke Maldives jauh kan…kita pergi ke Lumut jela…Pantai-pantai yang ada di sekitar Lumut ni pun tak kurang hebatnya ..macam pantai teluk Batik..memang cantik.

Sumber GooGle

Okay, kalau korang rasa cuti kali ni korang nak bercuti ke Lumut, sini abam nak share dengan korang sebuah hotel yang boleh korang menginap di sana. Sebenarnya memang banyak hotel yang menarik yang terdapat di sekitar Lumut ni tapi satu hotel ni memang sangat menarik perhatian abam dan abam confirm korang pon akan tertarik jugak! Hotel yang abam maksudkan tu ialah Swiss Garden Beach Resort Damai Laut…

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut.  Panjang kan nama hotel ni kan..hotel ni bertaraf empat bintang taw..walaupun begitu..harga yang ditawarkan di sini perghh sangat memeranjatkan ..Murah dan cukup berpatutan ..okayyy!! Abam pun tak percaya hotel macam ni menawarkan harga yang sangat terendah..so boleh la korang short listed hotel ni dalam list korang nanti!

Swiss Garden Beach Resort Damai Laut Lumut
sumber gambar emily2u.com

Kemudahan di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut

Untuk pengetahuan korang, di sini terdapat enam pilihan bilik yang boleh korang pilih. Setiap bilik ni mempunyai keistimewaan yang tersendiri  sama ada korang nak bilik yang mengadap laut atau nak ngadap ke taman..terpulak kat korang..Bilik-bilik yang ditawarkan di sini dilengkapi dengan perabot yang sangat elegant dan menampakkan seperti berada di sebuah bilik yang terkemuka gittu..Terdapat juga balkoni di dalam setiap bilik so korang boleh la menikmati pemandangan sambil lepak pekena kopi ke teh ke kan..
Kemudahan lain yang ada kat Swiss Garden Beach Resort Damai Laut seperti kolam renang , tab mandi panas/jakuzi, khidmat urutan, khidmat spa dan kecantikan, pusat kecergasan, khidmat menyeterika, dobi dan banyak lagi! Memang sangat berpatutan la dengan harga yang ditawarkan di sini..memang tak rugi pun, malah korang akan berasa cukup berbaloi!


Selain itu, kat Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ni juga, korang boleh buat aktiviti yang terdapat di sekitar hotel ni seperti kemudahan sukan air kepada sesiapa yang suka akan aktiviti air, menunggang kuda, berbasikal di sepanjang kawasan hotel ni, berkayak, pingpong, golf, gelanggang tenis, taman permainan kanak-kanak dan banyak lagi la…pasti korang tak akan bosan lah kalau menginap di sini..


Setiap aktiviti yang abam sebut tadi berbayar..tapi tak mahal pun…jangan risau, memang berpatutan.hhehehe…Kat Swiss Garden Beach Resort Damai Laut ni juga ada juga menyediakan kemudahan bilik mesyuarat atau dewan jika nak buat jamuan.

aktiviti outdoor menaiki ATV
Sumber faizalfredley.com

Bila kita plan nak berholiday, mesti yang ada concern pasal tempat makan. Kat sini korang jangan risau…dah la tepi pantai kan..macam-macam makanan korang boleh dapatkan di sini…korang nak makan apa? Seafood? makanan barat? makanan tempatan? Masakan thai? Jangan bimbang, semuanya ada….terdapat banyak kedai-kedai makan di sekitar Lumut ni…memang senang jerk orang nak cari..Kalau tak nak makan kat luar, mungkin nak sekali sekali merasa masakan hotel, kat Swiss Garden Beach Resort ada menyediakan restoran yang menyajikan pelbagai pilihan untuk korang menjamu selera di resort ini termasuklah hidangan Malaysia serta Barat. Kalau korang nak makan sambil mendengar muzik yang merdu korang boleh la cuba di Restoran Blue Chip Lounge di mana di sini mempunyai live band sendiri tauu…

 Swiss Garden Beach Resort Lumut
Restoren Blue Chip Swiss Garden Beach Resort Lumut

Selain dari tu, di Swiss Garden Beach Resort Lumut ada disediakan juga makanan Thailand dan korang boleh dapati di Restoran Thai Taste…macam-macam ada kat sini korang nak makan tomyam, ikan tiga rasa semua ada okay! Dan yang paling penting makanan yang disediakan di sini sangat sedap dan harga pulak sangat berpatutan! Perghh memang sedapnya!! Terliur plak sebut pasal makanan ni..hahahah!!


Itulah serba sedikit yang abam boleh kongsi dengan korang tentang Swiss Garden Beach Resort Lumut ni…Kalau korang nak tahu, hotel ni menerima feedback yang positif tau dari semua penginap yang pernah menginap di sini! Rugi la kalau korang tak cuba kalau bercuti ke Lumut…jangan cakap abam tak payung okay! Hahahaa.

Booking hotel Swiss Garden Beach Resort Lumut dengan TRAVELOKA.com

Untuk memudahkan korang ,..Abam nak suggest kat korang gunakan website  Traveloka bila korang nak booking hotel Swiss Garden Beach Resort Lumut ni. Memang cukup mudah.
Jangan lupa.. . Jom la book Swiss Garden Beach Resort Damai Laut on Traveloka dengan segera!!!! 
Ok..selamat bercuti…

https://www.traveloka.com/en-my/

– Nak cari pot laksa sedap di Putrajaya, Jom ke SINI.

– Nak resepi brownies kedut yang mudah tapi mak aaiii sedap!! Jom ke SINI.

 

 

4,333 total views, 23 views today

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Haaah.. setelah dah nak sampai penghujung Ramadhan baru lah ada kesempatan nak update blog abam ni. Draf dah lama buat tapi masa saja takda nak buat. Mau tak nya, tahun ni spesel sket. Abam buat biskut raya..haaa..hehehhe.. Waktu malam, abam dengan wife sama-sama buat tempahan biskut raya sampai sahur pastu bila siangnya, kalau takda keja ..memang tido lah jawapnya.

Okeh,..entri kali ni sebenarnya abam just nak share salah satu resepi yang mudah nak buat. Terutama masa bulan Ramadhan ni, ramai yang rajin nak masak untuk berbuka dan untuk sahur. Resepi kali ni, resepi mee goreng yang mudah dan ringkas & Insyaallah sedap hehehe..

Jom layan resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Sesuai untuk korang yang nak buat sarapan ke atau nak buat minum petang atau bila-bila korang suka lah..hehhe

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap

Bahan-bahan :

1 bungkus mee kuning
2 cawan daging kisar atau isi ayam
1 cawan fish ball & fish cake
3 sudu  sos cili
2 sudu sos tiram
5 sudu kicap pekat
1 cawan taugeh
1 cawan kobis
1 cawan sawi hijau
1 cawan lobak merah
2 biji telur

Bahan untuk dikisar halus :
1/4 cawan cili kering yang telah direbus
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih

Cara-caranya :

Panaskan sedikit minyak terlebih dahulu.
Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga naik bau.

Kemudian masukkan daging kisar atau isi ayam
Kacau sehingga ia masak.
Kemudian masukan sos cili, sos tiram dan kicap pekat.
Masukkan fish ball & fish cake kemudian kacau seketika.
Kemudian masukan telur dan sambung kacau sehingga rata.

Masukkan sayur keras seperti kobis dahulu. Biarkan ia masak sekejap

Kemudian masukkan mee dan tambahkan sedikit air dan kacau sehingga rata. Kalau korang suka mee goreng yang agak basah, boleh lah masukan air lebih sket. Tapi kena mungkin kena tambah sket sos cili dan sos tiram untuk tambahkan rasa.

Bila hampir nak masak tu, boleh dimasukan sayur sawi dan taugeh ke dalam mee goreng tadi. Kalau nak tambahkan daun kuchai pun sodap jugak.
Lepas tu boleh korang rasa samada perlu dicampurkan sedikit garam atau pun gula mengikut selera tekak korang.

Selain dari isi daging kisar atau isi ayam, korang boleh jugak gunakan udang, sotong atau kerang untuk resepi mee goreng ni.

Sebelum dihidangkan, bolehlah tabur sedikit cili merah yang dihiris dan daun bawang serta bawang goreng. Jika suka, perahkan air asam limau nipis. Nak best lagi tambahkan telur goreng kat atas mee tu..peeghhh..heheh..

Sekian perkongsian resepi Mee Goreng Mudah, Ringkas dan Sedap ni. Khas untuk korang. Selamat mencuba nanti.

Resepi asal, kredit untuk Cik Eny

Nak cuba resepi lain ? Jom ke Resepi Brownies kedut

12,097 total views, 48 views today

Bila Beg Duit Tertinggal kat Masjid

Bila Beg Duit Tertinggal kat Masjid

Dah abis terawih malam tadi, terus drive balik ke umah. Memasing dah kenyang dengan moreh tadi. Mata pun start ngantuk dah. Masa dalam perjalanan tu, tetiba wife tanya.. “Bang..mana beg purple tadi?!!”
Wife dengan muka cuak, muka nak nangis dah. Mau taknya, dalam tu ada mak nenek bagai. Beg duit wife ada dalam tu. Dari duit sales harian, kad pengenalan, mykid anak-anak lagi..pastu ada kad bank pulak tu.
Apa lagi, mecicit ler drive patah balik ke masjid besi. Sib malam tadi tak banyak kereta, memang bawak laju tak hingat ler. Masa tengah drive tu, dok harap sangat beg purple yang abam letak kat meja masa makan moreh takda lah orang duduk lepas abam balik tadi.

Sampai jer kat Masjid Besi, abam dengan si Hadif cepat-cepat lari naik ke atas. Hati ni dok minta sangatlah ada lagi. Fuhhh.. beg purple masih lagi kat tempat abam letak tadi. Alhamdulillah…syukur panjang abam malam tadi.

Sebelum balik tadi tu, sebenarnya abam dok bergurau-gurau dengan anak-anak sampai terlupa pasal beg purple ni. Aihh..pelupa betul. Cuai pun satu hal. Tapi Alhamdulillah sebab semua masih ada dalam beg tu.

Tadi, kalau kebetulan korang kat Masjid Besi gak..pastu ada yang ternampak ada sorang pakcik lari laju giler, pecut macam Watson Nyambek tu..haa Abam ler tu heheh….huhu penat tak abis lagi ni. hehehe..

5,168 total views, 13 views today

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya
Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Assalamualaikum..hi korang
Sekejap ja dah masuk 3 Ramadhan. Cadangnya, Ramadhan kali ni nak jaga makan lah sket, tak nak macam tahun-tahun lepas, asyik membedal jer. Badan pun dah semakin bolat dah ni. Letih ooo jadi bolat ni..heheh. Nak jaga makan ni, salah satunya kena rajin masak sebenarnya. Masak makanan yang sihat-sihat jer. Kurangkan makanan berminyak, lebihkan sayur & buah-buahan dan jangan makan nasi banyak sangat. Tapi kan kekadang tu, teringin jugak nak beli makanan kat luar. Kalau nak beli kat luar ni kena pandai pilih. Pilih yang betul “healthy”. Vietnamese Spring Rolls

Hari ni tak tau pulak nak makan apa untuk berbuka. Tetiba nampak ada rakan fb kat Putrajaya ni jual Vietnamese Spring Rolls. Sebenarnya abam selalu sangat nampak kuih ni, terutama yang selalu dok pi ke Vietnam tu. Memang sedap diorang bagitau. Apa lagi terus ler pm. 2 pack abam order.

Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Berbuka tadi, dah memang tak sabar nak rasa Vietnamese Spring Rolls ni..First bite, fuuuuh…memang betul sedap rupanya. Ada rasa udang, pastu rasa kombinasi sayur, daun pudina kat dalam tu..pastu dengan rasa kuah pencicah tu…memang 1 roll tak cukup. Kesimpulannya, memang tak tak cukup lah 2 pack, berebut jugak kami anak-beranak. Menyesal pulak beli sikit.

Komen abam pasal Vietnamese Spring Rolls ni?

Abam memang rekomen sangat kalau korang yang teringin nak rasa Vietnamese Spring Rolls terutama yang stay kat Putrajaya. Bersih, kemas, cantik-cantik jer dalam bekas tu. Harga pun berpatutan, sebekas tu RM10 sahaja.
Vietnamese Spring Rolls Sedap di Putrajaya

Camana Nak beli Vietnamese Spring Rolls ni?

Camana Nak beli Vietnamese Spring Rolls ni? Mudah jer..korang yang stay atau keja kat Putrajaya tu, boleh lah PM jer kat Puan Asiah Nor. 
Tak perlu pegi jauh-jauh dah..kat Putrajaya pun ada Vietnamese Spring Rolls yang sedap. Ok Selamat mencuba.. 2 thumbs up abam bagi..

 

Baca juga : Camana nak dapatkan Brownies yang sedap kat Putrajaya

 

6,551 total views, 8 views today

Warung Sempoi Baq Hang

Tempat Makan Warung Sempoi Baq Hang

Warung Sempoi Bag Hang 

Assalamualaikum..hi korang, terima kasih sebab sudi singgah lagi..

Nak ceritera kat korang ni, minggu lepas ada lah sorang kawan abam bagitau ada pot laksa baru yang sedap kat Putrajaya ni. Nama kedai ni Warung Sempoi Baq Hang. Dengar pun dah rasa sempoi dah hehe..Katanya kat kedai ni, bukan saja ada laksa, ada macam-macam lagi menu macam alakat dan menu nasi campur. Katanya harga pun agak berpatutan jugak. Dia suggest lah abam cuba bebila nanti. Haa apa lagi, petang tu jugak abam pegi..Rupanya kisah Warung Sempoi Bag Hang ni dah pernah masuk kat Utusan & Kosmo sebelum ni. Menurut Utusan & Kosmo ni..
“Harga bagi masakan berasaskan ikan seketul ialah RM3, ikan seekor (RM3 hingga RM5); ayam (RM3 seketul); daging (RM3 hingga RM5); sayur (RM1); sotong sumbat (RM3); sotong biasa (RM3.50); telur dadar atau rebus (RM1 sehingga RM1.50) dan nasi sepinggang (RM1)”. Tempat Makan Warung Sempoi Baq Hang

Tempat makan Putrajaya Warung Sempoi Baq hang
kredit : utusan

Sampai kat sana, waktu baru lepas orang balik keja. Keadaan agak sunyi sket. Abam dipaham kan waktu paling ramaipada waktu makan tengahari sebab ada banyak menu nasi campur dan masakan kampung. Rasa tak sabar nak rasa laksa yang kawan abam bagitau sedap tu. Tapi sayang, laksa dah abis pulak petang tu. Jadi abam order jer lah kueteow goreng dengan telur mata dan untuk wife abam, mee rebus. Tempat Makan Warung Sempoi Baq Hang

Tempat makan Putrajaya Warung Sempoi Baq hang

Tempat makan Putrajaya Warung Sempoi Baq hang
Selain dari laksa, ..bihun sup dan mee rebus pun ada kat sini. Kredit Utusan

Lokasi Warung Sempoi Baq Hang ni agak tersorok sikit. Kedai ni bersebelah dengan Kedai Ramly kat Presint Diplomatik. Waze/Maps lokasi tu memang boleh sampai punya.Tempat makan Warung Sempoi Baq Hang

Komen abam untuk Warung Sempoi Baq Hang Tempat makan Warung Sempoi Baq Hang

Komen abam, untuk kueteow goreng ni abam boleh bagi 3 bintang lah. Agak sedap jugak. Untuk mee rebus agak kurang menepati citrasa abam walaupun rasanya agak ok. Abam bagi 2.5 bintang jer. Lepas ni nak cuba menu nasi campur dengan laksa pulak.

Baca : Laksa Pak Yeop, antara laksa sedap di Putrajaya.

3,621 total views, 10 views today

Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Kedah kerana berjaya muncul juara Piala FA 2017 buat kali keempat selepas menundukkan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu lepas. Sebelum ni, Kedah dah pun memenangi Piala FA pada tahun 1996, 2007 & 2008. Dengan ini Kedah telah berjaya menempah tiket ke Piala AFC tahun 2018 nanti. Kira hebat jugak lah pasukan Kedah kali ni sebab menjadi pasukan pertama Malaysia yang berjaya jadi johan untuk 3 piala iaitu,Piala Malaysia 2016, kemudian Juara Piala Sumbangsih @ Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 dan kini Piala FA 2017. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017 7

Tahniah dan pujian harus diberikan kepada semua pemain Kedah, terutama kepada Fitri Omar yang berjaya mengawal Sumareh dengan cemerlang. Khairul Helmi Johari yang beberapa kali menyelamatkan bola dihadapan pintu gol. Shazwan Zainol yang baik sekali mengawal di bahagian sayap dan menjadi key player dalam 2 gol terawal. Baddrol yang menghadiahkan 2 gol yang cukup bermakna. Ifwat yang berjaya mengawal gawang dengan baik malam tu. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017
Fitri yang cemerlang mengawal Sumareh

Ketiadaan Zac Anderson akibat kecerderaan menyebabkan barisan pertahanan kadang-kadang agak goyah sedikit. Terutama di bahagian tengah. Mat Don walaupun bermain begitu baik, tetapi kerana selalu main terlalu “fancy”, beliau kerap kehilangan bola. Akram kelihatan agak kurang menyerlah berbanding pada perlawanan separuh akhir menentang Terengganu. Tapi secara keseluruhan, semua pemain bermain dengan begitu baik. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Apa-apa pun Pahang tak kurang hebatnya. Walaupun bermain 10 orang selepas Fransisco Insa di buang padang selepas melakukan kekasaran yang keras terhadap Rizal Ghazali. Kedah nampak kurang menggunakan kesempatan yang ada. Abam nampak Kedah lebih bermain kepada bertahan dan buat counter attack. Dan gol kebanyakan nya yang terhasil dari counter attack. Semangat juang Pahang memang cukup hebat. Walaupun bermain hanya 10 pemain sahaja, tapi Pahang sebenarnya yang lebih menguasai perlawanan dan terus menyerang terutama dari babak separuh masa ke 2 sehingga tamat permainan. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Jaringan Gol Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Gol Kedah disumbangkan oleh Ken Ilso pada minit ke-20 dan dua lagi gol disumbangkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke 45 dan 73.

Gol Pahang pula disumbat oleh Jae Won pada minit ke 45+3 (masa tambahan) dan Sumareh pada minit ke 79.

Tahniah juga kepada Baddrol kerana menjadi pemain terbaik untuk perlawanan Piala FA 2017. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Senarai Pemain Untuk Perlawanan Akhir Piala FA 2017

Kedah Juara Piala FA 2017

Kedah: Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim, Mohamad Syawal Nordin, Mohd Fitri Omar, Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Ken Ilso Larsen, Sandro Da Silva Mendonca, Muhd Akram Mahinan, Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon.

Kedah Juara Piala FA 2017
Pahang:
Wan Muhammad Azraie Wan Teh, Matthew Thomas Davies, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Francisco Inso Bohigues, Yamil Jorge Gonzalo Romero, Ahmad Syamim Yahya, Mohd Faisal Mohd Rosli, Hoe Jaewon, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamadou Sumareh dan Matheus Alves Leandro.

Tak Senang Duduk tengok Pahang Menyerang…

Serius malam tu, memang abam tak senang duduk tengok cara Kedah main dengan cara bertahan. Tapi memang menjadi jugaklah tektikal yang Nidzam buat tu, bertahan dan mencari peluang untuk counter attack. Mungkin kelebihan Kedah mempunyai pemain sayap yang boleh membuat hantaran yang tepat seperti Baddrol & Syazwan Zainol. Hantaran Sandro pun boleh dikatakan cukup baik, dan banyak membantu menguatkan di bahagian tengah pasukan Kedah. Tahniah Kedah Juara Piala FA 2017

Apa-apa pun tahniah juga kepada semua penyokong yang ada kat stadium Shah Alam malam tu. Terutamanya penyokong Kedah. Rasanya tak ada lagi berita pasal sebarang insiden gaduh ke atau berita yang kurang baik. penyokong Kedah & Pahang memang terbaik lah.

Kedah Juara Piala FA 2017

Harapan semoga prestasi macam ni dikekalkan. Semoga dapat kekalkan juga kejuaran dan bersaing dalam Piala AFC 2018 nanti.

Kedah Juara Piala FA 2017

Terima kasih sebab sudi singgah kat blog abam 🙂

Jom tengok detik-detik kemenangan Kedah..

Sumber & kredit gambar dari : FB Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah –
Baca juga : Janna Nick penyokong Kedah?

3,763 total views, 11 views today